Tuesday 16 July 2013

Tanpa Kekasihku 5





BAB 5

CAHAYA merenung wajahnya yang bersolek nipis itu di dalam cermin. Hatinya berdebar-debar disaat ini. Berkali-kali dia membetulkan kedudukan tudung bawal yang berwarna biru itu. Baju kurung riau yang berwarna senada tetapi lebih cerah itu, dikerling lagi. Dia masih tertanya-tanya apakah sesuai atau tidak dia memakai baju itu atau pun kelihatan hodoh dan kolot!

“Nanti malu pulak si mamat tu aku pakai baju kurung aje! Tak sopitikated katanya!” Omel Cahaya sendirian. 

Punggung dilabuhkan dibirai katil. Orang yang ditunggu-tunggu tak sampai-sampai lagi. “Lambat betul!” desisnya pula.

Hari ini, atas permintaan Datin Faridah, dia perlu ke butik pengantin untuk fitting baju pengantin bersama-sama Shahril. Oh, sungguh hatinya berkocak bila memikirkan yang hanya dia dan Shahril sahaja. Tidak ditemani oleh sesiapa! Tak tahu apa akan terjadi nanti. 

Pada mulanya, dia tidak mahu pergi berseorangan dan mahu mengajak Kamsah sekali sebagai teman tetapi maknya bagai memberi peluang saja untuk bersama Shahril! Terus aje tidak setuju! Katanya banyak kerja yang perlu dilakukan dirumah besar itu. jadi, terpaksalah dia terkontang-kanting sendirian.

“Tak apa… aku cuma perlu relaks aje. Dan dengar apa yang dia cakap. Tak perlu banyak songeh!” kata Cahaya terhadap dirinya sendiri. Nafas ditarik dalam-dalam dan dihembus perlahan bagi menenangkan fikirannya.

“Aya, Shahril sudah sampai!” Teriak Kamsah daripada luar bilik. Daun pintu bertalu-talu dia ketuk memaklumkan pada Cahaya.

Tergocoh-gocoh Cahaya dibuatnya. Kelam-kabut mencari beg tangannya. Setelah dicapai beg tangannya, lagi sekali dia menilik penampilannya dicermin. “Okeylah ni… tak adalah mata Tuan Shahril sakit tengok aku nanti.” Bicaranya terhadap diri sendiri lagi.

“Aya cepatlah!”

“Ye mak! Aya datang lah ni…” sahut Cahaya. Lalu terus menapak ke muka pintu. Sebelum membuka pintu bilik, sempat dia membaca basmallah. Berdoa di dalam hati agar tiada apa-apa yang buruk berlaku. Semoga lancar aje.

“Hah, cepat sikit. Shahril dah tunggu kamu dekat luar tu,” beritahu Kamsah. Terpegun juga dia melihat wajah manis Cahaya berbaju kurung hari ini. Biasanya dirumah ini dia hanya mengenakan t-shirt dan kain batik atau gaun labuh atau lagi, track-suit aje.

“Ye ke mak? Okeylah, orang pergi dulu… Maaf tak dapat bantu mak hari ni,” pamit Cahaya dan mencium tangan tua Kamsah. 

Kamsah sekadar mengangguk.

Tanpa berlengah terus saja dia menuju ke pintu utama rumah. Sebaik sahaja dia keluar, terpampang kereta ferrari merah Shahril di garaj. Terpinga sebentar dia. Kerana tuan punya kereta tidak kelihatan! “Aik, kereta ada! Tuan punya kereta lesap,” ujarnya perlahan.

“Woi! Aku ada dekat sinilah! Lembab betul kau bersiap ya? Letih aku tunggu dekat luar ni tau! Dahlah cuaca panas! Kau sedap-sedap buat lambat-lambat ye?” tempelak Shahril yang duduk dimeja kecil berhampiran dengan kolam ikan buatan itu. Terkedu seribu bahasa Cahaya mendengar kata-kata pedas daripada mulut lelaki itu. Bertambah berdebar dia melihat Shahril yang begitu kacak dengan jaket denimnya yang tersarung kemas ditubuh sasa lelaki itu. Namun, segera diusir perasaan itu jauh-jauh.



