Tuesday 16 July 2013

Tanpa Kekasihku 5





BAB 5

CAHAYA merenung wajahnya yang bersolek nipis itu di dalam cermin. Hatinya berdebar-debar disaat ini. Berkali-kali dia membetulkan kedudukan tudung bawal yang berwarna biru itu. Baju kurung riau yang berwarna senada tetapi lebih cerah itu, dikerling lagi. Dia masih tertanya-tanya apakah sesuai atau tidak dia memakai baju itu atau pun kelihatan hodoh dan kolot!

“Nanti malu pulak si mamat tu aku pakai baju kurung aje! Tak sopitikated katanya!” Omel Cahaya sendirian. 

Punggung dilabuhkan dibirai katil. Orang yang ditunggu-tunggu tak sampai-sampai lagi. “Lambat betul!” desisnya pula.

Hari ini, atas permintaan Datin Faridah, dia perlu ke butik pengantin untuk fitting baju pengantin bersama-sama Shahril. Oh, sungguh hatinya berkocak bila memikirkan yang hanya dia dan Shahril sahaja. Tidak ditemani oleh sesiapa! Tak tahu apa akan terjadi nanti. 

Pada mulanya, dia tidak mahu pergi berseorangan dan mahu mengajak Kamsah sekali sebagai teman tetapi maknya bagai memberi peluang saja untuk bersama Shahril! Terus aje tidak setuju! Katanya banyak kerja yang perlu dilakukan dirumah besar itu. jadi, terpaksalah dia terkontang-kanting sendirian.

“Tak apa… aku cuma perlu relaks aje. Dan dengar apa yang dia cakap. Tak perlu banyak songeh!” kata Cahaya terhadap dirinya sendiri. Nafas ditarik dalam-dalam dan dihembus perlahan bagi menenangkan fikirannya.

“Aya, Shahril sudah sampai!” Teriak Kamsah daripada luar bilik. Daun pintu bertalu-talu dia ketuk memaklumkan pada Cahaya.

Tergocoh-gocoh Cahaya dibuatnya. Kelam-kabut mencari beg tangannya. Setelah dicapai beg tangannya, lagi sekali dia menilik penampilannya dicermin. “Okeylah ni… tak adalah mata Tuan Shahril sakit tengok aku nanti.” Bicaranya terhadap diri sendiri lagi.

“Aya cepatlah!”

“Ye mak! Aya datang lah ni…” sahut Cahaya. Lalu terus menapak ke muka pintu. Sebelum membuka pintu bilik, sempat dia membaca basmallah. Berdoa di dalam hati agar tiada apa-apa yang buruk berlaku. Semoga lancar aje.

“Hah, cepat sikit. Shahril dah tunggu kamu dekat luar tu,” beritahu Kamsah. Terpegun juga dia melihat wajah manis Cahaya berbaju kurung hari ini. Biasanya dirumah ini dia hanya mengenakan t-shirt dan kain batik atau gaun labuh atau lagi, track-suit aje.

“Ye ke mak? Okeylah, orang pergi dulu… Maaf tak dapat bantu mak hari ni,” pamit Cahaya dan mencium tangan tua Kamsah. 

Kamsah sekadar mengangguk.

Tanpa berlengah terus saja dia menuju ke pintu utama rumah. Sebaik sahaja dia keluar, terpampang kereta ferrari merah Shahril di garaj. Terpinga sebentar dia. Kerana tuan punya kereta tidak kelihatan! “Aik, kereta ada! Tuan punya kereta lesap,” ujarnya perlahan.

“Woi! Aku ada dekat sinilah! Lembab betul kau bersiap ya? Letih aku tunggu dekat luar ni tau! Dahlah cuaca panas! Kau sedap-sedap buat lambat-lambat ye?” tempelak Shahril yang duduk dimeja kecil berhampiran dengan kolam ikan buatan itu. Terkedu seribu bahasa Cahaya mendengar kata-kata pedas daripada mulut lelaki itu. Bertambah berdebar dia melihat Shahril yang begitu kacak dengan jaket denimnya yang tersarung kemas ditubuh sasa lelaki itu. Namun, segera diusir perasaan itu jauh-jauh.



