Salam semua. Maaf sebab lambat sangat update bab 3 TANPA KEKASIHKU. Saya sangat sibuk minggu ini ditambah lagi dengan keadaan yang masih belajar ni. Manuskrip ini juga terhenti seketika. HEHEHE. Blog ni pun sangat suram sebenarnya. Oleh itu, saya mohon kerjasama pembaca blog ini yang pandai dalam membaiki/renovate blog untuk tolong saya hias blog yang macam ntah apa ni. Harap ada yang sudi membantu. Kalau nak bantu boleh PM saya di FB ya. Thanks. [^^]Y
BAB 3
RUANG makan itu sunyi tanpa bicara
sesiapa pun yang berada di situ. Hanya kedengaran bunyi sudu dan pinggan kaca
itu sahaja berlaga. Tiga beranak itu diam tidak berkutik. Seolah-olah mereka adalah
orang asing. Saling tidak kenal-mengenali tetapi harus makan semeja.
Dua orang gaji Datuk Roffi juga
turut serta dalam acara makan malam itu. Setelah diajak berkali-kali, akhirnya
Kamsah dan Cahaya bersetuju. Kata Datin Faridah, sekali-sekala makan sekali…
mengeratkan lagi hubungan majikan dan pekerja. Apa salahnya…
“Tambah lagi lauk tu Cahaya… Sedap
betul sayur lemak pucuk ubi ni awak masak Kamsah,” akhirnya Datuk Roffi
bersuara setelah masing-masing memilih untuk mengunci mulut. Kamsah sekadar
mempamerkan senyuman apabila dipuji oleh Datuk Roffi.
“Tak apa Tuan Roffi, lauk ni pun
dah cukup untuk saya…” jawab Cahaya polos. Datuk Roffi sekadar
mengangguk-angguk tanda mengerti.
“Hah Shah, rendang itik tu kan
kegemaran kamu, makanlah bagi habis… Rasanya kamu saja yang suka itik dalam
rumah ni.” Selar Datin Faridah pula sambil menyudukan seketul rendang itik
kesukaan Shahril di dalam pinggan anaknya itu. Memang nafsu makan Shahril
bertambah malam itu kerana adanya rendang itik kesukaannya.
“Thank you, Ma. Memang sedap rendang itik yang Makcik Kamsah masak.
Malah, lagi sedap daripada sebelum ni punya rendang. Kalau duduk rumah ni,
memang gemuklah Shah… Setiap hari Makcik Kamsah masakkan sedap-sedap,” ujar
Shahril yang sudah tersenyum lebar.
Tergelak kecil semua yang ada disitu.
Datin Faridah yang mendengar
jawapan daripada anaknya itu sedikit sebanyak berasa lega. Lega kerana
peristiwa petang tadi tidak terbawa-bawa ke meja makan. Kalau tidak, tentu
dingin saja sikap anak lelakinya yang seorang itu.
“Tapi, bukan makcik yang masak
rendang tu Shah, Aya ni ha yang masak. Sebab tu lagi sedap daripada yang dulu…
Makcik pun sebenarnya dah lupa apa yang Shah suka. Yelah, dah lamakan Shah tak
makan dekat sini… Nasib baik Aya yang ingatkan… Jadi makcik pun ajarlah dia
masak rendang tu,” tiba-tiba Kamsah bersuara dengan senang hatinya.
Gembira dia kerana rendang masakan
Cahaya diterima oleh Shahril. Yelah, kalau sebelum ni selalu sangat anak muda
itu mengadu padanya yang masakan orang lain tak sedaplah, tak kena cita
rasanyalah dan sampaikan masakan Datin Faridah sendiri dikompelin.
Namun, hasil pertama air tangan
Cahaya, diterima baik oleh lelaki yang penuh dengan ketelitian dalam memilih
rasa makanan itu. Cahaya di sebelah Kamsah tertunduk malu. Tak sangka pulak Shahril
menyukai masakannya. Alhamdulillah. Harap-harap Ini sebagai balasan aku dah
tumpahkan air kat baju dia petang tadi. Detik hatinya yang sudah tersenyum.
“Uhuk! Uhuk!” Tersedak Shahril
apabila mendengar kata-kata Kamsah tadi.
Dia yang masak? Ya ALLAH,
entah-entah dia isi ubat guna-guna dalam masakan ni. Sampaikan aku rasa ni
adalah rendang itik yang terbaik aku pernah makan.