Aku yang lambat? Aku dah bersiap awal-awal tau? Aku yang tunggu dia tadi dekat setengah jam, dia pulak yang bising-bising. Yang dia duduk dekat luar ni kenapa? Kan ruang tamu rumah ni besar, boleh baring lagi bersantai segala. Apasal dia tak masuk? Nak salahkan orang pulak! Hati Cahaya sudah membebel-bebel. 

Panas juga hatinya bila dituduh lambat!

“Hah, tercegat lagi dekat situ. Jomlah!” selar Shahril yang sudah berada di pintu kereta.

Tidak mahu ditempelak lagi, Cahaya cepat-cepat ke kereta mewah Shahril. Wow! Kereta mahal. Beruntungnya aku dapat naik kereta mahal! First time dalam hidup! Terima kasih YA ALLAH. Ucap hati Cahaya. Tersengih-sengih dia dibuatnya. Tiba-tiba cermin tingkap kereta mewah itu terturun ke bawah dan…

“Hoi, yang kau tersengih-sengih lagi tu kenapa? Membuang masa betul! Ke nak tunggu aku bukakan pintu tu? memang taklah. Jangan nak mengada-ngada!” kata Shahril. Wow! Berbisa sangat!

Cepat-cepat Cahaya membuka pintu kereta dan memboloskan diri ke dalam. Memang panas betul hatinya dengan kata-kata Shahril itu. Pintu kereta dikatup agak kuat sedikit. Sengaja! Kalau boleh sampai tercabut pun tak apa. Sebagai tanda protes! Shahril sekadar tersenyum sinis. Memang dia mahu menyakitkan hati perempuan itu. Dan sebaik saja enjin kereta dihidupkan, pedal minyak ditekan keras bagi meningkatkan kelajuan kereta mewahnya. Rasakan! Hatinya berbisik jahat…

********

SEBAIK sahaja kereta dipakir, Cahaya meluru keluar daripada kereta. Longkang yang berhampiran didekati. Habis segala isi perutnya dikeluarkan. Terbatuk-batuk dia dibuatnya. Dia sudah tidak kisah dengan pandangan orang sekeliling terhadap dirinya. Rasa mual yang mennguasai dirinya perlu disingkirkan dengan memuntahkan isi perutnya!

Shahril tersenyum sinis! Baru kau tahu padahnya menghempas pintu kereta mahal aku tu. Gaji kau bulan-bulan kerja dengan mama pun tak dapat beli pintu kereta ni. Kata hatinya puas. Memang disengajakan dia membawa keretanya dengan begitu ekstrem. Keretanya dipecut laju dan bila tiba dipersimpangan atau selekoh dia akan melakukan aksi drift yang mampu menggerunkan penumpang keretanya. Dan mangsanya adalah Cahaya.

Cahaya mengesat mulutnya dengan tisu yang dibawanya. Air mineral 500ml juga dikeluarkan daripada beg tangannya. Mujur saja dia tergerak hati mahu membawa segala barang itu, kalau tidak, tak bercucilah mulutnya. Kumuran air terakhir dikeluarkan daripada mulutnya. Huh! Baru terasa lega… dia ini mahu bunuh aku ke ha? Bawa kereta macam orang tak siuman! YA ALLAH ya RABBi, nasib baik tak ada apa-apa yang buruk berlaku tadi… syukur! Ucap Cahaya di dalam hatinya.

“Apa lagi yang kau buat tu? cepatlah! Kita dah lambat ni… nanti designer tu taknak pulak bagi kita fitting baju… lembab betullah!” Teriak Shahril yang sudah berada di hadapan pintu masuk butik Hanis Huzaini Bridal itu. Dia sekadar tersenyum sinis melihat muka cemberut Cahaya yang sudah berjalan menghampirinya itu.

Tak guna! Boleh dia buat macam ni dekat aku? Sakitnya hati aku! Mak! Tolong… Aya kena buli!!! Jerit hati Cahaya. Dia berjalan perlahan dengan hati yang mendongkol.

“Kau, masuk dulu… aku tunggu seseorang ni,” ujar Shahril yang membelek telefon bimbitnya. Tanpa membuang masa, Cahaya terus mendaki tangga untuk ke butik yang memang terkenal dengan servis dan layanannya yang terbaik.

