BAB 6
CAHAYA menuruni tangga untuk ke
pintu keluar butik Hanis Huzaini Bridal itu dengan hati yang mendongkol! Sakit
hatinya dengan perangai tak semenggah Shahril. Boleh aje dia buat bodoh ketika
dia asyik menayang-nayangkan baju pengantin di hadapan lelaki itu. Punyalah
penat dia berpusing-pusing dihadapan lelaki itu, tetapi lelaki itu hanya ralit
memandang skrin telefon pintarnya! Kurang ajar betul!
Aku ni bersungguh-sungguh berlakon
depan akak tu macam kitorang ni pasangan bahagia, untuk jaga air muka dia tapi
dia buat bodoh aje! Entah apa yang dia belek dekat telefon bimbit dia tu. Last-last, aku yang kena pilih baju pengantin
segala. Nasiblah kalau tak kena dengan citarasa dia! Orang tanya asyik angguk
aje macam burung belatuk! Nasib baik tak patah tengkuk tu! Sumpah seranah
Cahaya kepada Shahril!
Hatinya membengkak kalau teringat muka Fatin yang hanya
tersenyum mengejek padanya. Bagai dapat dibaca isi hati gadis itu.
“Hoi! Kau nak ke mana tu?” lantang
Shahril menyoal Cahaya yang sudah berjalan ke arah tempat kereta dipakir.
Sebaik mendengar soalan pelik
Shahril itu, Cahaya lantas membalikkan badan menghadap Shahril yang sedang
berdiri tegak beberapa langkah di belakangnya. Nak baliklah! Nak ke mana lagi!
Bentak hatinya.
Namun, tiba-tiba otaknya mencerna
suatu perkara. Shahril mahu membuat jahat padanya lagi kah? Mahu
meninggalkannya di sini dan suruh dia balik sorang-sorang menaikki teksi? Aduh!
Sudahlah di sini jarang teksi lalu. Mampus aku dibuatnya. Hati Cahaya digaru
resah. Terkulat-kulat dia di situ.
“Kau pekak ke apa? Orang tanya kau
buat bodoh pulak kat situ ya?” pedas sindiran yang dia lontarkan kepada Cahaya.
“Nak baliklah.” Laju saja Cahaya
menjawab.
Malas dia mahu berbasa-basi lagi. Kalau boleh dia mahu cepat-cepat
pergi dari sini dan berpisah dengan Shahril di rumah. Tak tahan menghadap
karenah lelaki itu!
“Kalau kau nak
balik cepat, kau tahanlah mana-mana teksi yang lalu. Aku nak makan dulu. Kalau
kau nak ikut aku, terpulanglah.” Ujar Shahril dan tanpa menunggu jawapan
daripada mulut Cahaya, terus saja dia menghalakan langkah ke Restoran Selera
Kampung yang tidak berapa jauh daripada situ. Dia sedang menunggu kehadiran
seseorang yang dinantikan.
Cahaya terpaku melihat kelibat Shahril yang
selamba saja meninggalkan dirinya di situ. Tidak menoleh ke belakang langsung!
Ya ALLAH, ke mana pulak dia nak pergi tu? Orang nak baliklah! Boleh pulak dia
mahu makan segala. Dekat rumahkan sudah ada orang yang masak, nak makan dekat
restoran jugak tu buat apa? Membazir duit aje! Hati Cahaya membebel geram.
Mahu
tidak mahu, dia terpaksa juga menurut langkah Shahril. Takkanlah dia mahu
tunggu teksi di situ, tidak sanggup dia!
Ayunan kaki dilajukan agar dapat
menyaingi langkah panjang Shahril. Hatinya panas dengan karenah Shahril yang
tidak tahu menimbang perasaan orang lain. Hanya ikut kepala dia saja. Tiba-tiba
akalnya memarahi dirinya sendiri. Kau ingat kau tu siapa? Buah hati pengarang
jantung Shahril sampai dia mahu ikut rentak kau? Huh! Mendengar kata akalnya,
tidak tahu apa nasibnya jika berkahwin dengan Shahril kelak. Namun, janji telah
ditematerai jadi ikut sajalah.
