“APA perkara penting yang nak
diberitahu tu?” soal Shahril, anak kedua daripada tiga adik-beradik itu seraya
melabuhkan duduknya di sofa berhadapan dengan mama dan papanya.
Terkejut juga dia apabila dia ditelefon oleh mamanya sendiri memaklumkan bahawa ada perkara penting yang perlu diberitahu padanya. Hatinya juga penasaran ingin tahu lebih lanjut. Rasa letih yang berladung, sedikit berkurangan apabila badannya singgah di sofa empuk itu. Tali leher yang menjerut sejak pagi tadi diuraikan sedikit. Memberi ruang selesa untuk terus bernafas. Kalau ikutkan hatinya, malas mahu dia singgah di rumah mewah papanya ini tetapi memandangkan ini adalah arahan daripada kedua orang tuanya, dia tidak boleh membantah.
“Ehem…” kedengaran Datuk Roffi
berdehem sebelum memulakan perbicaraan. Lagaknya serius. “Papa ada hal penting
yang ingin dibincangkan dengan kamu. Dan hal ini bukan main-main.”
Shahril yang menyandar tadi, terus
menegakkan badannya. Penat dan lelahnya yang baru pulang daripada kerja itu,
berterbangan apabila mendengar bicara serius yang keluar daripada bibir tua
itu. Hatinya masih lagi tertanya-tanya. Kedudukannya dibetulkan agar lebih
selesa.
“Betul tu. Shah kena dengar
betul-betul. Sebab ini soal masa depan Shah. Mama dan papa dah fikir
masak-masak akan hal ini.” Ujar Datin Faridah pula. Riaknya juga tidak kurang
seperti suaminya. Serius.
“Wait… wait… Ma,pa, apa
yang serius sangat? Skema semacam aje. Apa benda yang penting sangat ni? Nak
suruh Shah tinggal dekat sini? Shah kan dah cakap. Shah taknak duduk dengan
mama dan papa. Shah kalau boleh nak berdikari. Hidup sendiri. Apa kelas, dah
besar tapi nak duduk bawah ketiak mama dan papa lagi.” Shahril menyerkap jarang
bersama gelak kecil.
Fikirnya hal itu yang mahu mama dan papanya ingin utarakan
pada dia. Yalah, sudah beberapa kali mamanya asyik memujuk dia supaya tinggal
bersama. Alasan mamanya, dia sunyi. Shahrul abang sulungnya sudah berkahwin dan
menetap di London atas tuntutan kerja. Adiknya yang bongsu pula, Salina sedang
menuntut di UITM Sintok, Kedah. untuk tahun yang kedua. Hanya dia yang bekerja
di syarikat ayahnya dan dekat dengan keluarga.
Datuk Roffi dan Datin Faridah
berpandangan sesama sendiri. Mereka tahu, tentu sukar untuk memberitahu akan
hal ini pada anak kedua hasil perkahwinan mereka yang sudah
memakan masa 38 tahun ini.
“Ma, hauslah. Mintaklah Makcik Kamsah atau Aya
buatkan air. Dahaga pulak tekak ni.” Rungut Shahrul pula apabila mama dan
papanya hanya berdiam diri. Timbul juga rasa hairan dibenaknya, kerana dari tadi dia tidak nampak bayang orang gaji kedua
orang tuanya itu. Sudah tidurkah? Jam tangan di tangan kirinya, ditilik. 9.30
malam baru. Awalnya tidur.
“Makcik Kamsah dengan Aya tak ada.
Diorang ambil cuti dua hari. Balik ke kampung. Katanya ada urusan dekat sana.
Air tu nanti-nantilah… tunggu mama dan papa habis cakap dulu.” Jelas Datin
Rafidah.
Shahril sekadar mengangguk-angguk
tanda mengerti.
“Sebenarnya… Mama dan Papa akan
nikahkan kamu dengan Nur Aminah. Keputusan kami adalah muktamad. Tiada
bantahan.” Laju kata-kata itu meluncur daripada mulut Datin Faridah.
