Sunday 16 June 2013

Tanpa Kekasihku 1



BAB 1

“APA perkara penting yang nak diberitahu tu?” soal Shahril, anak kedua daripada tiga adik-beradik itu seraya melabuhkan duduknya di sofa berhadapan dengan mama dan papanya.

Terkejut juga dia apabila dia ditelefon oleh mamanya sendiri memaklumkan bahawa ada perkara penting yang perlu diberitahu padanya. Hatinya juga penasaran ingin tahu lebih lanjut. Rasa letih yang berladung, sedikit berkurangan apabila badannya singgah di sofa empuk itu. Tali leher yang menjerut sejak pagi tadi diuraikan sedikit. Memberi ruang selesa untuk terus bernafas. Kalau ikutkan hatinya, malas mahu dia singgah di rumah mewah papanya ini tetapi memandangkan ini adalah arahan daripada kedua orang tuanya, dia tidak boleh membantah.

“Ehem…” kedengaran Datuk Roffi berdehem sebelum memulakan perbicaraan. Lagaknya serius. “Papa ada hal penting yang ingin dibincangkan dengan kamu. Dan hal ini bukan main-main.”
Shahril yang menyandar tadi, terus menegakkan badannya. Penat dan lelahnya yang baru pulang daripada kerja itu, berterbangan apabila mendengar bicara serius yang keluar daripada bibir tua itu. Hatinya masih lagi tertanya-tanya. Kedudukannya dibetulkan agar lebih selesa.

“Betul tu. Shah kena dengar betul-betul. Sebab ini soal masa depan Shah. Mama dan papa dah fikir masak-masak akan hal ini.” Ujar Datin Faridah pula. Riaknya juga tidak kurang seperti suaminya. Serius.

Waitwait… Ma,pa, apa yang serius sangat? Skema semacam aje. Apa benda yang penting sangat ni? Nak suruh Shah tinggal dekat sini? Shah kan dah cakap. Shah taknak duduk dengan mama dan papa. Shah kalau boleh nak berdikari. Hidup sendiri. Apa kelas, dah besar tapi nak duduk bawah ketiak mama dan papa lagi.” Shahril menyerkap jarang bersama gelak kecil. 

Fikirnya hal itu yang mahu mama dan papanya ingin utarakan pada dia. Yalah, sudah beberapa kali mamanya asyik memujuk dia supaya tinggal bersama. Alasan mamanya, dia sunyi. Shahrul abang sulungnya sudah berkahwin dan menetap di London atas tuntutan kerja. Adiknya yang bongsu pula, Salina sedang menuntut di UITM Sintok, Kedah. untuk tahun yang kedua. Hanya dia yang bekerja di syarikat ayahnya dan dekat dengan keluarga.

Datuk Roffi dan Datin Faridah berpandangan sesama sendiri. Mereka tahu, tentu sukar untuk memberitahu akan hal ini pada anak kedua hasil perkahwinan mereka yang sudah memakan masa 38 tahun ini.
“Ma, hauslah. Mintaklah Makcik Kamsah atau Aya buatkan air. Dahaga pulak tekak ni.” Rungut Shahrul pula apabila mama dan papanya hanya berdiam diri. Timbul juga rasa hairan dibenaknya, kerana dari tadi dia tidak nampak bayang orang gaji kedua orang tuanya itu. Sudah tidurkah? Jam tangan di tangan kirinya, ditilik. 9.30 malam baru. Awalnya tidur.

“Makcik Kamsah dengan Aya tak ada. Diorang ambil cuti dua hari. Balik ke kampung. Katanya ada urusan dekat sana. Air tu nanti-nantilah… tunggu mama dan papa habis cakap dulu.” Jelas Datin Rafidah.
Shahril sekadar mengangguk-angguk tanda mengerti.