“Dia ingat, aku nak sangat kot berjalan dengan dia. Ish! Tak kuasalah!” omel Cahaya dengan perasaan bengang. Pintu masuk butik pengantin itu ditolak rakus dan tanpa memikirkan apa-apa yang rasional, terus saja dia melabuhkan punggung dikerusi yang telah tersedia rapi. Nafas dihembus kasar. Melepaskan rasa bengangnya dan mengah memanjat tangga.

“Assalamualaikum Cik, selamat datang ke butik pengantin Hanis Huzaini Bridal. Jadi, boleh saya tahu apa tujuan cik datang sini? Mahu fitting baju pengantin atau ke spa kami atau mahu menempah perkhidmatan andaman?” soal gadis yang manis bertudung itu kepada Cahaya. Tertanya-tanya juga dia apa tujuan gadis itu datang ke butik pengantin ini. Mahu tempah baju pengantin ke mahu masuk spa yang sudah sebulan berjalan lancar dibutik itu.

“Waalailumussalam… err… err… saya datang ni nak fitting baju pengantin…” malu-malu Cahaya menjawab. Iyelah, dia mana biasa lagi dengan perkataan pengantin segala bagai ni. Lagipun dia berasa malu kerana dia seorang saja, sedangkan Shahril masih di bawah. Nanti kakak ni ingat aku nak kawin sorang-sorang pulak! Omel hatinya.

“Oh… saya ingatkan nak ke spa tadi sebab saya tengok datang sorang je. Tu yang tanya tu. So, memang datang sorang ke? Atau bakal suami ada sekali?” tanya Fatin berhati-hati. Menjaga hati pelanggan. Takut pula peristiwa lama berulang kembali. 

Dia masih ingat lagi, ada seorang pelanggan butik pengantin ini yang datang berseorang untuk fitting baju pengantin. Bila ditanya, dikatakan bakal suaminya sibuk bekerja. Tetapi setelah mereka selesai mencuba semua baju yang bakal gadis itu pakai, dia menangis teresak-esak dan menceritakan segalanya. Rupa-rupanya bakal suami gadis itu telah membatalkan perkahwinan mereka. Dan gadis itu mencuba pakaian raja seharinya itu hanya untuk melepaskan rasa keinginannya. Malang sungguh nasib gadis itu!

“Emmm… Tuan… eh, bakal suami saya ada dekat bawah. Tengah buat panggilan telefon.” Jawab Cahaya tersenyum luas. Hampir saja Cahaya menyebut Tuan Shahril, mujur saja refleksnya efektif mengingatkan yang dia tak boleh panggil Shahril dengan nama Tuan Shahril depan orang. Nanti mereka fikir yang dia dan Shahril macam kena kahwin paksa aje. Panggilan pun masih formal lagi.

“ Oo I see… jadi, bila perkahwinan akan dilangsungkan?” soal Fatin pada Cahaya cuba beramah sambil tangannya mencapai album-album yang mengandungi perlbagai tema untuk majlis perkahwinan di almari sudut yang berhampiran.

Cahaya yang mendengar soalan itu terkedu! Bila perkahwinan akan dilangsungkan? Bila ya? Hatinya bertanya. Datuk kata hari tu sebulan daripada sekarang, tapi minggu lepas dia cakap benda tu. Maknanya, lagi tiga minggulah. Hah! tiga minggu??? Tiga minggu lagi aku nak jadi bini orang? Ya ALLAH betul ke ni? Cahaya tertanya-tanya. Hatinya gelabah. Fatin yang melihat Cahaya seperti meresah sendiri itu, hairan. Kenapa dengan dia ni? Hatinya berdetik.

“Cik, cik okey tak ni?” soal Fatin apabila Cahaya seperti termenung panjang seperti sedang memikirkan sesuatu.

“Hah? Okey! Saya okey!” ujar Cahaya yang terkulat-kulat. Ya ALLAH boleh pulak termenung macam ni. Malunya.

“Sebelum itu, nama cik apa ya?”

“Cahaya. Panggil Aya saja.” Terang Cahaya tersenyum. Fatin sekadar mengangguk-angguk.

“Okey, Cik Aya boleh lihat dalam album-album ni, apa pelbagai tema yang sesuai untuk majlis perkahwinan. Tema perkahwinan dalam taman, tema ala-ala inggeris ada, tema berkonsepkan 1 malaysia ada, ala-ala komtemparari melayu pun ada dan bermacam lagi. Tapi yang trending sekarang ni, tema perkahwinan dalam taman dan berkonsepkan inggeris yang menjadi pilihan pelanggan sekarang ni.” Terang Fatin serba ringkas.