Shahril yang mendengar segera
terpempan! Dia bingkas bangun. Khabar yang baru melalui telinganya bagai terus
tersemat dan lancar sahaja sel-sel otaknya membawa maklumat itu ke kotak minda.
“What?! Are you out of your minds?”
Teriak Shahril. Bagai nak pecah jantungnya mendengar rancangan mama dan papanya
itu. Sungguh tidak boleh diterima dek akalnya. Menikah dengan Nur Aminah? Bukan
salah satu hasrat! Malah tidak pernah dia berangan atau bermimpi akan berkahwin
dengan gadis itu!
“Shah! Mind your words first! This
is your mother!” Tengking Datuk Roffi apabila anak lelakinya itu sudah
ketelanjuran bicara terhadap ibunya sendiri. Shahril terkesima bercampur-baur
dengan marah. Hampir saja dia hilang kawalan.
“Ini adalah keputusan muktamad
kami. Kalau kamu membantah, kamu akan tahu apa nasib kamu. Papa akan gugurkan
saham kamu dalam syarikat. Jawatan kamu sebagai pengarah juga akan papa ganti
kepada tukang cuci. Elaun pun papa akan tarik. Termasuklah semua kemudahan yang
papa berikan kepada kamu. Kamu faham?!” ucap Datuk Roffi nekad. Anaknya itu
perlu juga menikahki gadis yang bernama Nur Aminah itu.
Bertambah mendidih darah Shahril
mendengar arahan dan kuasa veto papanya terhadap dirinya. Dia merengus kasar
dan segera melangkah ke luar rumah. Rumah ini perlu di tinggal segera agar
tiada perbalahan atau pergaduhan yang berlaku.
Datuk Roffi dan Datin Faridah
sekadar menghantar langkah Shahril dengan pandangan sayu.
********
SHAHRIL merengus kasar. Turun,
naik, turun, naik dadanya yang bidang itu berombak. Tanda amarah sedang
menguasai diri. Berita yang dia terima sebentar tadi begitu memberi tamparan
hebat padanya. Hampir saja dia meradang di depan kedua ibu bapanya. Namun atas
dasar hormat dan dengan siapa dia berdepan tadi, dia seboleh mungkin mengawal
amarah yang mencengkam hati.
Tubuhnya dihempaskan di atas sofa
baldu diruang tamu. Fikirannya berkecamuk. Jiwanya kusut. Hatinya
gundah-gulana. Kata-kata mamanya, Datin Faridah masih terngiang-ngiang dilubang
telinga. Berbisik-bisik perlahan.
“Mama dan Papa akan nikahkan kamu
dengan Nur Aminah. Keputusan kami adalah muktamad. Tiada bantahan.”
Tak ke dia nak meradang dengar ayat
yang meluncur laju dibibir mamanya itu? kalau dia mempunyai penyakit jantung,
sah-sah kenduri awah akan berlangsung.
Kolot betul Mama dan Papanya. Ini
sudah tahun 2013. Bukannya tahun 1970-an mahu menentukan jodoh anak-anak, mahu
memilih siapa isteri atau suami anak-anak mereka. Harap saja dari golongan
Datuk, Datin, tapi fikiran kolot semacam!
Hati Shahril sudah membebel yang
bukan-bukan. Fikirannya jauh terbang. Terbang mengenangkan rancangan kedua ibu
bapanya dan apa yang akan jadi seterusnya. Seboleh-bolehnya dia mahu membantah
keras. Namun, apakan daya… amaran yang tegas dan ketat daripada papanya, Datuk
Roffi terlebih dahulu membatalkan hasratnya untuk menentang penjodohan ini.
“Kalau kamu membantah, kamu akan
tahu apa nasib kamu. Papa akan gugurkan saham kamu dalam syarikat. Jawatan kamu
sebagai pengarah juga akan papa ganti kepada tukang cuci. Elaun pun papa akan
tarik. Termasuklah semua kemudahan yang papa berikan kepada kamu. Kamu faham?!”