“Tuan, tunggulah Aya…” nafasnya
tercungap-cungap untuk menyaingi langkah Shahril.
Shahril yang mendengar buat tak
endah saja. Dalam hatinya menyumpah serenah. Kenapa dia ikut jugak? Hisy! Menyibuk
betul! Aku ingatkan, aku tinggal dia, dia blah la daripada sini. Tapi masih
jugak nak ikut buntut aku! Menyusahkan betul!
“Tuan,” Panggil Cahaya lagi yang
sudah berada di belakang Shahril.
“Bisinglah kau ni! Ikut ajelah!
Jangan nak banyak bunyi!” herdik Shahril sesampai mereka di Restoran Selera
Kampung itu. Mujur saja keadaan di situ lengang. Kalau tidak, dapat malu saja
orang melihat mereka bergaduh kecil.
Cahaya yang tercungap-cungap
mengambil nafas itu, terus terdiam sebaik saja memandang muka garang Shahril
yang memanah ke mukanya. Risau hatinya jika betul-betul Shahril meninggalkannya
di situ.
Tanpa membuang masa, Shahril segera
mengambil tempat di meja berhampiran. Panas hatinya sejuk sedikit setelah
melabuhkan duduk di kerusi empuk yang disediakan untuk pelanggan. Reka bentuk
restoren yang moden itu juga menambat hatinya untuk sering ke sini ditambah pula
dengan sikap pelayan di situ yang amat menitikberatkan soal pelanggan, amat
disenanginya. Makan disini juga sedap-sedap belaka! Menepati citarasanya.
Dalam dia melepaskan lelah dan
panas akibat cuaca, kerusi dihadapannya ditarik seseorang. Oh! Dia terlupa
dengan kehadiran perempuan yang telah merosakkan hidupnya kebelakangan ini.
Terus saja hatinya menjadi panas!
Dialihkan pandangan ke arah lain. Kalau boleh
tidak mahu dia memandang wajah polos dihadapannya kini.
Cahaya yang melihat
reaksi Shahril agak terkecil hati, namun dia hanya buat tidak tahu saja. Siapa
suruh dia taknak hantar aku balik! Hatinya membentak.
“Selamat datang ke Restoran Selera
Kampung. Ini menu kami.” Tegur seorang pelayan lelaki seraya menghulurkan dua
buah buku menu.
“Saya nak air tembikai laici, nasi
putih untuk dua orang makan, ketam masak lemak cili api, sayur kangkung
belacan, ayam goreng, desert bagi
saya pudding caramel.” Ujar Shahril
tanpa membuka buku menu.
Tangan pelayan tadi laju saja mencatat apa yang patut.
“Puan, mahu minum apa?” soalnya
setelah melihat Cahaya tidak memesan apa-apa langsung. Pada pandangan pelayan
itu, pasangan di hadapannya ini kelihatan dingin sahaja.
Cahaya yang mendengar soalan itu
tergagap-gagap sedikit hendak menjawab. Agak kaget jugak dia apabila dipanggil
Puan. Nampak tua sangat ke aku ni sampai kena panggil puan? Ke pelayan ni ingat
aku isteri Tuan Shahril? Gila ke apa! Tak nampak ke dia yang muka Tuan Shahril
macam nak telan aje aku ni! Bebel Cahaya di dalam hati.
“Ehem,” Shahril berdehem untuk
menyedarkan lamunan Cahaya.
Lembab betul perempuan ni nak mengorder air! Herdik hatinya. Mukanya
dimasamkan saja.
“Hmmmm… samalah macam dia,” pinta
Cahaya. Otaknya sampai tak dapat nak berfikir air apa yang dia mahu minum
akibat pandangan tajam Shahril! Takut!
“Kau ni apahal pulak nak order air sama
macam aku? Nak tunjuk dekat pelayan tu kononnya kita ni pelanggan sehati
sejiwa? Macam tu?” Sinis sekali soalan yang dilontarkan Shahril sebaik saja pelayan tadi selesai menjalankan tugasnya. Sengaja dia
bertanyakan soalan begitu. Sengaja mahu menyakitkan hati Cahaya!