Cahaya yang menyelak-nyelak helaian album itu sekadar mendengar kosong. Tidak tahu dia mahu pilih yang mana. Kalau ikutkan dia kahwin dekat rumah je dan ringkas-ringkas aje sudah cukup! Asalkan sah disisi agama. Sedang asyik dia menatap album itu, tiba-tiba album yang berada ditangannya direntap kasar! Terkejut dia dibuatnya. Dan apabila dia melihat si pelaku yang melakukan perbuatan kurang ajar itu, terus hatinya menggelegak! Ish geramnya! Bentak hatinya.

“Saya nak perkahwinan dalam taman. Awak uruskan semua tu dan buat yang sepatutnya. Perkahwinan kami akan berlangsung dalam masa tiga minggu lagi. Dan sila pilih untuk dia baju pengantin yang sesuai.” Hanya itu yang tepacul daripada mulut Shahril. 

Fatin yang mendengarnya agak terkejut. Kerana kebanyakan pasangan yang datang kesini untuk sesi pemilihan konsep perkahwinan pasti akan berbincang dengan manis dan cute sekali. Tetapi pasangan ini macam ada yang tak kena! Macam kena kahwin paksa saja. Tapi atas sikap profesionalnya, malas dia mahu membantah dan bertanya yang tak sepatutnya. Diturutkan saja permintaan lelaki itu.

“Baiklah, cik Aya sila ikut saya…”

Cahaya tanpa ragu-ragu terus saja dia membuntuti langkah Fatin. Malas dia mahu berlama-lama dengan Shahril disitu! Lagi-lagi ditinggalkan berdua-duaan dengan lelaki itu. Tidak mahu dia!

Setelah mengenakan gaun labuh yang berwarna krim itu, Cahaya memusing-musingkan badannya dihadapan cermin. Serasa tidak percaya pula yang dia akan berkahwin dan akan memakai baju itu seawal usianya sekarang ini, 19 tahun. Tersenyum bahagia dia dibuatnya.

“Bolehlah tunjuk dekat bakal suami awak kat depan tu. Mana tau dia tak suka gaun ni,” saran Fatin.

Cahaya yang mendengar kata-kata Fatin itu, tergamam! Gila? Macamlah lelaki tu nak tengok sangat aku pakai baju ni.

“Pergilah…” dorong Fatin lagi. Cahaya yang memikirkan situasinya sekarang ini, terus menurut.
Shahril yang khusyuk menatap telefon bimbit canggihnya dihampiri perlahan. Rasa gementar dan malu mula menguasai diri. 

Namun, lelaki itu bagai tidak perasan akan kehadirannya. Lalu dia berdeham kecil.
Shahril yang mendengar orang berdeham kecil itu, menoleh ke arah datang bunyi itu. Cahaya tersenyum kecil melihat wajah terkesima Shahril. Mesti dia cair tengok keanggunan aku.

“Okey… next,” ulas Shahril dan kembali menatap telefonnya.


Ek? Itu aje yang dia nak cakap? Baik tak payah aku tunjuk dekat dia! Bentak Cahaya geram dan berlalu ke bilik persalinan.

Friday 5 July 2013

Tanpa Kekasihku 4






BAB 4

PINGGAN MANGKUK di dalam singki segera dibasuh. Itulah rutin hariannya sesudah Datuk dan Datin selesai bersarapan. Kamsah yang sedang menyidai baju di ampaian di belakang rumah diintai melalui cermin tingkap dapur. Sejujurnya, hubungannya dengan Kamsah beberapa hari ini sedikit sumbang. Dia sudah kurang bercakap dengan maknya itu ekoran ‘rancangan’ yang dirancang oleh maknya dan ibu bapa Shahril. Tidaklah dia mahu menjadi anak derhaka, tetapi dia sekadar terasa hati sahaja.