“Sebenarnya… Mama dan Papa akan nikahkan kamu dengan Nur Aminah. Keputusan kami adalah muktamad. Tiada bantahan.” Laju kata-kata itu meluncur daripada mulut Datin Faridah.
Shahril yang mendengar segera terpempan! Dia bingkas bangun. Khabar yang baru melalui telinganya bagai terus tersemat dan lancar sahaja sel-sel otaknya membawa maklumat itu ke kotak minda.

What?! Are you out of your minds?” Teriak Shahril. Bagai nak pecah jantungnya mendengar rancangan mama dan papanya itu. Sungguh tidak boleh diterima dek akalnya. Menikah dengan Nur Aminah? Bukan salah satu hasrat! Malah tidak pernah dia berangan atau bermimpi akan berkahwin dengan gadis itu!

“Shah! Mind your words first! This is your mother!” Tengking Datuk Roffi apabila anak lelakinya itu sudah ketelanjuran bicara terhadap ibunya sendiri. Shahril terkesima bercampur-baur dengan marah. Hampir saja dia hilang kawalan.

“Ini adalah keputusan muktamad kami. Kalau kamu membantah, kamu akan tahu apa nasib kamu. Papa akan gugurkan saham kamu dalam syarikat. Jawatan kamu sebagai pengarah juga akan papa ganti kepada tukang cuci. Elaun pun papa akan tarik. Termasuklah semua kemudahan yang papa berikan kepada kamu. Kamu faham?!” ucap Datuk Roffi nekad. Anaknya itu perlu juga menikahki gadis yang bernama Nur Aminah itu.

Bertambah mendidih darah Shahril mendengar arahan dan kuasa veto papanya terhadap dirinya. Dia merengus kasar dan segera melangkah ke luar rumah. Rumah ini perlu di tinggal segera agar tiada perbalahan atau pergaduhan yang berlaku.

Datuk Roffi dan Datin Faridah sekadar menghantar langkah Shahril dengan pandangan sayu.

********

SHAHRIL merengus kasar. Turun, naik, turun, naik dadanya yang bidang itu berombak. Tanda amarah sedang menguasai diri. Berita yang dia terima sebentar tadi begitu memberi tamparan hebat padanya. Hampir saja dia meradang di depan kedua ibu bapanya. Namun atas dasar hormat dan dengan siapa dia berdepan tadi, dia seboleh mungkin mengawal amarah yang mencengkam hati.

Tubuhnya dihempaskan di atas sofa baldu diruang tamu. Fikirannya berkecamuk. Jiwanya kusut. Hatinya gundah-gulana. Kata-kata mamanya, Datin Faridah masih terngiang-ngiang dilubang telinga. Berbisik-bisik perlahan.

“Mama dan Papa akan nikahkan kamu dengan Nur Aminah. Keputusan kami adalah muktamad. Tiada bantahan.”

Tak ke dia nak meradang dengar ayat yang meluncur laju dibibir mamanya itu? kalau dia mempunyai penyakit jantung, sah-sah kenduri awah akan berlangsung.

Kolot betul Mama dan Papanya. Ini sudah tahun 2013. Bukannya tahun 1970-an mahu menentukan jodoh anak-anak, mahu memilih siapa isteri atau suami anak-anak mereka. Harap saja dari golongan Datuk, Datin, tapi fikiran kolot semacam!

Hati Shahril sudah membebel yang bukan-bukan. Fikirannya jauh terbang. Terbang mengenangkan rancangan kedua ibu bapanya dan apa yang akan jadi seterusnya. Seboleh-bolehnya dia mahu membantah keras. Namun, apakan daya… amaran yang tegas dan ketat daripada papanya, Datuk Roffi terlebih dahulu membatalkan hasratnya untuk menentang penjodohan ini.

“Kalau kamu membantah, kamu akan tahu apa nasib kamu. Papa akan gugurkan saham kamu dalam syarikat. Jawatan kamu sebagai pengarah juga akan papa ganti kepada tukang cuci. Elaun pun papa akan tarik. Termasuklah semua kemudahan yang papa berikan kepada kamu. Kamu faham?!”