Datuk Roffi segera menghulurkan
segelas air kepada Shahril apabila melihat muka anaknya sudah memerah akibat
tersedak. Terus saja Shahril menyambutnya dan diteguk laju bagi menghilangkan
rasa perit yang berkelubung didada.
“Macam mana boleh tersedak ni…
Minum air tu banyak sikit… Siapalah yang asyik teringatkan Shah, sampaikan
tersedak macam tu sekali,” ujar Datin Faridah yang sudah menggosok-gosok
belakang Shahril.
Cahaya yang melihat Shahril
tersedak itu terkedu. Sebab aku ke dia tersedak? Yalah, tadikan terlintas nama
dia dalam kepala aku ni. Hatinya serba salah.
“Ke makan tak baca bismillah…” tambah Datin
Faridah lagi cuba berseloroh.
Shahril berdehem beberapa kali bagi
melegakan tekaknya. Selera makannya mati. Terasa malas pula menyambung makannya
apabila mengenangkan kata hatinya tadi. Mungkin mama pun dah kena ubat
guna-guna budak tu, sebab itulah sampai nak kahwinkan aku dengan dia!
“Sudahlah tu mamanya pun… Kang
tersedak lagi budak tu… Hah Shah, dah siap ke kamu makan? Basuh tangan segala
tu?” soal Datuk Roffi apabila melihat Shahril sudah membilas tangannya. “ kalau
semua dah sudah, bagus jugak tu. Papa pun ada perkara nak diberitahu sementara
semua dah berkumpul dekat meja makan malam ni.” Tambah Datuk Roffi yang melihat
semuanya sudah selesai mengisi perut.
Dan serentak itu, kata-katanya
menimbulkan tanda tanya dibenak Cahaya dan Shahril. Datin Faridah dan Kamsah
sekadar termangu sendiri. Berdebar untuk perkara yang akan berlaku seterusnya.
“Perkara apa pulak ni,pa?” Soal
Shahril untuk mendapatkan kepastian.
Tisu dihadapannya dicapai dan
mulutnya yang dirasakan comot sedikit itu dilap. Hai, takkan papa nak cakap hal
hari tu kot? Tetap ke keputusan diorang? Ni yang aku lemah ni!
Cahaya terpinga-pinga sendiri. Anak
mata maknya dicari untuk menanyakan apa yang bakal dibicarakan oleh Datuk Roffi
namun cepat saja anak matanya memanah wajah serius Datuk Roffi.
“Cahaya, Shahril… papa akan nikah kamu berdua sebulan daripada sekarang!” ucap Datuk Roffi tanpa berlengah. Straight to the point! Malas nak
memutar-mutar belitkan percakapannya. Semua yang berada disitu tergamam. Kahwin
sebulan daripada sekarang? Kamsah dan Datin Faridah kaget juga dengan penyataan
itu namun sekadar menanti apa bicara selanjutnya.
Cahaya yang mendengar ayat lancar
dengan satu nafas daripada mulut Datuk Roffi itu, kaget! Berderau darahnya.
Rancangan apakah ini? Ya ALLAH,
musibah apa pulak ini terhadap diriku? Kamsah yang berdiam daripada tadi
pandang. Laju tangan mencari tangan maknya untuk bertanya. Namun Kamsah sekadar
memerhati Cahaya dengan pandangan yang lesu. Kolam air mata Cahaya bergenang!
Hampir dia teresak. Dia tidak redha dengan rancangan ini!
“Apa?! Are you serious papa? Secepat ini?” soal Shahril terkejut. Dia
sudah berdiri tidak percaya! Walaupun dia sudah maklum tentang perkahwinan
paksa ala-ala cerita klise melayu dan tradisi melayu sejak tahun sebelum
komunis ada dekat Malaysia lagi, namun tentang sebulan perkahwinannya akan
berlangsung sungguh mengocak hatinya! Gila ke apa! Aku pun tak buat lagi
keputusan. “Pa, ma… Shah belum beri kata putus lagi. Berilah Shah masa… lagi
pun belum tentu Shah dapat terima Aya, Shah dah ada pilihan Shah sendiri.