Cahaya merasakan kemahuan dan keinginan dirinya seolah-olah tidak diberi perhatian. Malah, dia pula yang perlu mengikut arahan ibunya itu. Yelah, dia mahu melanjutkan pelajarannya di peringkat diploma, tetapi dihalang oleh ibunya. Dan sekarang dia sudah tahu benar mengapa Kamsah menghalang dia daripada belajar. Sedikit sebanyak hatinya terasa. Apa salahnya maknya itu berbincang dan bercakap secara dan telus hasrat hati tua wanita itu dan permintaan terakhir arwah ayahnya itu. Sekurang-kurangnya dia diberi masa untuk berfikir. Tetapi kenyataan mendadak daripada Datuk roffi sebelum ini cukup memberi tamparan hebat buat Cahaya. Siang dan malam kepalanya berfikir pasal kahwin. Kahwin, kahwin, kahwin dan kahwin yang berada di dalam benaknya. Hampir saja dia mengalami dipressi yang tinggi kerana hal itu.

“Cahaya, buat kerja jangan termenung, nak. Membazir je air paip tu terpasang. Kamu asyik termenung. Pembaziran tu amalan syaitan. Jangan ingat dalam hal makanan je ada pembaziran. Dalam penggunaan air singki tu pun ada istilah pembaziran tau!” tegur Kamsah yang sudah selesai menyidai pakaian.

Tersentak Cahaya dibuatnya dek teguran maknya itu. Pinggan yang terakhir di bilas segera dan disusun di rak pinggan. Pili air ditutup. Maknya yang masih memasukkan pakaian yang seterusnya untuk dibasuh dipandang sepi. Rasa kasihan terbit dihatinya apabila melihat tubuh tua itu tertunduk-tunduk hendak memasukkan pakaian kotor di dalam mesin. Rasa bersalah bertandang dijiwa mengenangkan dinginnya hubungan dia dan maknya kebelakangan ini. Kamsah juga seolah-olah mengerti perasaannya yang sedang bergelora sekarang ini. Hanya berdiam diri. Tidak meluah rasa hati atau memujuk dirinya.

“Mak…” panggil Cahaya perlahan. Kamsah yang sedang memasukan sabun di dalam mesin sekadar berdiam diri.

“Mak…” panggil Cahaya lagi apabila Kamsah berdiam diri. Merajukkah maknya? Terasa hatikah maknya itu? hatinya tertanya-tanya. Tubuh tua itu dihampiri.

“Mak, Aya minta maaf daripada hujung rambut sampai hujung kaki mak! Aya taknak jadi anak derhaka! Maafkan Aya mak sebab berlaku dingin dengan mak sejak dua,tiga hari ni. Fikiran Aya kusut mak. Aya tak tau mana satu betul, mana satu salah. Aya keliru nak pilih cita-cita Aya atau pun tunaikan hasrat mak, Datuk Roffi dan Datin Faridah. Aya tak tahu mak… Ampunkan Aya mak.” Ucap Cahaya dengan sedu sedan. Air matanya mengalir deras mengalir dipipi. Tangan ibunya diraih dan dicium lembut. Kamsah pula, terus memeluk erat anak tunggalnya itu. air matanya juga tidak dapat ditahan. Mengalir meluahkan rasa bersalah.

“Mak maafkan Aya… Mak ampunkan dosa Aya… mak pun nak minta maaf sangat-sangat pada Aya. Sebab rancang benda ni tanpa pengetahuan Aya. Mak rasa berdosa sangat pada diri sendiri. Mak rasa mak telah menzalimi anak sendiri. Musnahkan cita-cita anak sendiri…” ujar Kamsah yang tak dapat menahan sebaknya. Teresak-esak dua beranak itu. Cahaya melepaskan pelukan kejapnya. Air mata yang mengalir dipelupuk mata maknya diseka.

“Tak apa mak… Aya faham dan Aya dah boleh terima semua ni… Aya dah boleh terima takdir yang telah ALLAH tulis untuk perjalanan hidup Aya. Dah sampai jodoh Aya, nak buat macam mana? Terima ajelah… pasal pelajaran Aya tu mak jangan risau, Aya tetap akan belajar selepas kahwin nanti. Dan mak tolonglah jangan ulang ayat menzalimi anak sendiri tu… sedih Aya dengar tau? Mak tak pernah pun berlaku zalim pada Aya… malah sanggup membesarkan Aya dari kecil tapak tangan, sampailah besar macam ni.” Ujar Cahaya terharu. Tubuh gempal Kamsah diraih lagi dalam pelukannya. Tanpa Kamsah, siapalah Nur Aminah binti Sulaiman itu.