Tukang cuci? Gugurkan saham? Elaun kena tarik? Semua kemudahan seperti kereta, rumah dan sebagainya kena ambil juga? Dia tidak mahu itu semua berlaku. Dia masih memerlukan segalanya untuk terus hidup. Tapi, papanya begitu berkuasa dan dia tiada apa-apa kekuatan untuk melawan permintaan papanya.

“Huh! Kusut! Kusut!” teriak Shahril tiba-tiba. Rambutnya yang ikal diselerakkan.

Rokok Dunhill yang berada diatas meja kecil dicapai. Dia memerlukan kretek itu untuk melepaskan tekanan.
Setelah rokok dinyalakan, dia teringatkan gadis bernama Nur Aminah itu. Nur Aminah yang bakal menjadi isterinya kelak. Gadis itu merupakan anak kepada pembantu rumah mama dan papanya, Mak Cik Kamsah. Gadis yang manis, sopan, rajin dan baik hati itu. Pelajarannya tidaklah tinggi mana. Hanya setakat SPM saja. Memang wajar pun jadi pembantu rumah! Hatinya berdetak. Tiba-tiba dia teringatkan suatu peristiwa lampau. Peristiwa yang membuatkan dia keluar daripada banglo Datuk Roffi. Peristiwa yang dia kesali sehingga sekarang. Peristiwa yang tidak akan padam daripada kotak fikirannya. Namun dalam pada otaknya bekerja keras untuk memutarkan kembali peristiwa hitam itu, loceng rumah berbunyi nyaring.

Ting! Tong! Ting! Tong!

Lenyap segalanya khayalannya.

Hai, siapalah yang tak diundang datang rumah aku pulak ni? Hatinya bertanya kecil.Langkah kaki terus dihayun ke arah pintu utama. Loceng rumah berbunyi lagi.

“Sabar! I’m coming.” Jeritnya dari dalam.

Pintu dia kuak ke dalam. Terjengul seraut wajah yang cantik dengan make up dihadapannya.

“Hai Shah!” sapa Angelika terlebih dahulu. Shahril tersenyum senang. Hiburannya sudah datang.

“Hai, masuk.” Ajak Shahril bersahaja. 

Penghibur hatinya yang sedang dilanda rawan dan amukan resah datang tanpa diundang. Angelika. Gadis lincah lagi agresif yang sudah dia dampingi sudah lebih 3 tahun. Namun atas hubungan sebagai pasangan kekasih sahaja. Bukan pasangan suami isteri!

Angelika merupakan anak kacukan melayu-inggeris yang dia temui ketika belajar di Australia lima tahun dahulu. Gadis yang dibenci pada mulanya, namun perasaan benci itu bertukar sayang tatkala cinta hadir mengetuk pintu hatinya.

“Apa yang you menungkan tu? tak suka I datang sini?” tegur Angelika terhadap Shahril yang sedari tadi termenung singkat. Wajahnya sengaja ditukarkan moodnya. Dimonyokkan wajah yang terhias cantik itu.

Terpisat-pisat Shahril dek teguran Angelika itu. dia meraup wajahnya. Lalu tersegih seraya menyedut rokok yang masih berbaki ditangan kanannya.

“Hey, janganlah macam ni… I terpukau tadi tengok kecantikan you. Sebab tu terangau sekejap. Janganlah muncung-muncung mulut tu. kang, I cium baru you tahu.”ujarnya bersama gelakan kecil. Mengusik gadis tinggi lampai itu.

Angelika tersengih menggoda mendengar pujian dan pujukan nakal daripada mulut Shahril. Berbunga mekar hatinya. Shah memang pandai ambil hati aku! Getus hatinya.

“Betul ni? Tak ada teringatkan perempuan lain?” soal Angelika sengaja menduga. Telunjuknya sudah ditujukan ke wajah kacak Shahril. Sengaja mahu mengada-ngada dengan kekasih hatinya itu.

