Saturday 29 June 2013

Tanpa Kekasihku 3



Salam semua. Maaf sebab lambat sangat update bab 3 TANPA KEKASIHKU. Saya sangat sibuk minggu ini ditambah lagi dengan keadaan yang masih belajar ni. Manuskrip ini juga terhenti seketika. HEHEHE. Blog ni pun sangat suram sebenarnya. Oleh itu, saya mohon kerjasama pembaca blog ini yang pandai dalam membaiki/renovate blog untuk tolong saya hias blog yang macam ntah apa ni. Harap ada yang sudi membantu. Kalau nak bantu boleh PM saya di FB ya. Thanks. [^^]Y




BAB 3
RUANG makan itu sunyi tanpa bicara sesiapa pun yang berada di situ. Hanya kedengaran bunyi sudu dan pinggan kaca itu sahaja berlaga. Tiga beranak itu diam tidak berkutik. Seolah-olah mereka adalah orang asing. Saling tidak kenal-mengenali tetapi harus makan semeja.

Dua orang gaji Datuk Roffi juga turut serta dalam acara makan malam itu. Setelah diajak berkali-kali, akhirnya Kamsah dan Cahaya bersetuju. Kata Datin Faridah, sekali-sekala makan sekali… mengeratkan lagi hubungan majikan dan pekerja. Apa salahnya…

“Tambah lagi lauk tu Cahaya… Sedap betul sayur lemak pucuk ubi ni awak masak Kamsah,” akhirnya Datuk Roffi bersuara setelah masing-masing memilih untuk mengunci mulut. Kamsah sekadar mempamerkan senyuman apabila dipuji oleh Datuk Roffi.

“Tak apa Tuan Roffi, lauk ni pun dah cukup untuk saya…” jawab Cahaya polos. Datuk Roffi sekadar mengangguk-angguk tanda mengerti.

“Hah Shah, rendang itik tu kan kegemaran kamu, makanlah bagi habis… Rasanya kamu saja yang suka itik dalam rumah ni.” Selar Datin Faridah pula sambil menyudukan seketul rendang itik kesukaan Shahril di dalam pinggan anaknya itu. Memang nafsu makan Shahril bertambah malam itu kerana adanya rendang itik kesukaannya.

Thank you, Ma. Memang sedap rendang itik yang Makcik Kamsah masak. Malah, lagi sedap daripada sebelum ni punya rendang. Kalau duduk rumah ni, memang gemuklah Shah… Setiap hari Makcik Kamsah masakkan sedap-sedap,” ujar Shahril yang sudah tersenyum lebar. 

Tergelak kecil semua yang ada disitu.

Datin Faridah yang mendengar jawapan daripada anaknya itu sedikit sebanyak berasa lega. Lega kerana peristiwa petang tadi tidak terbawa-bawa ke meja makan. Kalau tidak, tentu dingin saja sikap anak lelakinya yang seorang itu.

“Tapi, bukan makcik yang masak rendang tu Shah, Aya ni ha yang masak. Sebab tu lagi sedap daripada yang dulu… Makcik pun sebenarnya dah lupa apa yang Shah suka. Yelah, dah lamakan Shah tak makan dekat sini… Nasib baik Aya yang ingatkan… Jadi makcik pun ajarlah dia masak rendang tu,” tiba-tiba Kamsah bersuara dengan senang hatinya.

Gembira dia kerana rendang masakan Cahaya diterima oleh Shahril. Yelah, kalau sebelum ni selalu sangat anak muda itu mengadu padanya yang masakan orang lain tak sedaplah, tak kena cita rasanyalah dan sampaikan masakan Datin Faridah sendiri dikompelin.

Namun, hasil pertama air tangan Cahaya, diterima baik oleh lelaki yang penuh dengan ketelitian dalam memilih rasa makanan itu. Cahaya di sebelah Kamsah tertunduk malu. Tak sangka pulak Shahril menyukai masakannya. Alhamdulillah. Harap-harap Ini sebagai balasan aku dah tumpahkan air kat baju dia petang tadi. Detik hatinya yang sudah tersenyum.

“Uhuk! Uhuk!” Tersedak Shahril apabila mendengar kata-kata Kamsah tadi.