“Terima kasih anakku… Mak sentiasa mendoakan agar Aya berada dibawah rahmatNya. Semoga Aya cekal menghadapi semua ini…” Kamsah mengeratkan lagi pelukan. Rasa sedih datang bertimpa-timpa dihatinya. Sedih mengenangkan nasib anaknya yang teraniaya suatu ketika dahulu. Namun, Cahaya masih belum mengetahui rahsia yang masih tersemat rapi dan utuh dihatinya selama 4 itu. Rasa bersalahnya makin bertambah! Makin kuat esakan dan pelukannya terhadap Cahaya.

Cahaya mendakap tubuh maknya dengan hati yang lapang. Terasa seperti semua masalahnya bertebaran pergi bila berada dalam dakapan wanita itu. Sungguh tenang!

“Sudahlah… asyik menangis aje kita ni. Kang kerja yang berlambak tu tak tersiap pulak. Dah la pokok-pokok bungan dekat laman tu dah tumbuh meninggi. Rumput dah nak jadi lalang. Semenjak Pak Uda berhenti tak ada siapa nak jaga dah. Datin sibuk. Jadi, Aya kena tolong maklah kemaskan laman depan tu,” ujar Kamsah seraya merungkai pelukannya.

“Yelah mak… nanti jadi semak samun pulak. Jomlah mak kita bersihkan. Kang pukul 12 nak masak. Datuk balik nak makan tengah hari takde lauk pulak…” sahut Cahaya.

“Aya, Kamsah! Saya ada benda nak bincang sikit ni,” tiba-tiba Datinn Faridah datang menjengah dapur. Kamsah dan Cahaya yang baru berkira-kira mahu pergi ke laman rumah terbantut langkah mereka.

“Bincang apa Datin?” soal Kamsah tertanya-tanya. Cahaya sekadar diam. Biar mereka yang lebih tua memulakan perbincangan.

“Alah, duduklah dulu… Kita bincang pasal perkahwinan Aya dengan Shahlah!” jawab Datin Faridah teruja. Kerusi di meja dapur sudah ditarik dan dilabuhkan punggungnya untuk duduk. Kamsah dan Cahaya terpinga-pinga. Secepat ini? Soal hati Cahaya.

“Duduklah… kita kan nak langsungkan majlis ni sebulan daripada sekarang! Ni pun tak sampai sebulan dah. Tinggil berapa puluh hari aje ni.” Kata-kata Datin Faridah benar-benar mengejutkan Kamsah dan Cahaya! Bagai mengejutkan mereka daripada lena!

“Astaghfirrullah datin… Saya ni asyik memikir sampai lupa majlis dah di langsungkan. Cuai sungguh. Tapi datin hajat saya nak kecil-kecilan saja. Tak mahulah besar-besar ni… malulah datin. Saya ni orang miskin, manalah mampu nak bagi duit berpuluh-puluh ribu nak buat majlis perkahwinan yang gilang-gemilang ni.”  Luah Kamsah dengan hati yang sayu. Apabila terfikirkan perkara itu, hatinya menjadi resah pula. Dekat manalah dia mahu cekau duit untuk majlis perkahwinan Cahaya dan Shahril nanti. Takkanlah datun dan datin nak sponsor semua!

 Kerusi didepannya sudah diduduki menhadap Datin Faridah. Kamsah melepaskan keluhan berat. Cahaya yang berdiri disampinya dipandang sayu.

“Ya ALLAH Kamsah, awak jangan risau. Untuk perkahwinan ni, awak tak perlu keluarkan duit satu sen pun! semuanya saya dan datuk sudah uruskan. Awak tinggal bantu apa yang patut sahaja. Awak jangan risaulah… dan awak letakkan aje berapa wang hantaran yang nak kami berikan, InsyaALLAH kami bagi nanti. Kesudian Cahaya menerima Shahril pun telah kami anggap sebagai pengorbanan yang besar.” Ucap Datin Faridah lirih. Terkenangkan anaknya Shahril yang sedikit keras kepala berbanding anak yan lain.

Tersentak hati Cahaya dan Kamsah mendengar jawapan daripada bibir Datin Faridah. Datuk dan datin mahu sponsor semua? Punya gila baik! YA ALLAH malunya… itulah, jadi orang miskin lepas tu nak kahwin dengan anak datuk, memang muka tak tau malu betullah aku ni! Omel Cahaya di dalam hati.