Tukang cuci? Gugurkan saham? Elaun
kena tarik? Semua kemudahan seperti kereta, rumah dan sebagainya kena ambil
juga? Dia tidak mahu itu semua berlaku. Dia masih memerlukan segalanya untuk
terus hidup. Tapi, papanya begitu berkuasa dan dia tiada apa-apa kekuatan untuk
melawan permintaan papanya.
“Huh! Kusut! Kusut!” teriak Shahril
tiba-tiba. Rambutnya yang ikal diselerakkan.
Rokok Dunhill yang berada diatas
meja kecil dicapai. Dia memerlukan kretek itu untuk melepaskan tekanan.
Setelah rokok dinyalakan, dia
teringatkan gadis bernama Nur Aminah itu. Nur Aminah yang bakal menjadi
isterinya kelak. Gadis itu merupakan anak kepada pembantu rumah mama dan
papanya, Mak Cik Kamsah. Gadis yang manis, sopan, rajin dan baik hati itu.
Pelajarannya tidaklah tinggi mana. Hanya setakat SPM saja. Memang wajar pun
jadi pembantu rumah! Hatinya berdetak. Tiba-tiba dia teringatkan suatu
peristiwa lampau. Peristiwa yang membuatkan dia keluar daripada banglo Datuk
Roffi. Peristiwa yang dia kesali sehingga sekarang. Peristiwa yang tidak akan
padam daripada kotak fikirannya. Namun dalam pada otaknya bekerja keras untuk
memutarkan kembali peristiwa hitam itu, loceng rumah berbunyi nyaring.
Ting! Tong! Ting! Tong!
Lenyap segalanya khayalannya.
Hai, siapalah yang tak diundang
datang rumah aku pulak ni? Hatinya bertanya kecil.Langkah kaki terus dihayun ke
arah pintu utama. Loceng rumah berbunyi lagi.
“Sabar! I’m coming.” Jeritnya dari dalam.
Pintu dia kuak ke dalam. Terjengul
seraut wajah yang cantik dengan make up
dihadapannya.
“Hai Shah!” sapa Angelika terlebih
dahulu. Shahril tersenyum senang. Hiburannya sudah datang.
“Hai, masuk.” Ajak Shahril
bersahaja.
Penghibur hatinya yang sedang dilanda rawan dan amukan resah datang
tanpa diundang. Angelika. Gadis lincah lagi agresif yang sudah dia dampingi
sudah lebih 3 tahun. Namun atas hubungan sebagai pasangan kekasih sahaja. Bukan
pasangan suami isteri!
Angelika merupakan anak kacukan
melayu-inggeris yang dia temui ketika belajar di Australia lima tahun dahulu.
Gadis yang dibenci pada mulanya, namun perasaan benci itu bertukar sayang
tatkala cinta hadir mengetuk pintu hatinya.
“Apa yang you menungkan tu? tak
suka I datang sini?” tegur Angelika terhadap Shahril yang sedari tadi termenung
singkat. Wajahnya sengaja ditukarkan moodnya. Dimonyokkan wajah yang terhias
cantik itu.
Terpisat-pisat Shahril dek teguran
Angelika itu. dia meraup wajahnya. Lalu tersegih seraya menyedut rokok yang
masih berbaki ditangan kanannya.
“Hey, janganlah macam ni… I
terpukau tadi tengok kecantikan you. Sebab tu terangau sekejap. Janganlah
muncung-muncung mulut tu. kang, I cium baru you tahu.”ujarnya bersama gelakan
kecil. Mengusik gadis tinggi lampai itu.
Angelika tersengih menggoda
mendengar pujian dan pujukan nakal daripada mulut Shahril. Berbunga mekar
hatinya. Shah memang pandai ambil hati aku! Getus hatinya.
“Betul ni? Tak ada teringatkan
perempuan lain?” soal Angelika sengaja menduga. Telunjuknya sudah ditujukan ke
wajah kacak Shahril. Sengaja mahu mengada-ngada dengan kekasih hatinya itu.