Dia yang masak? Ya ALLAH, entah-entah dia isi ubat guna-guna dalam masakan ni. Sampaikan aku rasa ni adalah rendang itik yang terbaik aku pernah makan.

Datuk Roffi segera menghulurkan segelas air kepada Shahril apabila melihat muka anaknya sudah memerah akibat tersedak. Terus saja Shahril menyambutnya dan diteguk laju bagi menghilangkan rasa perit yang berkelubung didada.

“Macam mana boleh tersedak ni… Minum air tu banyak sikit… Siapalah yang asyik teringatkan Shah, sampaikan tersedak macam tu sekali,” ujar Datin Faridah yang sudah menggosok-gosok belakang Shahril.

Cahaya yang melihat Shahril tersedak itu terkedu. Sebab aku ke dia tersedak? Yalah, tadikan terlintas nama dia dalam kepala aku ni. Hatinya serba salah.

 “Ke makan tak baca bismillah…” tambah Datin Faridah lagi cuba berseloroh.

Shahril berdehem beberapa kali bagi melegakan tekaknya. Selera makannya mati. Terasa malas pula menyambung makannya apabila mengenangkan kata hatinya tadi. Mungkin mama pun dah kena ubat guna-guna budak tu, sebab itulah sampai nak kahwinkan aku dengan dia!

“Sudahlah tu mamanya pun… Kang tersedak lagi budak tu… Hah Shah, dah siap ke kamu makan? Basuh tangan segala tu?” soal Datuk Roffi apabila melihat Shahril sudah membilas tangannya. “ kalau semua dah sudah, bagus jugak tu. Papa pun ada perkara nak diberitahu sementara semua dah berkumpul dekat meja makan malam ni.” Tambah Datuk Roffi yang melihat semuanya sudah selesai mengisi perut.

Dan serentak itu, kata-katanya menimbulkan tanda tanya dibenak Cahaya dan Shahril. Datin Faridah dan Kamsah sekadar termangu sendiri. Berdebar untuk perkara yang akan berlaku seterusnya.

“Perkara apa pulak ni,pa?” Soal Shahril untuk mendapatkan kepastian.

Tisu dihadapannya dicapai dan mulutnya yang dirasakan comot sedikit itu dilap. Hai, takkan papa nak cakap hal hari tu kot? Tetap ke keputusan diorang? Ni yang aku lemah ni!

Cahaya terpinga-pinga sendiri. Anak mata maknya dicari untuk menanyakan apa yang bakal dibicarakan oleh Datuk Roffi namun cepat saja anak matanya memanah wajah serius Datuk Roffi.

“Cahaya, Shahril… papa akan nikah kamu berdua sebulan daripada sekarang!” ucap Datuk Roffi tanpa berlengah. Straight to the point! Malas nak memutar-mutar belitkan percakapannya. Semua yang berada disitu tergamam. Kahwin sebulan daripada sekarang? Kamsah dan Datin Faridah kaget juga dengan penyataan itu namun sekadar menanti apa bicara selanjutnya.

Cahaya yang mendengar ayat lancar dengan satu nafas daripada mulut Datuk Roffi itu, kaget! Berderau darahnya.

Rancangan apakah ini? Ya ALLAH, musibah apa pulak ini terhadap diriku? Kamsah yang berdiam daripada tadi pandang. Laju tangan mencari tangan maknya untuk bertanya. Namun Kamsah sekadar memerhati Cahaya dengan pandangan yang lesu. Kolam air mata Cahaya bergenang! Hampir dia teresak. Dia tidak redha dengan rancangan ini!

“Apa?! Are you serious papa? Secepat ini?” soal Shahril terkejut. Dia sudah berdiri tidak percaya! Walaupun dia sudah maklum tentang perkahwinan paksa ala-ala cerita klise melayu dan tradisi melayu sejak tahun sebelum komunis ada dekat Malaysia lagi, namun tentang sebulan perkahwinannya akan berlangsung sungguh mengocak hatinya! Gila ke apa! Aku pun tak buat lagi keputusan. “Pa, ma… Shah belum beri kata putus lagi. Berilah Shah masa… lagi pun belum tentu Shah dapat terima Aya, Shah dah ada pilihan Shah sendiri. Kenapa mama dan papa masih nak menjodohkan kami berdua? Ini tahun milenium papa! Zaman dah maju. Tak dah kahwin paksa-paksa semua ni… Entah-entah Aya pun dah ada pilihan sendiri. Dia pun masih muda!” panjang berjela penjelasan Shahril. Kalau boleh dia memang tidak mahu terima semua rancangan ini. Kenapalah ibu bapanya ini. Mungkin betul apa telahannya. Papa dan mamanya memang sudah diguna-gunakan oleh Cahaya!

“Shah, listen to me! Umur kamu sudah 27 tahun. Tapi masih lagi tiada tanda-tanda nak kahwin. Tengok abang kamu, dah ada nak dua orang pun… Papa buat semua ni ada sebabnya. Papa memang daripada dulu nak jodohkan kamu dengan Cahaya. Ini adalah rancangan papa dan ayah Cahaya dulu lagi… dan keputusan ini adalah muktamad!” ujar Datuk Roffi tegas.

“Betul tu Shah, kami ada sebabnya mengapa kamu perlu kahwini Cahaya… Tolonglah untuk kali ini dengar cakap papa dengan mama. Kalau sebelum ini kami selalu menuruti semua kemahuan kamu, apa salahnya kamu dengar dan tunaikan permintaan kamu. Kamu boleh lihat sendiri Shah, Aya budak baik. Bukan perempuan yang entah apa-apa kat luar tu…” tokok Datin Faridah pula. Wajah anaknya direnung dalam.

Shahril panas hatinya. Dia meraup wajahnya beberapa kali. Tak masuk dek akal langsung alasan semua tu! dah rancang daripada dulu konon! Bentak hatinya marah.

“Tuan, Puan… betul apa yang Tuan Shahril cakapkan tu. Mungkin dia sudah ada pasangannya sendiri. Saya jugak sudah menyimpan hasrat untuk menyambung…” namun kata-kata Cahaya terhenti apabila Kamsah mencelah.

“Saya bagi pihak belah perempuan, menerima rancangan ini dan merestui perkahwinan Cahaya dan Shahril.” Selarnya. 

Terpempan semuanya yang mendengar terutamanya Cahaya!

“Mak… apa yang mak cakap ni? Aya tak setuju! Aya taknak kahwin dengan Tuan Shahril! Aya tak rela… Aya nak sambung belajar!” bidas Cahaya yang sudah teresak-esak. Hatinya pilu bila mendengar pengakuan Kamsah sebentar tadi. Tegar sungguh maknya menghancurkan harapannya. Patutlah dia dihalang daripada menyambung pelajarannya.

“Maafkan mak, nak. Ini hasrat ayah dulu… Dia teringin sangat nak berbesan dengan Datuk dan Datin…” Luah Kamsah dengan sedu-sedan juga. Kalau boleh, dia juga mahu melihat Cahaya menggenggam segulung ijazah namun memikirkan peristiwa yang pernah dilihatnya, menyebabkan dia berfikir dua kali sebelum membuat keputusan. Aya dan Shahril perlu juga disatukan! Hati ibu mana yang tegar memusnahkan harapan anak-anak mereka, bahkan senantiasa mendoakan kejayaan untuk anak-anak mereka.

Datuk Roffi dan Datin Faridah sekadar diam. Tersentuh juga mereka dengan drama air mata itu. 

Tapi tidak pada Shahril. Hati membuak-buak dengan perasaan meluat melihat drama air mata dua beranak itu. Dah mandrem mak bapak aku, buat muka tak bersalah pulak. Malah, buat drama air mata pulak kat sini… meluat! Namun, kata-kata itu sekadar bersarang dihatinya. Tidak terluah dimulutnya. Tak apa, nanti aku kan cari kebenarannya sendiri!

“Aya, tolonglah terima perkahwinan ni… Saya pun memang mengimpikan Aya untuk jadi menantu saya. Please sayang… Tentang hal pembelajaran Aya tu, lepas kahwin pun boleh sambung belajar, tak ada masalah sayangku…” pujuk Darin Faridah pula. Bahu Cahaya dipegang kejap. 

Kamsah sekadar mengangguk sambil mengesat deraian air mata anaknya itu. Cahaya bingung! Tidak mengangguk mahupun menggeleng. Hatinya kosong. Tidak tahu mahu memilih ‘ya’ atau ‘tidak’. Mahu mencapai cita-citanya atau mencambahkan perasaan yang sememangnya mekar di dalam hatinya.

“Shahril, papa tetap dengan keputusan papa dan papa juga akan mengotakan janji papa kalau kamu menolak perkahwinan ini.” Ucap Datuk Roffi pada Shahril yang sudah gelisah bagai cacing kepanasan itu.

“Okey! Tapi kalau kami bercerai selepas tu, jangan tanya kenapa!” jawab Shahril tanpa memikir panjang dan sedikit membentak! Langkah kakinya terus dihayun ke pintu utama rumah. Tidak betah hatinya berlama-lama disitu. 
Semua yang berada disitu terperanjat mendengar kata-kata Shahril. Namun terbit sedikit rasa syukur di sanubari masing-masing kecuali Cahaya. “Okey! Tapi kalau kami bercerai selepas tu, jangan tanya kenapa!” kata-kata Shahril terus berputar ligat dalam kepalanya dan sungguh dia terkejut dengan ucapan itu. Ya ALLAH, tolonglah hambuMu ini. Hanya itu doanya.

*********

CAHAYA merenung sinaran bulan yang menyala cantik. Meski pun purnama tunggal itu  bersinar cantik, tetap tidak mampu mengusir rasa galau yang bertandang. Hatinya kacau bilau. Tamparan angin malam yang dingin juga tidak dihiraukan. Akalnya asyik memikirkan perkara yang bakal berlaku. Apa pun keputusannnya, dia tetap akan dikahwinkan dengan Shahril. Terasa berpintal-pintal otaknya memikirkan masalah itu walaupun dia tetap cuba melawan agar perkara itu diusir jauh daripada benaknya. Namun, fikirannya tetap berjalan.

Hubungan dia dengan anak majikannya itu tidaklah semesra mana. Jarak umur yang jauh juga meluaskan lagi jurang antara mereka. Jarang mereka bertegur sapa kerana Shahril jarang berada di rumah. Hidup lelaki itu penuh berdikari kerana seingatnya sejak berumur 13 tahun Shahril sudah tinggal di asrama sehinggalah melanjutkan pelajaran di luar negara. Jadi, perbualan dia dengan lekaki itu juga boleh dikira dengan jari. Sekadar perbualan menanti tugas sahaja. Tidak lebih daripada itu. Meski pun begitu, hatinya tetap menyimpan suata rasa terhadap Shahril semenjak dulu lagi. Kepulangan Shahril ke Malaysia sentiasa tunggu. Malah, dia sehinggakan sanggup menghitung bila cuti semester lelaki itu akan tiba dan sentiasa menunggu apa arahan Shahril pada dirinya untuk diberi tugas. Ketibaan lelaki itu yang dinanti-nantikan untuk melepaskan rindu yang berbuku dihati. Bodoh pula bila dia terkenangkan perkara itu. Angau tahap langau dah tu! Hatinya berdetik.

Ketika dia berkongsi cerita dengan Salina tentang ciri-ciri suami pilihannya pada usia remaja, dia sentiasa membayangkan Shahril. Tetapi tidak pernah dia bercerita pada Salina tentang perasaannya pada teman baiknya itu. Menjadi rahsia sehingga ke hari ini. Hanya dia yang tahu.  Buaian di laman itu masih hayun perlahan. Nafas berat dihela. Dada langit ditenung lagi.

Tiba-tiba Cahaya berasa dirinya sedang direnung oleh seseorang daripada arah belakang. Berdiri tegak bulu romanya. Menyesal pula dia berseorangan di laman rumah besar ini. Cerita-cerita seram mula menerjah fikirannya. Mata dipejamkan rapat. Mulutnya mula terkumat-kamit membaca ayat-ayat suci Al-quran yang dia tahu. Setelah terasa sedikit tenang, dia membuka semula matanya perlahan. Dengan pandangan ekor matanya, dia cuba mengintai masih ada lagikah bayangan itu. Firasatnya benar! Ada hantu dibelakangnya. 

Pandangan ekor matanya jelas dapat menangkap sekujur bayangan hitam yang sedang berdiri memerhatikannya. Dia terketar-ketar. Lantas, dia mahu membuka mulut menjerit sekuat hati namun tiba-tiba mulutnya dicekup daripada arah belakang. Darahnya menyerbu ke muka, ketakutan! Ya ALLAH, bukan hantu, tapi pencuri! Ya ALLAH bantu aku Ya ALLAH! Rintih hatinya.

“Baik kau diam! Sebelum orang dalam rumah dengar!” bisik lelaki itu di telinga Cahaya tetapi kedengaran keras.

Sebaik mendengar suara itu, degupan jantung Cahaya mula surut. Lega! Bukan pencuri mahu pun hantu! Tetapi Shahril… dan jantungnya kembali bergedup kencang.

Shahril melepaskan cekupannya daripada mulut Cahaya setelah berasa gadis itu sudah tenang sedikit. Penakut! Main bomoh, tak takut pulak… detak hatinya menyampah.

“A… pa… Tuan… buat… de… dekat sini?” soal Cahaya tergagap-gagap dengan helaan nafas tercungap-cungap. Shahril yang sudah berpusing mahu duduk dibuaian itu dipandang dengan tanda tanya. Dalam pada masa yang sama hatinya membentak! Tak reti-reti nak bagi salam ke mamat ni? Hampir je aku ambil pasu bunga tadi baling dekat kepala dia… Nyaris-nyaris je tadi! Kalau tidak masuk hospital dah mamat ni. Omel Cahaya.

“Suka hati akulah! Rumah aku! Aku nak pergi kat stor belakang tu ke, aku nak berenang tengah malam ni ke, aku nak potong rumput kat laman ni ke, suka hati akulah! Kau jangan menyibuk boleh tak? Kau tu yang tak patut berada di sini!” jawab Shahril dengan sinisnya. Sengaja dia mahu menyakiti hati gadis itu. Tetapi dia memang ada hajat datang mencari gadis ini. Ada perkara yang perlu diselesaikan dengan bakal isteri terpaksanya ini!

Cahaya mencebik. Dia rasa menyampahlah pulak dengan perangai bongkak Tuan Muda Shahril ini. Tahulah dia hanya orang gaji dirumah ni, janganlah nak perli-perli! Sakit hati tau tak! Nak aje dia menjerit kata-kata itu dilubang telinga lelaki yang sudah duduk disebelahnya ini.

“Okeylah… saya pergi dulu.” Pamit Cahaya. Tidak betah dia mahu duduk lama-lama dengan lelaki itu. Rasa debar yang bertandang cuba diusir. Punggung terus diangkat, mahu beredar daripada situ.

“Nanti dulu… duduk dulu! Aku ada hal nak bincang dengan kau.” Selar Shahril seraya memagut lengan Cahaya yang sudah mahu beredar.

Bagaikan mahu gugur jantung Cahaya apabila disentuh pertama kalinya oleh Shahril. Terpegun dia ditengah jalan. Terasa seperti ada arus eletrik yang mengalir diseluruh tubuh badannya. Namun bingkas dia tersedar. Dia berdehem kecil dan menarik lengannya yang masih dipegang kejap oleh Shahril walaupun sudah beberapa minit berlalu. Merah wajah Cahaya. Shahril yang baru tersedar dia memegang lengan Cahaya, cepat-cepat melepaskannya.

“Duduklah dulu…” arahnya lagi apabila Cahaya tidak berganjak. “Aku kata duduklah… kau ni payah betul ya nak terima arahan…” Shahril terus bangun daripada kedudukannya dan menolak lembut tubuh Cahaya supaya terduduk dibuaian itu. Cahaya bagaikan robot pula apabila diperlakukan begitu. Tapi sedikit pun tidak bersuara. Hanya menurut.

“Hah! Tahu pun kau duduk ya? Ni, aku nak cakap sikit…”

“Tuan nak cakap apa? Tuan nak batalkan perkahwinan ni? Saya setuju! Saya pun sebenarnya tidak mahu dengan perkahwinan ni. Saya takut dan masih belum bersedia. Saya juga tak boleh terima dengan cadangan bodoh ni. Masakan kita harus menunaikan hasrat yang sudah mati? Tak logik! Sepatutnya kita fikirkan soal hati dan perasaan kita.” Bagaikan bertih jagung kata-kata yang keluar daripada mulut Cahaya. Apa yang dia cakapkan pun dia sendiri tidak pasti. Eh, apa aku cakap ni? Betul ke? Malunya! Bukan ke sepatutnya aku gembira sebab suami pilihan aku nak kahwin dengan aku? Hatinya sudah tertanya-tanya.

“Heh, kau ni boleh tak dengar dulu apa yang aku nak cakapkan. Ini aku belum habis bercakap, kau sudah pancung itu,ini. Sakit telinga aku tahu tak! Sekarang ni, siapa boss, siapa pekerja?” soal Shahril sinis. 

Terkulat-kulat Cahaya dibuatnya. Shahril sudah bengang!

“Ma… af… tuan,” jawab Cahaya perlahan.

“Maaf diterima.” Utara Shahril laju dan intonasinya macam tak ikhlas saja. “Aku nak kita teruskan perkahwinan ini! Seperti yang dirancang… Lepas kahwin kita pindah rumah. Lepas tu, kau boleh sambung belajar dan aku dengan hidup aku.” Lanjut Shahril seterusnya. Serius setiap patah bicaranya. Cahaya yang mendengar kata-kata itu termangu-mangu. Betulkah apa yang dia dengar? Ke lelaki ini sudah gila? Semalam waktu bincang pasal perkara ini, dia juga yang beria membantah. Hari ini ajak kahwin pulak dah! Pening! Pening! Omel Cahaya.

“Tapi…”

“Tak ada tapi-tapi lagi… aku tolong kau, kau tolong aku,”

Shahril sudah fikir masak-masak. Dia harus menerima perkahwinan ini.  Kalau tidak habis semua kemudahan yang ada padanya tergencat hanya semata-mata perempuan ini. Jadi, dia mengambil langkah ini untuk mempertahankan haknya. Alah, Aya pun nak pergi belajar lepas tu. Comfirm-comfirm masa dia belajar, dia duduk hostel. Habis dia belajar, aku ceraikanlah dia. Dia pun mesti dah ada diploma masa tu. Tak adalah kokak sangat nak hidup untuk hari seterusnya. Dan aku akan terus berkahwin dengan Angelika. Cakap ajelah tak ada keserasian nak hidup bersama bila diorang yang kenapa aku dengan Aya bercerai. Habis cerita! Otak Shahril sudah merangka segalanya.

“Tolong apa Tuan Shahril?” tanya Cahaya polos. Tidak faham dia dengan maksud disebalik kata-kata lelaki itu.

“Tolong kahwin dengan akulah!” bentak Shahril. Lagi mau tanya ke?

“Tapi macam mana kehidupan saya nanti… Saya takut… Takut ditinggalkan sorang-sorang…” luah Cahaya jujur. Dia takut. Takut dengan perkara yang dia bayangkan apabila dia berkahwin dengan Shahril kelak. Pada suatu hari, Shahril akan membuka tali pinggan yang tersemat kemas, dan melibas badannya berkali-kali kerana lambat membuka pintu. Shahril akan menampar dan menendang perutnya akibat ketidaksedapan rendang yang dia masak dan lambat menyediakan makanan. Dia takut memikirkan perkara itu. Macam dalam novel-novel cinta!

“Apa yang kau takutkan? Aku dah nak tolong kau ni tah tak? Lepas kita kahwin, kau sambunglah belajar tu… Aku dengan hidup aku… Macam aku cakap tadi. Takkan tak faham bahasa melayu kot?” perli Shahril lagi. Cahaya terpinga-pinga memikirkannya. “Okeylah… kira deallah tu perjanjian kita. Bye!” ucapnya. Namun langkah terhenti sebentar. “Kau tak ada masukkan ubat guna-guna dalam makanan atau minuman mama dan papa sampai diorang nak rancang semua ni kan?” soal Shahril serius memandang wajah tertanya-tanya.

“Tak ada…” hanya itu yang keluar daripada mulut Cahaya.

“Okey, aku akan siasat!” bidas Shahril seraya berlalu.

“Gila!!!” Bentak Cahaya perlahan dan berlalu daripada situ. Sakit hatinya bila dituduh begitu!


Shahril yang tak berapa jauh berpaling apabila mendengar perkataan gila itu. mendidih pula hatinya. Tetapi malas dia layan… hanya rengusan kasar kedengaran.

1 comment:

  1. tolong cepat ye smbungnye...x sabar nk bace...

    ReplyDelete