“Errr… saya… saya tak tahu nak order air apa, Tuan Shahril. Sebab itu
saya pilih yang sama aje dengan Tuan Shahril. Lagipun, saya tak biasa makan
dekat luar.” Tergagap-gagap Cahaya memberikan alasan.
Tapi memang sejujurnya
dia tidak tahu mahu minum air apa saat ini. Jadi, bedal ajelah. Yang Tuan
Shahril ni pun satu, takkanlah isu air minuman pun nak jadikan bahan debat,
macam budak-budak sekolah tadika! Rungut hati Cahaya.
“Hmmmm… lantak kaulah!” Senang saja
ayat itu meluncur daripada mulut Shahril. Tanpa perasaan!
Dalam lima minit mereka diam
membisu, seorang wanita datang menghampiri meja makan mereka.
“Hai,” sapa wanita itu sepatah.
Kedua-dua mereka mengangkat wajah
masing-masing mencari daripada mana datangnya suara itu. Shahril sudah
tersenyum senang melihat wanita yang sudah tercegat dihadapannya.
Sungguh
cantik pakaian wanita itu hari ini. Skrit pendek, dengan blaus pendek tidak
berlengan amat sesuai untuk gadis yang bernama Angelika ini. Sungguh seksi.
Sampaikan ada pelanggan lelaki yang tertoleh-toleh melihat gadis itu.
Cahaya
terkesima sebentar melihat gadis dihadapannya ini.
Cantik.
Itu yang terdetik di
dalam hatinya. Kalau dibandingkan dengan dirinya, tentu saja jauh panggang
daripada api!
“Hey, you tak nak jemput I duduk
ke?” tegur Angelika setelah dia rasa lama berdiri namun tiada pelawaan daripada
Shahril untuk memberikan dia ruang untuk duduk semeja.
“Sorry sayang. I terpaku sebentar melihat kecantikan you. You’re really gorgeous today! Meh, duduk
sebelah I,” pelawa Shahril.
Cahaya yang mendengar
panggilan’SAYANG’ yang terterbit daripada bibir Shahril mengesahkan bahawa
gadis cantik dan kelihatan moden ini merupakan teman wanita lelaki itu.
Tiba-tiba hatinya dipagut rasa sayu dan hiba. Sungguh manis dan lembut sekali
cara percakapan Tuan Shahril pada teman wanita. Bertuah sekali wanita ini.
“Baby, siapa ni?” tanya Angelika setelah dia melabuhkan punggung di
sebelah Shahril. Hatinya tertanya-tanya, adakah ini wanita yang bakal Shahril
nikahi? Sungguh kekampungan!
Namun, dalam diam dia akui muka gadis dihadapannya
ini mempunyai aura tersendiri. Sentiasa kelihatan manis walaupun tidaklah
secantik mana. Ah, boleh pula aku memuji gadis yang bakal bersaing dengan aku
untuk mendapatkan cinta Shahril! Nonsense!
Shahril yang mendengar soalan Angelika,
terkedu. Tidak tahu dia mahu menjawab siapa Cahaya sebenarnya. Dia takut
Angelika akan berasa hati dan tersinggung jika dia memperkenalkan Cahaya
sebagai bakal isterinya walaupun dia sudah berjanji akan menceraikan Cahaya
nanti. Sebab dia tahu, hati seorang insan yang bernama perempuan sangat rapuh!
Terutama perempuan kesayangannya ini
“Errrr...”
Sebaik sahaja Shahril mahu membuka
mulut, seorang pelayan datang sambil menatang dulang yang berisi makanan dan
minuman yang dipesan sebentar tadi. Penuh berhati-hati pelayan itu meletakkan
makanan dan minuman tersebut.
“So, sayang you nak minum apa?” Tanya Shahril kepada Angelika
setelah menyedari gadis itu belum membuat pesanan dan soalan ini bagaikan
peluang untuk dia menukar topik agar Angelika terlupa untuk menanya soalan yang
dia tak sanggup untuk menjawabnya.
Angelika yang khusyuk memandang
Cahaya itu dijeling penuh kasih. Cahaya yang terkulat-kulat disitu, buat-buat
memandang suasana restoran yang mendamaikan. Namun, hanya tuhan yang tahu
hatinya bagai nak pecah saat ini!
“I nak kongsi minuman dengan you
aje,” jawab Angelika dengan manja sekali.
“Okay! I take it as compliment.
Dah lama kita tak kongsi minuman macam ni kan?” Sahut Shahril tersenyum lebar.
“Yes! I miss that times so
much!” Ucap Angelika dengan rasa ghairah.
Sebenarnya dia sengaja
berkelakuan begitu agar kata-kata dan aksi manja merobek-robek hati Cahaya yang
mahu merampas cinta Shahril daripadanya. Sejak dia tahu Shahril bakal berkahwin
dengan Cahaya, dia sudah isytiharkan gadis itu sebagai musuh utamanya walaupun
dia belum mengenali gadis itu lagi.
Cahaya yang melihat aksi manja
pasangan merpati sejoli itu, serasa mahu meletup di situ. Berbahang mukanya
menahan malu melihat aksi gatal kedua-dua manusia dihadapannya ini makan
bersuap-suapan.
Tetapi dia tidak tahu dia menahan rasa malu atau rasa cemburu
melihat pasangan berdua itu. Yang pasti, hatinya cukup pilu melihat kemesraan
pasangan tersebut. Lebih pilu, Tuan Shahril langsung tidak sedar akan
kewujudannya disitu sementelah kehadiran gadis cantik itu. Makanan yang diorder tadi, langsung tidak dipelawa
kepada Cahaya. Makan tengahari gadis itu hanya disuap dengan adegan gedik
pasangan tersebut dan minuman yang dipesan saja.
“So back to my earlier question, who
is she?” Soal Angelika lagi. Kali ini dengan sinisnya jari telunjuknya
menghala ke arah Cahaya.
Shahril berhenti mengunyah
makanannya. Terasa makanan yang turun dari rengkung seperti berpasir.
Ah, tanya
lagi soalan ni! Hatinya membentak. Selera makan terbantut. Kalau boleh dia
tidak mahu membincang soalan ini. Itulah padahnya Cahaya ada di sini! Menyesal
dia tidak menghantar Cahaya pulang dulu tadi.
Cahaya yang memandang wajah Shahril
yang sedang menyinga, segera berasa dirinya tidak perlu berada di situ. Dia
bagaikan tahu apa maksud panahan anak mata Shahril.
“Errr… maaf, saya terpaksa minta
diri.” Ujar Cahaya seraya bangun daripada kerusi dan bereda daripada situ.
“Hey, you wait!” Panggil Angelika. Namun kelibat Cahaya sudah pun tiada.
“Kenapa dia pergi macam tu aje? I nak kenal dengan dia. Siapa dia?” soal
Angelika bertalu-talu kepada Shahril.
“Angie, you dah tahu siapa dia kan?
Tapi you sengaja buat tak tahu.” Selar Shahril.
“No, I don’t know her until
you introduce her to me! I want to
know she as what if you introduce her to me!” ujar Angelika sengaja
mencari pasal. Sungguh, hatinya tidak tenteram dan sentiasa disimbah cemburu
terhadap Cahaya sebaik sahaja dia dapat tahu Shahril bakal berkahwin dengan
gadis itu.
“Angie, please stop! You ruins my
mood! We were discusses about this
before, why you still not statisfied?” Shahril sedikit membentak. Geram
dengan karenah Angelika.
Angelika yang mendengar kata-kata
Shahril itu terpempan.
“Okay! I ruins your mood and
I’m not statisfied until you let her go.” Ujar Angelika lantas bererda
daripada situ.
Shahril sekadar termangu di situ.
Hari ini dia bergaduh lagi
dengan Angelika disebabkan soal perkahwinannya bersama Cahaya. Ini belum lagi
kahwin betul-betul, sudah macam-macam prasangka Angelika terhadapnya. Dan yang
paling penting dia sungguh menyesal membawa Cahaya bersama dia hari ini! Kerana
Cahaya hubungan dia dan Angelika berantakkan! Siap kau Cahaya! Hidup kau akan
musnah selepas kau kahwin dengan aku! Ikrar hatinya. Kalau tak kerana papa, tak
akan aku kahwin dengan kau! Bentak akalnya pula.