Rokok yang hampir habis disedut
buat kali terakhir sebelum menjawab soalan Angelika.
“Sumpah! Tak ada siapa dalam hati I
ni…” Lalu dicampak rokok yang tinggal hanya putungnya didalam bakul sampah
berdekatan.
“ …selain daripada you wahai
pemaisuri hatiku. Marilah masuk ke dalam istana Beta,” Shahril berlelucon
sambil meluaskan lagi pintu masuk kondominiumnya. Lagaknya persis seperti
tukang jaga pintu istana mempersilakan raja untuk bersemayam.
Tanpa membuang masa, Angelika terus
masuk ke dalam diiringi ketawa kecil dengan lawak bersahaja Shahril. Langkahnya
sengaja dilenggang-lenggokkan. Dia tahu Shahril pasti akan mengekorinya sambil
memandang aset-asetnya daripada belakang. Dia tahu tabiat kekasih hatinya itu.
Hari ini sengaja dia memakai skrit
pendek paras paha dengan blaus pendek tidak berlengan. Bahagian dada pula
terdedah. Bukan tidak pernah berpakaian terbuka seperti itu. tetapi untuk hari
ini, sengaja dia berpakaian lebih terbuka. Punggung dilabuhkan di atas sofa.
“So, apa mimpi you datang sini hari ni?” soal Shahril yang juga
sudah melabuhkan punggung di atas sofa bertentangan.
Rasa hairan menerjah benaknya juga.
Setahunya, Angelika memaklumkan bahawa seminggu dia kan berada di Thailand
untuk bercuti bersama rakan-rakannya. Namun tidak sampai 3-4 hari, batang tubuh
perempuan itu sudah terpacak di depan rumahnya.
“Baby, apa punya soalan tu?! of courselah I datang sini sebab
rindukan you!” sahut Angelika yang sedikit berkecil hati dengan pertanyaan
Shahril. Boleh dia tanya aku sebab apa datang sini?
“Oh I see… I ingat you masih lagi dekat Thailand. Bukan ke you kata kat
I seminggu you dekat sana. Nak shoppinglah,
apalah…”
“Memanglah I ingat nak duduk
seminggu bercuti dekat situ. Tapi…” Bicara Angelika terhenti. Dia
menggulung-gulung rambutnya yang beralun indah itu dengan hujung jari. Kaki
disilangkan. Sengaja mempamerkan aksi begitu. Menggoda.
Shahril tersenyum miang.
“Tapi… I rindukan you.” Ucap
Angelika dengan suara yang beralun perlahan namun menggoda.
Shahril melepaskan nafas berat.
Tergoda dia dengan aksi manja Angelika itu. namun sepuas hati dia menahan
gelora yang melanda hatinya. Seboleh mungkin dia mengawal rasa hati untuk
mendapatkan perempuan dihadapannya kini. Tapi, ada hati pintasan lain dihatinya
yang mematikan nafsunya. Kahwin. Satu perkataan itu bagaikan sejuta kali
bermain di gegendang telinga. Sehingga membuatkan moodnya mati untuk hari ini,
walaupun dia berasa teruja diawal kedatangan Angelika tadi.
“Okey,” itu saja ungkapannya.
Angelika melepaskan keluhan.
Keluhan gagal menggoda Shahril. Okey?
Itu saja jawapan lelaki itu? Pelik. Luar daripada kebiasaan. Kenapa ya dengan
lelaki ini? Tidak teruja seperti selalunya. Tiada keghairahannya bila bersama
dengan aku hari ini. Hati Angelika terus beralun resah dengan sikap Shahril
hari ini.
“Itulah you… orang ajak pergi
taknak. Lepas tu bila I balik, datang sini rindukan you, you boleh buat sambil
lewa aje. Bukan nak pujuk I ke apa. Peluk ke apa. Bawak pergi jalan-jalan ke
lepaskan rindu pada I atau you tak rindu pun kat i? dah ada betina lain masa I
tak ada?” Angelika sudah tidak tentu hala. Tiba-tiba hatinya terdetik Shahril
ada perempuan lain. Sebab respon yang diterima
olehnya tentang dirinya daripada Shahril tidak menggalakkan.