“Datin, saya rasa bersalahlah datin. Nanti apa pulak kata orang lain, kata kawan-kawan datin. Sudahlah anak datin kahwin dengan anak orang gaji sendiri, tanggung pulak kos perkahwinan. Memang tak enak dihati saya datin. Saya jadi malu pulak dengan datin. Saya minta maaf datin, saya amat syukur sekali datin dapat menerima Cahaya sebagi menantu walaupun kami hanya orang miskin tapi saya hanya mahu perkahwinan Shahril dan Cahaya dilakukan dengan sederhana saja datin. Itu saja harapan saya.” Kata Kamsah dengan perasaan bersalah. Wajahnya sayu.

Datin Faridah melepaskan nafas beratnya. Cahaya masih setia berdiri disamping maknya. Dia tidak mahu menyampuk dan hanya menyokong segala kata-kata maknya. Mereka perlu sedar diri. Itu peringatan yang berada dikotak mindanya.

“Tidak! Saya tetap akan melakukan acara ni dengan gilang-gemilangnya. Pedulikan apa orang kata! Asalkan kita bahagia. Saya taknak dengar dah apa-apa lagi alasan daripada awak mahupun Aya. Dan mulai hari ini, awak dan cahaya diharamkan sama sekali memanggil saya DATIN! Panggil saja Idah dan untuk Aya, panggil saja saya mama!” ujar Datin Faridah dengan senyuman lebar.

Kamsah dan Cahaya lagi bertambah terkejut dengan jawapan Datin Faridah. Namun jika itu yang dimahukan Datin faridah, mereka ikuti saja. Memang sungguh suci dan murni hati datuk dan datin. Detik hati Kamsah. Semoga mereka terus dilimpahkan rezeki yang melimpah ruah dan diberkati hidup mereka sekeluarga. Hanya itu doa yang dititipkan di dalam hati Kamsah.

Cahaya tersenyum senang.

****************

ANGELIKA merenung kosong pinggan yang berisi makanan tengah hari untuknya itu. Tiada selera untuk menjamah walaupun stik daging itu nampak sungguh menyelerakan dengan kuah lada hitam menbanjiri daging panggang itu. Shahril yang berselera menjamah makanannya terhenti apabila melihat ragam sang kekasih. Sudu dan garpu dilepaskan. Napkin dicapai mengelap bibirnya sedikit comot. Fresh orange disedut perlahan melegakan anak tekaknya.

“Huh…” keluhan berat dilepaskan. Cuba memancing perhatian Angelika yang kelihatan termenung panjang. Namun tetap tiada respon daripada gadis itu. “Sayang… kenapa ni? Termenung dekat siapa tu? sampai I depan you pun, you buat macam tak ada aje. Kenapa ni?” soal Shahril lembut seraya menggapai jemari halus 

Angelika. Meskipun dia tahu sebab apa kekasih hatinya itu termenung panjang, namun dia malas mahu membangkitkan isu itu.

Angelika melarikan jemarinya daripada terus digenggam Shahril. Hari ini mood kosong. Terasa malas dan tiada nafsu untuk melakukan apa saja. Perkara yang dia dengar daripada mulut Shahril sungguh mematahkan semangatnya. Shahril bungkam. Tidak tahu mahu melakukan apa lagi. Rajuk sang kekasih masih menggunung.

“Macam mana kalau you akan bersama dengan dia buat selamanya?” terpacul pertanyaan itu daripada mulut Angelika. Mata Shahril direnung dalam.

No! I don’t want! I akan ceraikan dia sayang. Sebaik saja dia habis belajar nanti, I akan pastikan dia akan diceraikan talak tiga!” bidas Shahril tegas.

Angelika membuang pandang.

“Itu hanya perancangan awal you, Shah. Nanti bila you dah kahwin dengan dia, dia goda you, bagi nasi kangkang or what else and masa tu you pun tergila-gilakan dia, lupa dekat i! mana kita tahu kan?” Angelika masih lagi dengan sangkaan buruknya. Sungguh, dia tersangat risau Shahril akan terjerat dengan perempuan bernama Cahaya itu. Benar-benar dia risau. Dia cintakan Shahril melebihi apa pun. Dia tidak sanggup untuk kehilangan lelaki itu.

“Angie, berapa kali I nak cakap dekat you, lepas kitorang kahwin, dia akan sambung belajar. Dan dia tak akan duduk rumah, dia akan duduk hostel, sayangku. You jangan risaulah… I tak akan makan or minum apa-apa benda yang dia buat. I love you, sayang. Please jangan macam ni…” pujuk Shahril lagi cuba meyakinkan Angelika. Jemari Angelika cuba diraih sekali lagi namun perempuan itu cepat-cepat menyorokkan tangannya di bawah meja. Tersengih nakal lelaki itu melihat rajuk Angelika.

“Menyesal pulak I tolak nak kahwin dengan you dulu…” ucap Angelika dengan nada kekesalan. Nafasnya dihela perlahan. Bila teringatkan peristiwa Shahril melamar ketika di US dulu memang mendatangkan seribu perasaan kesal terhadap dirinya. Dia menolak mentah-mentah lamaran Shahril sedangkan ketika itu Shahril benar-benar mahu menjadikan dia pemaisuri di hati lelaki itu. Alasannya dia masih belum bersedia dan mahu mempunyai kerjaya yang tetap dahulu baru berfikir soal kahwin dan keluarga. Akhirnya, keputusan yang dia lakukan hanya mendatangkan penyesalan.

“Angie, perkara dah lepas jangan diungkit lagi okey, sayang? Kita tetap akan bersama selepas ni. Sebaik saja I ceraikan dia, kita akan kahwin selepas tu. Lepas ni you tak boleh tolak-tolak dah.” Ujar Shahril serius. 

“Janji dengan i?” soal Shahril pada Angelika yang sudah merenung mata Shahril.
Angelika mencarik sebuah senyuman. Tanda bersetuju.

“Janji! Kali ni, I takkan sia-siakan you…” ucap Angelika yang sudah bersemangat sedikit. Shahril tersenyum senang.

Yes! Yahoo!” Teriak Shahril. Pelanggan di restoran esklusif itu memandang ke arah meja mereka dengan tanda tanya.  Tiba-tiba Shahril bangkit daripada bangkunya. Gelas dan sudu dicapai. Lalu, diketuk laga perlahan sehingga menghasilkan bunyi. Semua mata memandang ke arah. Angelika sudah tersenyum malu. Apalah yang dia nak buat ni. Detik hatinya.

Attension guys, sorry kacau kamu semua makan, tapi saya ada berita gembira untuk dikongsi bersama. Hari ini merupakan hari paling gembira buat saya, sebab wanita yang paling saya cinta akhirnya menerima lamaran saya dan sudah berjanji akan berkahwin dengan saya. Sekian, Terima Kasih.” 

Bergema ruang restoran itu dengan tepukan gemuruh pelanggan tanda turut gembira dengan khabar itu walaupun mereka tidak saling mengenali. Ada juga yang mengucapkan taniah kepada pasangan itu dan disambut mesra oleh Shahril. Hatinya bukan main gembira lagi.


“Shah… malu tau I, you buat macam tu! saja je tau!” rengek Angelika manja. Shahril tergelak kecil.

“Kenapa nak malu pulak? I kan handsome and will be your future husband! So, you should be proud! Mesti ada perempuan yang dekat sini get envy dengan you.” Ujar Shahril gembira dan menyakat Angelika.

Angelika tersenyum bahagia. Tangan Shahril dicapai dan digenggam erat. “I love you so much!” ucapnya sepenuh hati kepada Shahril.


I love you for a thousand years, sayang!” ucap Shahril pula dan mengucup lembut jemari Angelika. Hati mereka berbunga-bunga. Mekar dengan kebahagiaan.



P/S: Sorry entry kali ini sangat sedikit and takde pun babak Cahaya dan Shahril. By the way, Ada yang mintak kat saya macam manalah rupa Shahril yang gemar sangat minum air fresh orange itu . hahaha . Dekat atas ni, itulah orangnya ! Sudah, jangan berangan banyak2. Lagi satu, maaf kalau ada kesalahan ejaan dan sebagainya . Ini kes salin dan tampil ! Nak cepat katanya... busy giler seminggu. Enjoy ye ! xoxoxoxoxox