Rokok yang hampir habis disedut buat kali terakhir sebelum menjawab soalan Angelika.

“Sumpah! Tak ada siapa dalam hati I ni…” Lalu dicampak rokok yang tinggal hanya putungnya didalam bakul sampah berdekatan.

“ …selain daripada you wahai pemaisuri hatiku. Marilah masuk ke dalam istana Beta,” Shahril berlelucon sambil meluaskan lagi pintu masuk kondominiumnya. Lagaknya persis seperti tukang jaga pintu istana mempersilakan raja untuk bersemayam.

Tanpa membuang masa, Angelika terus masuk ke dalam diiringi ketawa kecil dengan lawak bersahaja Shahril. Langkahnya sengaja dilenggang-lenggokkan. Dia tahu Shahril pasti akan mengekorinya sambil memandang aset-asetnya daripada belakang. Dia tahu tabiat kekasih hatinya itu.

Hari ini sengaja dia memakai skrit pendek paras paha dengan blaus pendek tidak berlengan. Bahagian dada pula terdedah. Bukan tidak pernah berpakaian terbuka seperti itu. tetapi untuk hari ini, sengaja dia berpakaian lebih terbuka. Punggung dilabuhkan di atas sofa.

So, apa mimpi you datang sini hari ni?” soal Shahril yang juga sudah melabuhkan punggung di atas sofa bertentangan.

Rasa hairan menerjah benaknya juga. Setahunya, Angelika memaklumkan bahawa seminggu dia kan berada di Thailand untuk bercuti bersama rakan-rakannya. Namun tidak sampai 3-4 hari, batang tubuh perempuan itu sudah terpacak di depan rumahnya.

“Baby, apa punya soalan tu?! of courselah I datang sini sebab rindukan you!” sahut Angelika yang sedikit berkecil hati dengan pertanyaan Shahril. Boleh dia tanya aku sebab apa datang sini?

“Oh I see… I ingat you masih lagi dekat Thailand. Bukan ke you kata kat I seminggu you dekat sana. Nak shoppinglah, apalah…”

“Memanglah I ingat nak duduk seminggu bercuti dekat situ. Tapi…” Bicara Angelika terhenti. Dia menggulung-gulung rambutnya yang beralun indah itu dengan hujung jari. Kaki disilangkan. Sengaja mempamerkan aksi begitu. Menggoda.

Shahril tersenyum miang.

“Tapi… I rindukan you.” Ucap Angelika dengan suara yang beralun perlahan namun menggoda.

Shahril melepaskan nafas berat. Tergoda dia dengan aksi manja Angelika itu. namun sepuas hati dia menahan gelora yang melanda hatinya. Seboleh mungkin dia mengawal rasa hati untuk mendapatkan perempuan dihadapannya kini. Tapi, ada hati pintasan lain dihatinya yang mematikan nafsunya. Kahwin. Satu perkataan itu bagaikan sejuta kali bermain di gegendang telinga. Sehingga membuatkan moodnya mati untuk hari ini, walaupun dia berasa teruja diawal kedatangan Angelika tadi.

“Okey,” itu saja ungkapannya.

Angelika melepaskan keluhan. Keluhan gagal menggoda Shahril.  Okey? Itu saja jawapan lelaki itu? Pelik. Luar daripada kebiasaan. Kenapa ya dengan lelaki ini? Tidak teruja seperti selalunya. Tiada keghairahannya bila bersama dengan aku hari ini. Hati Angelika terus beralun resah dengan sikap Shahril hari ini.

“Itulah you… orang ajak pergi taknak. Lepas tu bila I balik, datang sini rindukan you, you boleh buat sambil lewa aje. Bukan nak pujuk I ke apa. Peluk ke apa. Bawak pergi jalan-jalan ke lepaskan rindu pada I atau you tak rindu pun kat i? dah ada betina lain masa I tak ada?” Angelika sudah tidak tentu hala. Tiba-tiba hatinya terdetik Shahril ada perempuan lain. Sebab respon yang diterima  olehnya tentang dirinya daripada Shahril tidak menggalakkan.