Aku yang lambat? Aku dah bersiap awal-awal tau? Aku yang tunggu dia tadi dekat setengah jam, dia pulak yang bising-bising. Yang dia duduk dekat luar ni kenapa? Kan ruang tamu rumah ni besar, boleh baring lagi bersantai segala. Apasal dia tak masuk? Nak salahkan orang pulak! Hati Cahaya sudah membebel-bebel. 

Panas juga hatinya bila dituduh lambat!

“Hah, tercegat lagi dekat situ. Jomlah!” selar Shahril yang sudah berada di pintu kereta.

Tidak mahu ditempelak lagi, Cahaya cepat-cepat ke kereta mewah Shahril. Wow! Kereta mahal. Beruntungnya aku dapat naik kereta mahal! First time dalam hidup! Terima kasih YA ALLAH. Ucap hati Cahaya. Tersengih-sengih dia dibuatnya. Tiba-tiba cermin tingkap kereta mewah itu terturun ke bawah dan…

“Hoi, yang kau tersengih-sengih lagi tu kenapa? Membuang masa betul! Ke nak tunggu aku bukakan pintu tu? memang taklah. Jangan nak mengada-ngada!” kata Shahril. Wow! Berbisa sangat!

Cepat-cepat Cahaya membuka pintu kereta dan memboloskan diri ke dalam. Memang panas betul hatinya dengan kata-kata Shahril itu. Pintu kereta dikatup agak kuat sedikit. Sengaja! Kalau boleh sampai tercabut pun tak apa. Sebagai tanda protes! Shahril sekadar tersenyum sinis. Memang dia mahu menyakitkan hati perempuan itu. Dan sebaik saja enjin kereta dihidupkan, pedal minyak ditekan keras bagi meningkatkan kelajuan kereta mewahnya. Rasakan! Hatinya berbisik jahat…

********

SEBAIK sahaja kereta dipakir, Cahaya meluru keluar daripada kereta. Longkang yang berhampiran didekati. Habis segala isi perutnya dikeluarkan. Terbatuk-batuk dia dibuatnya. Dia sudah tidak kisah dengan pandangan orang sekeliling terhadap dirinya. Rasa mual yang mennguasai dirinya perlu disingkirkan dengan memuntahkan isi perutnya!

Shahril tersenyum sinis! Baru kau tahu padahnya menghempas pintu kereta mahal aku tu. Gaji kau bulan-bulan kerja dengan mama pun tak dapat beli pintu kereta ni. Kata hatinya puas. Memang disengajakan dia membawa keretanya dengan begitu ekstrem. Keretanya dipecut laju dan bila tiba dipersimpangan atau selekoh dia akan melakukan aksi drift yang mampu menggerunkan penumpang keretanya. Dan mangsanya adalah Cahaya.

Cahaya mengesat mulutnya dengan tisu yang dibawanya. Air mineral 500ml juga dikeluarkan daripada beg tangannya. Mujur saja dia tergerak hati mahu membawa segala barang itu, kalau tidak, tak bercucilah mulutnya. Kumuran air terakhir dikeluarkan daripada mulutnya. Huh! Baru terasa lega… dia ini mahu bunuh aku ke ha? Bawa kereta macam orang tak siuman! YA ALLAH ya RABBi, nasib baik tak ada apa-apa yang buruk berlaku tadi… syukur! Ucap Cahaya di dalam hatinya.

“Apa lagi yang kau buat tu? cepatlah! Kita dah lambat ni… nanti designer tu taknak pulak bagi kita fitting baju… lembab betullah!” Teriak Shahril yang sudah berada di hadapan pintu masuk butik Hanis Huzaini Bridal itu. Dia sekadar tersenyum sinis melihat muka cemberut Cahaya yang sudah berjalan menghampirinya itu.

Tak guna! Boleh dia buat macam ni dekat aku? Sakitnya hati aku! Mak! Tolong… Aya kena buli!!! Jerit hati Cahaya. Dia berjalan perlahan dengan hati yang mendongkol.

“Kau, masuk dulu… aku tunggu seseorang ni,” ujar Shahril yang membelek telefon bimbitnya. Tanpa membuang masa, Cahaya terus mendaki tangga untuk ke butik yang memang terkenal dengan servis dan layanannya yang terbaik.

“Dia ingat, aku nak sangat kot berjalan dengan dia. Ish! Tak kuasalah!” omel Cahaya dengan perasaan bengang. Pintu masuk butik pengantin itu ditolak rakus dan tanpa memikirkan apa-apa yang rasional, terus saja dia melabuhkan punggung dikerusi yang telah tersedia rapi. Nafas dihembus kasar. Melepaskan rasa bengangnya dan mengah memanjat tangga.

“Assalamualaikum Cik, selamat datang ke butik pengantin Hanis Huzaini Bridal. Jadi, boleh saya tahu apa tujuan cik datang sini? Mahu fitting baju pengantin atau ke spa kami atau mahu menempah perkhidmatan andaman?” soal gadis yang manis bertudung itu kepada Cahaya. Tertanya-tanya juga dia apa tujuan gadis itu datang ke butik pengantin ini. Mahu tempah baju pengantin ke mahu masuk spa yang sudah sebulan berjalan lancar dibutik itu.

“Waalailumussalam… err… err… saya datang ni nak fitting baju pengantin…” malu-malu Cahaya menjawab. Iyelah, dia mana biasa lagi dengan perkataan pengantin segala bagai ni. Lagipun dia berasa malu kerana dia seorang saja, sedangkan Shahril masih di bawah. Nanti kakak ni ingat aku nak kawin sorang-sorang pulak! Omel hatinya.

“Oh… saya ingatkan nak ke spa tadi sebab saya tengok datang sorang je. Tu yang tanya tu. So, memang datang sorang ke? Atau bakal suami ada sekali?” tanya Fatin berhati-hati. Menjaga hati pelanggan. Takut pula peristiwa lama berulang kembali. 

Dia masih ingat lagi, ada seorang pelanggan butik pengantin ini yang datang berseorang untuk fitting baju pengantin. Bila ditanya, dikatakan bakal suaminya sibuk bekerja. Tetapi setelah mereka selesai mencuba semua baju yang bakal gadis itu pakai, dia menangis teresak-esak dan menceritakan segalanya. Rupa-rupanya bakal suami gadis itu telah membatalkan perkahwinan mereka. Dan gadis itu mencuba pakaian raja seharinya itu hanya untuk melepaskan rasa keinginannya. Malang sungguh nasib gadis itu!

“Emmm… Tuan… eh, bakal suami saya ada dekat bawah. Tengah buat panggilan telefon.” Jawab Cahaya tersenyum luas. Hampir saja Cahaya menyebut Tuan Shahril, mujur saja refleksnya efektif mengingatkan yang dia tak boleh panggil Shahril dengan nama Tuan Shahril depan orang. Nanti mereka fikir yang dia dan Shahril macam kena kahwin paksa aje. Panggilan pun masih formal lagi.

“ Oo I see… jadi, bila perkahwinan akan dilangsungkan?” soal Fatin pada Cahaya cuba beramah sambil tangannya mencapai album-album yang mengandungi perlbagai tema untuk majlis perkahwinan di almari sudut yang berhampiran.

Cahaya yang mendengar soalan itu terkedu! Bila perkahwinan akan dilangsungkan? Bila ya? Hatinya bertanya. Datuk kata hari tu sebulan daripada sekarang, tapi minggu lepas dia cakap benda tu. Maknanya, lagi tiga minggulah. Hah! tiga minggu??? Tiga minggu lagi aku nak jadi bini orang? Ya ALLAH betul ke ni? Cahaya tertanya-tanya. Hatinya gelabah. Fatin yang melihat Cahaya seperti meresah sendiri itu, hairan. Kenapa dengan dia ni? Hatinya berdetik.

“Cik, cik okey tak ni?” soal Fatin apabila Cahaya seperti termenung panjang seperti sedang memikirkan sesuatu.

“Hah? Okey! Saya okey!” ujar Cahaya yang terkulat-kulat. Ya ALLAH boleh pulak termenung macam ni. Malunya.

“Sebelum itu, nama cik apa ya?”

“Cahaya. Panggil Aya saja.” Terang Cahaya tersenyum. Fatin sekadar mengangguk-angguk.

“Okey, Cik Aya boleh lihat dalam album-album ni, apa pelbagai tema yang sesuai untuk majlis perkahwinan. Tema perkahwinan dalam taman, tema ala-ala inggeris ada, tema berkonsepkan 1 malaysia ada, ala-ala komtemparari melayu pun ada dan bermacam lagi. Tapi yang trending sekarang ni, tema perkahwinan dalam taman dan berkonsepkan inggeris yang menjadi pilihan pelanggan sekarang ni.” Terang Fatin serba ringkas.

Cahaya yang menyelak-nyelak helaian album itu sekadar mendengar kosong. Tidak tahu dia mahu pilih yang mana. Kalau ikutkan dia kahwin dekat rumah je dan ringkas-ringkas aje sudah cukup! Asalkan sah disisi agama. Sedang asyik dia menatap album itu, tiba-tiba album yang berada ditangannya direntap kasar! Terkejut dia dibuatnya. Dan apabila dia melihat si pelaku yang melakukan perbuatan kurang ajar itu, terus hatinya menggelegak! Ish geramnya! Bentak hatinya.

“Saya nak perkahwinan dalam taman. Awak uruskan semua tu dan buat yang sepatutnya. Perkahwinan kami akan berlangsung dalam masa tiga minggu lagi. Dan sila pilih untuk dia baju pengantin yang sesuai.” Hanya itu yang tepacul daripada mulut Shahril. 

Fatin yang mendengarnya agak terkejut. Kerana kebanyakan pasangan yang datang kesini untuk sesi pemilihan konsep perkahwinan pasti akan berbincang dengan manis dan cute sekali. Tetapi pasangan ini macam ada yang tak kena! Macam kena kahwin paksa saja. Tapi atas sikap profesionalnya, malas dia mahu membantah dan bertanya yang tak sepatutnya. Diturutkan saja permintaan lelaki itu.

“Baiklah, cik Aya sila ikut saya…”

Cahaya tanpa ragu-ragu terus saja dia membuntuti langkah Fatin. Malas dia mahu berlama-lama dengan Shahril disitu! Lagi-lagi ditinggalkan berdua-duaan dengan lelaki itu. Tidak mahu dia!

Setelah mengenakan gaun labuh yang berwarna krim itu, Cahaya memusing-musingkan badannya dihadapan cermin. Serasa tidak percaya pula yang dia akan berkahwin dan akan memakai baju itu seawal usianya sekarang ini, 19 tahun. Tersenyum bahagia dia dibuatnya.

“Bolehlah tunjuk dekat bakal suami awak kat depan tu. Mana tau dia tak suka gaun ni,” saran Fatin.

Cahaya yang mendengar kata-kata Fatin itu, tergamam! Gila? Macamlah lelaki tu nak tengok sangat aku pakai baju ni.

“Pergilah…” dorong Fatin lagi. Cahaya yang memikirkan situasinya sekarang ini, terus menurut.
Shahril yang khusyuk menatap telefon bimbit canggihnya dihampiri perlahan. Rasa gementar dan malu mula menguasai diri. 

Namun, lelaki itu bagai tidak perasan akan kehadirannya. Lalu dia berdeham kecil.
Shahril yang mendengar orang berdeham kecil itu, menoleh ke arah datang bunyi itu. Cahaya tersenyum kecil melihat wajah terkesima Shahril. Mesti dia cair tengok keanggunan aku.

“Okey… next,” ulas Shahril dan kembali menatap telefonnya.


Ek? Itu aje yang dia nak cakap? Baik tak payah aku tunjuk dekat dia! Bentak Cahaya geram dan berlalu ke bilik persalinan.

No comments:

Post a Comment