Kalau pasangan lain, mungkin akan
merindui satu sama lain kalau kekasih mereka keluar daerah atau pergi jauh.
Namun Shahril seolah-olah tidak kisah akan perasaannya. Tidak menghiraukan
ketiadaannya disisi lelaki itu.
Shahril melepaskan lelah.
“Bukan macam tu sayang… Fikiran I
tengah berkecamuk beberapa hari ni. Dengan masalah kerja lagi, masalah papa
dengan mama I paksa I kah…” tiba-tiba bicara terhenti. Baru dia tersedar
sekarang ni dia berhadapan dengan Angelika. Kekasih hatinya.
Aduh!!! Dahinya ditepuk.
“What?! Papa dengan mama you what?!
Paksa you kahwin?! Dengan betina mana pulak ni Shah?!” Angelika sudah berdiri
tegak. Terpekik-pekik dia bertanyakan Shahril. Dadanya berombak deras. Tertampar dengan kenyataan Shahril tadi. Walau tidak habis percakapan Shahril
tadi, namun dia boleh mengagak bicara selanjutnya.
Shahril juga bingkas bangun. Dia
menghampiri kekasihnya itu. cuba menenangkan Angelika.
“Angie, look at me…” nada Shahril berbentuk arahan. Namun Angelika tidak
menurutinya. Dia berpaling membelakangkan tubuh Shahril. Suasana ketika ini,
hening. Masing-masing membisu. Menunggu siapa yang harus bersuara dahulu.
“Please explain to me Shah! Did
you accept your’s parent plan?” soal Angelika dengan nada serius.
Shahril bingung. Terduduk dia
disofa itu. Ugutan papanya terngiang-ngiang di kepala. Walaupun dia masih belum
memberi apa-apa keputusan pada kedua orang tuanya, namun dia tiada pilihan
untuk berkata tidak di dalam soal ini jika papanya sudah meletakkan syarat yang
sebegitu rupa.
Diramas-ramas rambutnya. Kekusutan
dikepala makin terasa menikam hati dan perasaannya. Tidak tahu dia mahu berbuat
apa. Tidak tahu dia mahu pilih yang mana satu. Hatinya galau.
“Answer me Shah!” tempik angelika apabila tiada butiran yang keluar
daripada mulut Shahril.
Dua minit berlalu. Namun masih
tiada jawapan daripada Shahril. Angelika memicit dahinya. Pening dengan buah
hatinya itu.
“Sometimes, silent is the best answer for yes. So, I have the answer
now. You are loser!” kata Angelika yang sudah hilang sabar seraya mencapai
beg tangan LVnya di sofa. Langkah kakinya dihayun mahu segera pergi daripada
kondominium milik Shahril ini.
“Stop Angie! I love you! I
terpaksa… apa lagi pilihan yang I ada kalau papa awal-awal lagi sudah ugut I
macam-macam. Memang I akan kahwin dengan perempuan tu. Tapi untuk 6 bulan saja.
I akan pastikan itu!” jerit Shahril menghalang Angelika pergi. Langkah kaki
perempuan itu terhenti mendengar ayat-ayat lelaki itu. Kolam air matanya tak
dapat ditahan lagi. Tumpah air matanya menyelusuri pipinya yang berbedak tebal.
Perlahan-lahan, dia berpaling menghadap Shahril yang sudah kusut-masai di
hadapannya beberapa kaki.
“Promised me?” lembut Angelika menyoal. Shahril melepaskan nafas
lega. Dapat pun Angelika memahami perasaannya walaupun belum dijelaskan panjang
lebar.
“I promised you…”
jawab lelaki itu lantas berlari anak memeluk kekasih hatinya itu. Mereka
tenggelam dengan perasaan hati masing-masing.
Sambung cepat!
ReplyDeletetunggu yaaaa (:
Delete