Kenapa mama dan papa masih nak menjodohkan kami berdua? Ini tahun milenium
papa! Zaman dah maju. Tak dah kahwin paksa-paksa semua ni… Entah-entah Aya pun
dah ada pilihan sendiri. Dia pun masih muda!” panjang berjela penjelasan
Shahril. Kalau boleh dia memang tidak mahu terima semua rancangan ini.
Kenapalah ibu bapanya ini. Mungkin betul apa telahannya. Papa dan mamanya
memang sudah diguna-gunakan oleh Cahaya!
“Shah, listen to me! Umur kamu sudah 27 tahun. Tapi masih lagi tiada
tanda-tanda nak kahwin. Tengok abang kamu, dah ada nak dua orang pun… Papa buat
semua ni ada sebabnya. Papa memang daripada dulu nak jodohkan kamu dengan
Cahaya. Ini adalah rancangan papa dan ayah Cahaya dulu lagi… dan keputusan ini
adalah muktamad!” ujar Datuk Roffi tegas.
“Betul tu Shah, kami ada sebabnya
mengapa kamu perlu kahwini Cahaya… Tolonglah untuk kali ini dengar cakap papa
dengan mama. Kalau sebelum ini kami selalu menuruti semua kemahuan kamu, apa
salahnya kamu dengar dan tunaikan permintaan kamu. Kamu boleh lihat sendiri
Shah, Aya budak baik. Bukan perempuan yang entah apa-apa kat luar tu…” tokok
Datin Faridah pula. Wajah anaknya direnung dalam.
Shahril panas hatinya. Dia
meraup wajahnya beberapa kali. Tak masuk dek akal langsung alasan semua tu! dah
rancang daripada dulu konon! Bentak hatinya marah.
“Tuan, Puan… betul apa yang Tuan
Shahril cakapkan tu. Mungkin dia sudah ada pasangannya sendiri. Saya jugak
sudah menyimpan hasrat untuk menyambung…” namun kata-kata Cahaya terhenti
apabila Kamsah mencelah.
“Saya bagi pihak belah perempuan,
menerima rancangan ini dan merestui perkahwinan Cahaya dan Shahril.” Selarnya.
Terpempan semuanya yang mendengar terutamanya Cahaya!
“Mak… apa yang mak cakap ni? Aya
tak setuju! Aya taknak kahwin dengan Tuan Shahril! Aya tak rela… Aya nak
sambung belajar!” bidas Cahaya yang sudah teresak-esak. Hatinya pilu bila
mendengar pengakuan Kamsah sebentar tadi. Tegar sungguh maknya menghancurkan
harapannya. Patutlah dia dihalang daripada menyambung pelajarannya.
“Maafkan mak, nak. Ini hasrat ayah
dulu… Dia teringin sangat nak berbesan dengan Datuk dan Datin…” Luah Kamsah
dengan sedu-sedan juga. Kalau boleh, dia juga mahu melihat Cahaya menggenggam
segulung ijazah namun memikirkan peristiwa yang pernah dilihatnya, menyebabkan
dia berfikir dua kali sebelum membuat keputusan. Aya dan Shahril perlu juga
disatukan! Hati ibu mana yang tegar memusnahkan harapan anak-anak mereka,
bahkan senantiasa mendoakan kejayaan untuk anak-anak mereka.
Datuk Roffi dan Datin Faridah
sekadar diam. Tersentuh juga mereka dengan drama air mata itu.
Tapi tidak pada
Shahril. Hati membuak-buak dengan perasaan meluat melihat drama air mata dua
beranak itu. Dah mandrem mak bapak aku, buat muka tak bersalah pulak. Malah,
buat drama air mata pulak kat sini… meluat! Namun, kata-kata itu sekadar
bersarang dihatinya. Tidak terluah dimulutnya. Tak apa, nanti aku kan cari
kebenarannya sendiri!
“Aya, tolonglah terima perkahwinan
ni… Saya pun memang mengimpikan Aya untuk jadi menantu saya. Please sayang… Tentang hal pembelajaran
Aya tu, lepas kahwin pun boleh sambung belajar, tak ada masalah sayangku…”
pujuk Darin Faridah pula. Bahu Cahaya dipegang kejap.
Kamsah sekadar mengangguk
sambil mengesat deraian air mata anaknya itu. Cahaya bingung! Tidak mengangguk
mahupun menggeleng. Hatinya kosong. Tidak tahu mahu memilih ‘ya’ atau ‘tidak’.
Mahu mencapai cita-citanya atau mencambahkan perasaan yang sememangnya mekar di
dalam hatinya.
“Shahril, papa tetap dengan
keputusan papa dan papa juga akan mengotakan janji papa kalau kamu menolak
perkahwinan ini.” Ucap Datuk Roffi pada Shahril yang sudah gelisah bagai cacing
kepanasan itu.
“Okey! Tapi kalau kami bercerai
selepas tu, jangan tanya kenapa!” jawab Shahril tanpa memikir panjang dan
sedikit membentak! Langkah kakinya terus dihayun ke pintu utama rumah. Tidak
betah hatinya berlama-lama disitu.
Semua yang berada disitu terperanjat
mendengar kata-kata Shahril. Namun terbit sedikit rasa syukur di sanubari
masing-masing kecuali Cahaya. “Okey! Tapi kalau kami bercerai selepas tu,
jangan tanya kenapa!” kata-kata Shahril terus berputar ligat dalam kepalanya
dan sungguh dia terkejut dengan ucapan itu. Ya ALLAH, tolonglah hambuMu ini.
Hanya itu doanya.
*********
CAHAYA merenung sinaran bulan yang
menyala cantik. Meski pun purnama tunggal itu
bersinar cantik, tetap tidak mampu mengusir rasa galau yang bertandang.
Hatinya kacau bilau. Tamparan angin malam yang dingin juga tidak dihiraukan.
Akalnya asyik memikirkan perkara yang bakal berlaku. Apa pun keputusannnya, dia
tetap akan dikahwinkan dengan Shahril. Terasa berpintal-pintal otaknya
memikirkan masalah itu walaupun dia tetap cuba melawan agar perkara itu diusir
jauh daripada benaknya. Namun, fikirannya tetap berjalan.
Hubungan dia dengan anak majikannya
itu tidaklah semesra mana. Jarak umur yang jauh juga meluaskan lagi jurang
antara mereka. Jarang mereka bertegur sapa kerana Shahril jarang berada di
rumah. Hidup lelaki itu penuh berdikari kerana seingatnya sejak berumur 13
tahun Shahril sudah tinggal di asrama sehinggalah melanjutkan pelajaran di luar
negara. Jadi, perbualan dia dengan lekaki itu juga boleh dikira dengan jari.
Sekadar perbualan menanti tugas sahaja. Tidak lebih daripada itu. Meski pun
begitu, hatinya tetap menyimpan suata rasa terhadap Shahril semenjak dulu lagi.
Kepulangan Shahril ke Malaysia sentiasa tunggu. Malah, dia sehinggakan sanggup
menghitung bila cuti semester lelaki itu akan tiba dan sentiasa menunggu apa
arahan Shahril pada dirinya untuk diberi tugas. Ketibaan lelaki itu yang
dinanti-nantikan untuk melepaskan rindu yang berbuku dihati. Bodoh pula bila
dia terkenangkan perkara itu. Angau tahap langau dah tu! Hatinya berdetik.
Ketika dia berkongsi cerita dengan
Salina tentang ciri-ciri suami pilihannya pada usia remaja, dia sentiasa
membayangkan Shahril. Tetapi tidak pernah dia bercerita pada Salina tentang
perasaannya pada teman baiknya itu. Menjadi rahsia sehingga ke hari ini. Hanya
dia yang tahu. Buaian di laman itu masih
hayun perlahan. Nafas berat dihela. Dada langit ditenung lagi.
Tiba-tiba Cahaya berasa dirinya
sedang direnung oleh seseorang daripada arah belakang. Berdiri tegak bulu
romanya. Menyesal pula dia berseorangan di laman rumah besar ini. Cerita-cerita
seram mula menerjah fikirannya. Mata dipejamkan rapat. Mulutnya mula
terkumat-kamit membaca ayat-ayat suci Al-quran yang dia tahu. Setelah terasa
sedikit tenang, dia membuka semula matanya perlahan. Dengan pandangan ekor
matanya, dia cuba mengintai masih ada lagikah bayangan itu. Firasatnya benar!
Ada hantu dibelakangnya.
Pandangan ekor matanya jelas dapat menangkap sekujur
bayangan hitam yang sedang berdiri memerhatikannya. Dia terketar-ketar. Lantas,
dia mahu membuka mulut menjerit sekuat hati namun tiba-tiba mulutnya dicekup
daripada arah belakang. Darahnya menyerbu ke muka, ketakutan! Ya ALLAH, bukan
hantu, tapi pencuri! Ya ALLAH bantu aku Ya ALLAH! Rintih hatinya.
“Baik kau diam! Sebelum orang dalam
rumah dengar!” bisik lelaki itu di telinga Cahaya tetapi kedengaran keras.
Sebaik mendengar suara itu, degupan
jantung Cahaya mula surut. Lega! Bukan pencuri mahu pun hantu! Tetapi Shahril…
dan jantungnya kembali bergedup kencang.
Shahril melepaskan cekupannya
daripada mulut Cahaya setelah berasa gadis itu sudah tenang sedikit. Penakut!
Main bomoh, tak takut pulak… detak hatinya menyampah.
“A… pa… Tuan… buat… de… dekat
sini?” soal Cahaya tergagap-gagap dengan helaan nafas tercungap-cungap. Shahril
yang sudah berpusing mahu duduk dibuaian itu dipandang dengan tanda tanya.
Dalam pada masa yang sama hatinya membentak! Tak reti-reti nak bagi salam ke
mamat ni? Hampir je aku ambil pasu bunga tadi baling dekat kepala dia…
Nyaris-nyaris je tadi! Kalau tidak masuk hospital dah mamat ni. Omel Cahaya.
“Suka hati akulah! Rumah aku! Aku
nak pergi kat stor belakang tu ke, aku nak berenang tengah malam ni ke, aku nak
potong rumput kat laman ni ke, suka hati akulah! Kau jangan menyibuk boleh tak?
Kau tu yang tak patut berada di sini!” jawab Shahril dengan sinisnya. Sengaja
dia mahu menyakiti hati gadis itu. Tetapi dia memang ada hajat datang mencari
gadis ini. Ada perkara yang perlu diselesaikan dengan bakal isteri terpaksanya
ini!
Cahaya mencebik. Dia rasa
menyampahlah pulak dengan perangai bongkak Tuan Muda Shahril ini. Tahulah dia
hanya orang gaji dirumah ni, janganlah nak perli-perli! Sakit hati tau tak! Nak
aje dia menjerit kata-kata itu dilubang telinga lelaki yang sudah duduk
disebelahnya ini.
“Okeylah… saya pergi dulu.” Pamit
Cahaya. Tidak betah dia mahu duduk lama-lama dengan lelaki itu. Rasa debar yang
bertandang cuba diusir. Punggung terus diangkat, mahu beredar daripada situ.
“Nanti dulu… duduk dulu! Aku ada
hal nak bincang dengan kau.” Selar Shahril seraya memagut lengan Cahaya yang
sudah mahu beredar.
Bagaikan mahu gugur jantung Cahaya
apabila disentuh pertama kalinya oleh Shahril. Terpegun dia ditengah jalan.
Terasa seperti ada arus eletrik yang mengalir diseluruh tubuh badannya. Namun
bingkas dia tersedar. Dia berdehem kecil dan menarik lengannya yang masih
dipegang kejap oleh Shahril walaupun sudah beberapa minit berlalu. Merah wajah
Cahaya. Shahril yang baru tersedar dia memegang lengan Cahaya, cepat-cepat
melepaskannya.
“Duduklah dulu…” arahnya lagi
apabila Cahaya tidak berganjak. “Aku kata duduklah… kau ni payah betul ya nak
terima arahan…” Shahril terus bangun daripada kedudukannya dan menolak lembut
tubuh Cahaya supaya terduduk dibuaian itu. Cahaya bagaikan robot pula apabila
diperlakukan begitu. Tapi sedikit pun tidak bersuara. Hanya menurut.
“Hah! Tahu pun kau duduk ya? Ni,
aku nak cakap sikit…”
“Tuan nak cakap apa? Tuan nak
batalkan perkahwinan ni? Saya setuju! Saya pun sebenarnya tidak mahu dengan
perkahwinan ni. Saya takut dan masih belum bersedia. Saya juga tak boleh terima
dengan cadangan bodoh ni. Masakan kita harus menunaikan hasrat yang sudah mati?
Tak logik! Sepatutnya kita fikirkan soal hati dan perasaan kita.” Bagaikan
bertih jagung kata-kata yang keluar daripada mulut Cahaya. Apa yang dia
cakapkan pun dia sendiri tidak pasti. Eh, apa aku cakap ni? Betul ke? Malunya!
Bukan ke sepatutnya aku gembira sebab suami pilihan aku nak kahwin dengan aku?
Hatinya sudah tertanya-tanya.
“Heh, kau ni boleh tak dengar dulu
apa yang aku nak cakapkan. Ini aku belum habis bercakap, kau sudah pancung
itu,ini. Sakit telinga aku tahu tak! Sekarang ni, siapa boss, siapa pekerja?”
soal Shahril sinis.
Terkulat-kulat Cahaya dibuatnya. Shahril sudah bengang!
“Ma… af… tuan,” jawab Cahaya perlahan.
“Maaf diterima.” Utara Shahril laju
dan intonasinya macam tak ikhlas saja. “Aku nak kita teruskan perkahwinan ini!
Seperti yang dirancang… Lepas kahwin kita pindah rumah. Lepas tu, kau boleh
sambung belajar dan aku dengan hidup aku.” Lanjut Shahril seterusnya. Serius
setiap patah bicaranya. Cahaya yang mendengar kata-kata itu termangu-mangu.
Betulkah apa yang dia dengar? Ke lelaki ini sudah gila? Semalam waktu bincang
pasal perkara ini, dia juga yang beria membantah. Hari ini ajak kahwin pulak
dah! Pening! Pening! Omel Cahaya.
“Tapi…”
“Tak ada tapi-tapi lagi… aku tolong
kau, kau tolong aku,”
Shahril sudah fikir masak-masak.
Dia harus menerima perkahwinan ini.
Kalau tidak habis semua kemudahan yang ada padanya tergencat hanya
semata-mata perempuan ini. Jadi, dia mengambil langkah ini untuk mempertahankan
haknya. Alah, Aya pun nak pergi belajar lepas tu. Comfirm-comfirm masa dia belajar, dia duduk hostel. Habis dia
belajar, aku ceraikanlah dia. Dia pun mesti dah ada diploma masa tu. Tak adalah
kokak sangat nak hidup untuk hari seterusnya. Dan aku akan terus berkahwin
dengan Angelika. Cakap ajelah tak ada keserasian nak hidup bersama bila diorang
yang kenapa aku dengan Aya bercerai. Habis cerita! Otak Shahril sudah merangka
segalanya.
“Tolong apa Tuan Shahril?” tanya
Cahaya polos. Tidak faham dia dengan maksud disebalik kata-kata lelaki itu.
“Tolong kahwin dengan akulah!”
bentak Shahril. Lagi mau tanya ke?
“Tapi macam mana kehidupan saya
nanti… Saya takut… Takut ditinggalkan sorang-sorang…” luah Cahaya jujur. Dia
takut. Takut dengan perkara yang dia bayangkan apabila dia berkahwin dengan
Shahril kelak. Pada suatu hari, Shahril akan membuka tali pinggan yang tersemat
kemas, dan melibas badannya berkali-kali kerana lambat membuka pintu. Shahril
akan menampar dan menendang perutnya akibat ketidaksedapan rendang yang dia
masak dan lambat menyediakan makanan. Dia takut memikirkan perkara itu. Macam
dalam novel-novel cinta!
“Apa yang kau takutkan? Aku dah nak
tolong kau ni tah tak? Lepas kita kahwin, kau sambunglah belajar tu… Aku dengan
hidup aku… Macam aku cakap tadi. Takkan tak faham bahasa melayu kot?” perli
Shahril lagi. Cahaya terpinga-pinga memikirkannya. “Okeylah… kira deallah tu
perjanjian kita. Bye!” ucapnya. Namun langkah terhenti sebentar. “Kau tak ada masukkan
ubat guna-guna dalam makanan atau minuman mama dan papa sampai diorang nak
rancang semua ni kan?” soal Shahril serius memandang wajah tertanya-tanya.
“Tak ada…” hanya itu yang keluar
daripada mulut Cahaya.
“Okey, aku akan siasat!” bidas
Shahril seraya berlalu.
“Gila!!!” Bentak Cahaya perlahan
dan berlalu daripada situ. Sakit hatinya bila dituduh begitu!
Shahril yang tak berapa jauh berpaling apabila mendengar
perkataan gila itu. mendidih pula hatinya. Tetapi malas dia layan… hanya
rengusan kasar kedengaran.