Kalau pasangan lain, mungkin akan merindui satu sama lain kalau kekasih mereka keluar daerah atau pergi jauh. Namun Shahril seolah-olah tidak kisah akan perasaannya. Tidak menghiraukan ketiadaannya disisi lelaki itu.

Shahril melepaskan lelah.

“Bukan macam tu sayang… Fikiran I tengah berkecamuk beberapa hari ni. Dengan masalah kerja lagi, masalah papa dengan mama I paksa I kah…” tiba-tiba bicara terhenti. Baru dia tersedar sekarang ni dia berhadapan dengan Angelika. Kekasih hatinya.

Aduh!!! Dahinya ditepuk.

What?! Papa dengan mama you what?! Paksa you kahwin?! Dengan betina mana pulak ni Shah?!” Angelika sudah berdiri tegak. Terpekik-pekik dia bertanyakan Shahril. Dadanya berombak deras. Tertampar dengan kenyataan Shahril tadi. Walau tidak habis percakapan Shahril tadi, namun dia boleh mengagak bicara selanjutnya.

Shahril juga bingkas bangun. Dia menghampiri kekasihnya itu. cuba menenangkan Angelika.

“Angie, look at me…” nada Shahril berbentuk arahan. Namun Angelika tidak menurutinya. Dia berpaling membelakangkan tubuh Shahril. Suasana ketika ini, hening. Masing-masing membisu. Menunggu siapa yang harus bersuara dahulu.

Please explain to me Shah! Did you accept your’s parent plan?” soal Angelika dengan nada serius.

Shahril bingung. Terduduk dia disofa itu. Ugutan papanya terngiang-ngiang di kepala. Walaupun dia masih belum memberi apa-apa keputusan pada kedua orang tuanya, namun dia tiada pilihan untuk berkata tidak di dalam soal ini jika papanya sudah meletakkan syarat yang sebegitu rupa.

Diramas-ramas rambutnya. Kekusutan dikepala makin terasa menikam hati dan perasaannya. Tidak tahu dia mahu berbuat apa. Tidak tahu dia mahu pilih yang mana satu. Hatinya galau.

Answer me Shah!” tempik angelika apabila tiada butiran yang keluar daripada mulut Shahril.
Dua minit berlalu. Namun masih tiada jawapan daripada Shahril. Angelika memicit dahinya. Pening dengan buah hatinya itu.

Sometimes, silent is the best answer for yes. So, I have the answer now. You are loser!” kata Angelika yang sudah hilang sabar seraya mencapai beg tangan LVnya di sofa. Langkah kakinya dihayun mahu segera pergi daripada kondominium milik Shahril ini.

Stop Angie! I love you! I terpaksa… apa lagi pilihan yang I ada kalau papa awal-awal lagi sudah ugut I macam-macam. Memang I akan kahwin dengan perempuan tu. Tapi untuk 6 bulan saja. I akan pastikan itu!” jerit Shahril menghalang Angelika pergi. Langkah kaki perempuan itu terhenti mendengar ayat-ayat lelaki itu. Kolam air matanya tak dapat ditahan lagi. Tumpah air matanya menyelusuri pipinya yang berbedak tebal. Perlahan-lahan, dia berpaling menghadap Shahril yang sudah kusut-masai di hadapannya beberapa kaki.

Promised me?” lembut Angelika menyoal. Shahril melepaskan nafas lega. Dapat pun Angelika memahami perasaannya walaupun belum dijelaskan panjang lebar.


I promised you…” jawab lelaki itu lantas berlari anak memeluk kekasih hatinya itu. Mereka tenggelam dengan perasaan hati masing-masing.

2 comments: