Sunday 15 September 2013

CERPEN: Isteri Tak Kuhadap


Salam, selamat membaca cerpen ini. Maaf di atas kekurangannya. Enjoy ya? Tolong berikan komen/cadangan/pandangan/kritikan. Terima kasih :D





“AKU TERIMA NIKAHNYA Raudhah Farhana binti Abu dengan mas kahwinnya RM 22.50 tunai…”

“Sah?” soal Imam yang mengepalai upacara pernikahan itu.

“Sah… “

“Sah…” jawab saksi-saksi bagi upacara pernikahan itu pula.

“Alhamdulillah…” sekalian bergema bacaan doa kesyukuran diseluruh banglo mewah itu oleh Imam Hamid.

Selesai sudah upacara pernikahan terpaksa oleh kedua mempelai tersebut.

Dua jiwa yang tidak seiring.

Dua jiwa yang tidak saling menyintai.

Dua jiwa yang berbeza perasaan.

*****

“APA YANG KAU buat tu hah?” soal Hamim keras apabila melihat isteri yang baru dinikahinya dua jam itu sedang mengemas sesuatu di dalam almari pakaian miliknya.

“Apa yang saya buat? Mengemas bajulah!” jawab Raudhah selamba. Malah, dia menyambung kembali tugas mengemas bajunya sambil bernyanyi-nyanyi kecil. “Selamat pengantin baru… semoga ke anak cucu, bahgia…”

“Woi diamlah! Aku benci lagu tu kau tau tak!” Bentak Hamim yang sudah berada di bawah gebar miliknya. Dia sudah siap bersedia mahu tidur. Badannya terasa begitu letih sekali hari ni. Melayan tetamu-tetamu yang hadir dengan perasaan terpaksa. Semua terpaksa! Sampaikan kahwin pun dia terpaksa.

“Biarlah… saya suka.” Jawab Raudhah berani dan menyambung nyanyiannya dengan lebih kuat.

“Hoi! Kau ni pekak ke hah? Aku kata diam, diamlah! Kalau tak, aku baling kau dengan lampu ni.” Ugut Hamim sambil mengangkat lampu kecil di tepi katilnya.

Raudhah masih selamba, namun dihentikan nyanyiannya. Tak mahulah dia kepala pecah akibat balingan lampu oleh suaminya itu.

Akhirnya, siap pun kerjanya memindahkan pakaian-pakaian ke dalam almari milik suaminya itu. fuh! Lega… lepas ni boleh mandi dan tidur. Tuala segera dicapai dan kakinya segera dihayunkan ke bilik air. 10 minit jugaklah dia mandi di dalam kamar mandi. Akhirnya selesai juga. Dengan keadaan berkemban, dia melangkah selamba keluar daripada bilik air.

Hamim yang sedang membaca novel The Da Vinci Code hasil tulisan Dan Brown itu, terganggu konsentrasi apabila melihat Raudhah dengan selambanya berpakaian begitu selepas keluar daripada bilik air. Novel tersebut ditutup.

“Kau ingat aku tergoda ke kau buat macam tu?” soal Hamim dengan begitu sinis sekali. 

Raudhah yang sedang menyikat rambutnya di hadapan cermin menoleh ke arah suaminya.

“Saya tidak menggoda awak. Atau awak sudah tergoda?” soal Raudhah pula pada suaminya dengan suara manja.

Hamim yang mendengar suara itu bagaikan mahu keluar seluruh isi perutnya. Sungguh dia menyampah dengan lenggang-lenggok Raudhah yang sedang menyikat rambut itu.

“Aku tergoda dengan kau? Memang taklah!” herdik Hamim ke arah isterinya.

“Kalau tak tergoda takpelah. Tapi kalau macam ni tergoda tak?” soal Raudhah kembali dengan tangannya yang sudah mahu melucut ikatan tuala di dadanya.

No! Jangan! Kau jangan nak buat perkara gila! Kau ingat aku hadap sangat ke dengan kau ha? Sebelum aku seret kau keluar daripada bilik ni, baik kau jaga perangai tak senonoh kau tu!” larang Hamim keras.

Sungguh perempuan ni gila! Gila segilanya. Tak pernah dia jumpa perempuan segila ini. Macam mana mama boleh terpikat dengan perempuan ni pun dia tak tahu. Namun, dalam diam hatinya bergetar juga melihat aksi-aksi tak senonoh Raudhah. Gila kau tak bergetar, dahlah Raudhah tu putih melepak, cantik pulak tu. Body pun tip-top!

“Okeylah… malas nak layan awak.” Ujar Raudhah selamba dan mengambil baju tidur di alamari. Segera dia ke bilik air untuk menyalin pakaian.

Siap menyalin pakaian, Raudhah menghampiri katil dan berbaring di sebelah Hamim yang kembali menyambung bacaan novelnya.

“Siapa suruh kau tidur dekat sini?” soal Hamim keras.

“Habis saya nak tidur mana?” tanya Raudhah selamba lagi.

“Tu… tempat kau dekat situ!” Hamim memuncungkan mulutnya di sofa berdekatan.

“Kenapa awak muncungkan mulut awak? Awak nak cium saya?” soal Raudhah lagi dengan sengihan nakal. Hamim yang melihat sengihan itu, berasa gerun. Hah, datang lagi aura gatal dia. Kutuk hatinya.

“Tak ingin!” jawab Hamim dengan berlagaknya.

Lampu dipadam.

Gebar diselubung seluruh badannya.

Tak ingin dia melihat muka perempuan gatal disebelahnya ini.

Raudhah tersenyum gembira.Apa kau ingat aku ni isteri-isteri dalam novel kahwin paksa ke? Isteri-isteri yang malu-malu kucing depan suami kahwin paksanya tu. Hello, ini Raudhah okey? Tak takut langsung dengan Muhammad Hamim! Hahahaha. Hatinya gelak jahat. Puas hatinya dapat mengenakan Hamim yang berlagak tu! Hatinya juga gembira dapat bernikah dengan lelaki yang memang dia cintai itu. Terima kasih ayah, ibu, mama dan papa. Zzzzzzzzzzz.

*****

“AKU NAK TANYA kau, kenapa kau sanggup kahwin dengan aku hah, perempuan gatal?” tanya Hamim kepada Raudhah yang sedang menghidangkan sarapan pagi.

Mukanya diselambakan aje dengan pertanyaan suaminya itu. Sudah 2 minggu mereka bernikah dan soalan itu baru terbit hari ini. Dan hari ini juga hari pertama mereka duduk berduduk di rumah milik Hamim.

 Ah, mungkin dia cover depan mak dia kot. Yelah, 2 minggu hari tu duduk rumah mama dia so pandai-pandailah dia cover line, konon-konon baik dengan aku! Tak gentlement langsunglah lelaki ni.

Panggilan perempuan gatal tu? sudah dua minggu jugaklah dia mendapat nickname itu. Hati memang sakit, tapi apakan daya nanti derhaka pulak belasah suami sendiri.

“Sebab saya cintakan awak,” jawab Raudhah dengan sengihan lebar.

Tangannya lincah mencedokkan nasi goreng buatannya ke dalam pinggan milik suaminya.

Uweeekkk… nak termuntah aku dengar jawapan kau. Tolonglah kau jangan jadi gatal! Tapi aku tak cintakan kau. Sampai mati pun aku tak cintakan kau!” luah Hamim dengan penuh jujurnya.

“Takpe, nanti awak akan cintakan saya jugak.” Ujar Raudhah dengan senyuman lebar.

Sesungguhnya memang dia cintakan suaminya Hamim itu. Sewaktu ibunya memberitahu bahawa dia bakal dinikahkan dengan anak kenalan ibuya itu, segera dia bersetuju. Hal ini kerana, Hamim merupakan seniornya sewaktu di Universiti Malaya dulu. Dan sememangnya dia sudah lama menjadi secret admire lelaki itu selama ini.

Walaupun dijodohkan atas sebab tali persahabatan ibu bapa mereka, Raudhah tetap redha kerana dia memang sukakan lelaki itu. Tetapi tak tahulah bagaimana perasaan Hamim pula.

“Sampai mati pun aku takkan cintakan kaulah!” bentak Hamim lagi. Perempuan ni sengajalah nak bagi naik darah aku pagi-pagi buta ni.

“Abang… mulai hari ini saya akan panggil awak abang dan awak kena panggil saya, sayang. Sweetnya. Kalau kita guna panggilan manja-manja, nanti mesti abang akan cintakan saya.” Ujar Raudhah tiba-tiba. Malas mahu melayan sikap berlagak suaminya. Dia sudah tersenyum lebar.

Tersembur nasi goreng yang berada di dalam mulut Hamim. Tekaknya rasa tercekik. Terbatuk-batuk dia dibuatnya. Segera Raudhah menghulurkan air apabila melihat muka suaminya yang sudah merah akibat tersedak. Huluran air disambut kasar oleh Hamim. Dengan rakus dia meneguk air tersebut. Raudhah mengurut-urut belakang suami.

“Itulah bang… daripada tadi sebut pasal mati. Kan dah tersedak. Nasib baik tak mati betul.” Sindir Raudhah sambil mengusap-ngusap belakang suaminya.

Don’t touch me!” ujar Hamim seraya mengalih tangan Raudhah. “Kau memang pembawa ba…” tiba-tiba bicaranya terhenti. Raudhah dengan beraninya mencium mulut suaminya lembut.

Hamim tergamam.

Ciuman dilepaskan.

“Kan saya dah kata. Abang kena panggil saya, sayang. Bukan kau. Saya akan cium abang kalau abang tak ikut peraturan ni.” Kata Raudhah selamba.

Hamim masih terkebil-kebil.

Raudhah yang melihat Hamim sudah terkebil-kebil itu panik. Eh, dia ni kena sawan ke apa ni? Terkebil-kebil semacam aje. Detik hatinya. Tangannya diawang-awangkan di hadapan muka suaminya. “ Abang, are you okay?”

Hamim tersedar daripada lamunannya. Rasa malu menerjah seluruh benaknya. Ya ALLAH, malunya. Macam mana aku boleh terkebil-kebil depan dia ni? Ni semua dia punya pasallah ni! Berani betul cium aku. Nasib baik halal, kalau tak memang aku sepuk perempuan ni.

Bagi menutup rasa malunya, Hamim segera bingkas bangun mahu beredar daripada situ. Dia malas mahu melayan isterinya yang gatal itu. dia mahu segera ke pejabat. Kalau dia lama-lama lagi di rumah, boleh jadi gila dibuatnya.

Raudhah yang melihat suaminya mahu pergi itu, segera menghampiri suaminya.

“Abang dah nak pergi kerja,ya?” soalnya dengan muka tidak bersalah.

Lalu, tangan suaminya disalam dan dicium lembut. Sepantas kilat, pipi suaminya dicium. “Kerja elok-elok. Jangan ingatkan sayang, ya?” pesan Raudhah dengan senyuman yang sangat manis.

Hamim mendengus bengang dengan kelakuan Raudhah yang tidak mampu dia kawal dan segera dia berlalu daripada situ. Tindak-tanduk isterinya memang sukar untuk dikawal dan ditelah!

Raudhah tersenyum sendiri melihat muka masam suaminya itu.

Aku akan tambat hati kau, Hamim! Itu janji aku! Bisik hati kecil Raudhah.

*****

“ABANG JOM KITA pergi beli barang dapur…” tegur Raudhah kepada suaminya yang sedang ralit menatap surat khabar mingguan itu.

Hari ini merupakan hari minggu. Jadi, Hamim tidak bekerja. Dia sekadar duduk di rumah saja. Malas mahu keluar ke mana-mana. Walaupun dia terpaksa menghadap wajah ‘perempuan gatal’ itu.

Beberapa hari ini, dia memang tidak aman dengan sikap manja plus gedik milik Raudhah itu. Macam-macam yang isterinya itu lakukan kepadanya. Namun, dia sekadar diam dan buat tak tahu aje. Dia tahu, lagi dia melayan isterinya itu, makin besarlah kepala isterinya itu.

Hamim masih membatu. Tiada respon pun yang dia berikan kepada ajakan Raudhah itu. Raudhah naik bengang melihat sikap selamba badak suaminya itu. Suaminya juga beberapa hari ini sudah jarang bercakap dengannya. Benci sangat ke dia dekat aku? Detik hatinya. Ish, tak boleh jadi ni, kena buat sesuatu! Detik akalnya.

“Abang, jomlah…” ajak Raudhah lagi.

Kali ini sehabis mungkin suaranya dimanjakan.

Hamim yang mendengarnya, menyumpah-nyumpah di dalam hatinya.

Dasar perempuan gatal!

Geli aku mendengarnya!

Hamim masih lagi diam dan meneruskan pembacaannya.

Tanpa disangka, Raudhah merampas surat khabar daripada tangan suaminya. Memang perbuatannya macam kurang ajar, namun itu sajalah caranya untuk mengalih perhatian Hamim.

Hamim mendengus kasar.

Sebuah jelingan maut diberikan pada Raudhah yang tersengih manja sambil menyorokkan surat kahabar tersebut ke belakang. Sabar… sabar… sabar Hamim. Jangan layan sikap mengada-ngada isteri kau tu, nanti mulalah dia buat apa-apa yang tidak senonoh! Otak Hamim mengingatkan tuannya. 

Lalu, segera dia bangun mahu pergi daripada situ. Tidak betah dia mahu menghadap muka isterinya. Tanpa disangka lagi, Raudhah menolak badan suaminya jatuh ke sofa.

“Nak apa?!” soal Hamim kasar dengan sebuah jelingan pemangsa.

Raudhah yang mendengar suaminya memberi respon itu, segera tersenyum. Pandai pun bercakap. Ingatkan dah bisu suami kesayangan aku ni.

“Jom pergi beli barang dapur. Semuanya dah habis. Tak ada bahan nak masak.” Adu Raudhah dengan manja kepada suaminya.

Hamim yang mendengarnya sekali lagi berasa mual. Mahu muntah dia mendengar suara manja tidak jadi Raudhah itu. Namun, dalam diam sudah merencanakan sebuah rancangan.

“Boleh. Tapi ada satu syarat,” ujar Hamim dengan sengihan jahat.

“Syarat? Syarat apa?” soal Raudhah bingung.

Ish, main syarat-syarat pulak. Apa ingat ni acara nak masuk pertandingan menyanyi ke perlu segala syarat bagai.

“Kau tak boleh cium aku kalau aku tak panggil kau sayang. Boleh?” Ucap Hamim dengan keningnya terangkat sebelah.

Raudhah yang mendengar jawapan daripada mulut Hamim itu tergelak sakan. Mahu pecah perutnya mendengar syarat Hamim itu.

“Woi! Aku seriuslah!” bentak Hamim keras. Mimik mukanya sudah serius.

Raudhah yang melihat muka serius suaminya itu berhenti daripada ketawa. Mak ai, garangnya muka. Macam singa lapar tak makan setahun! Tapi tetap kacak Abang Hamimku ini.

“Apa-apa ajelah…” jawab Raudhah pula.

“Apa-apa ajelah? Jawablah setuju ke tidak. Kalau tak, jangan harap aku nak teman kau pergi beli-belah!” ugut Hamim tidak berpuas hati.

“Abang takut kena cium dengan sayang ya?” Usik Raudhah dengan sengihan nakal.

Hamim sudah mencebik. Perasan betul minah gedik ni. Tak inginlah aku nak dapat ciuman daripada mulut 
busuk kau tu! ejek hati Hamim.

“Jangan nak perasanlah perempuan gatal!” Bentak Hamim lagi.

“Okey, Ayang setuju!” ujar Raudhah malas mahu berbalah lagi. Asyik berbalah aje, nanti tak manis pula rumah tangga paksanya itu.

*****

“ABANG TOLONGLAH TOLAKKAN troli ni. Abang tengok, semua suami diorang yang tolong tolakkan troli untuk isteri, bukannya isteri tolak troli untuk suami.” Ucap Raudhah kepada Hamim yang berjalan selamba saja di sebelahnya. Petang ini suaminya begitu kacak sekali memakai seluar jeans berwarna hitam dan dipadankan pula dengan T-shirt slim fit yang berwarna ungu.

Terselah bentuk badan suaminya yang tegap itu.

Hamim sekadar memekakkan telinga sahaja. Raudhah yang bengang dengan reaksi Hamim itu, segera mencapai tangan Hamim dan meletakkannya pada palang di troli itu.

“Tolak troli ni,” arah Raudhah selamba.

“Menyusahkan betul kau ni!” sungut Hamim. Namun tetap dia turuti arahan Raudhah itu.

“Ha… macam tulah suami mithali. Baru nampak romantik.” Selar Raudhah tersenyum bahagia. Tidak semena-mena juga, Raudhah memaut lengan suaminya dan berjalan beriringan.

“Hey, lepaslah! Kau gila ke apa nak buat perangai miang kau tu kat sini.” Bisik Hamim di tepi telinga Raudhah. Dia tidak mahulah ucapkannya kuat-kuat. Nanti orang yang lalu lalang di sebelah mereka, pelik pula.

“Biar ajelah macam ni. Baru tambah romantik.”

Raudhah tersenyum senang dan  memaut lebih erat lengan sasa suaminya itu. Hamim sudah bengang tapi tidak mahu menempah malu, dia membiarkan sahaja ‘ulat bulu’ di sebelahnya ini memaut lengannya.

Mereka berjalan beriringan ke dalam bahagian barang basah di dalam pasaraya Jusco itu. Pelbagai jenis barang basah yang Raudhah ambil. Sememangnya Raudhah seorang yang suka memasak. Jadi, dia begitu arif dalam memilih barang basah yang terbaik. Hamim sekadar menunggu dengan bosan.

Akhirnya, selepas satu jam jugalah lamanya Raudhah membeli barang dapur, mereka beratur panjang untuk membayar. Hari ini memang ramai pelanggan yang datang ke Jusca Equine Park ini. Yelah, hari minggulah hari untuk membeli-belah bagi orang yang bekerja daripada Isnin sehingga Jumaat itu.

Dalam ralit mereka menunggu giliran untuk membayar, tiba-tiba Hamim disapa seseorang.

“Hamim, what are you doing here?” soal seorang gadis yang berpakaian seksi kepada Hamim.

Serentak Hamim dan Raudhah memalingkan wajah ke arah datangnya suara tersebut. Raudhah mengerutkan dahinya. Siapa perempuan seksi ni? Detik hatinya.

“Aqilah...” jawab Hamim teruja.

Tersenyum lebar dia melihat Aqilah yang sedang berdiri tegak di hadapannya itu.

Raudhah yang melihat senyuman bahagia Hamim itu sudah berasa lain macam.

“Tak sangka jumpa you dekat sini. You buat apa dekat sini?” soal Aqilah ceria.

“Err… errr…” Hamim teragak-agak mahu menjawab. Takkanlah nak cakap aku teman isteri aku beli-belah? Malu babe! Dahlah depan Aqilah yang cantik plus seksi ni.

“Suami I teman I beli barang dapur.” Ujar Raudhah tiba-tiba dengan senyuman ceria yang dibuat-buat. Jangan kau nak menggatal dengan suami aku!

Aqilah yang mendengar jawapan daripada mulut Raudhah itu tercengang. Hamim sudah menggarukan kepalanya. Ish, memang kacau daun betullah perempuan gatal ni.

“Wha… what?” soal Aqilah bagaikan tidak percaya.

Raudhah sekadar mengangguk. Hamim naik bengang.

By the way, I’m Raudhah. Isteri Hamim.”

Raudhah menghulurkan tangannya untuk bersalaman dengan Aqilah. Lambat-lambat, Aqilah berjabat juga tangan dengan Raudhah.

“Hamim, you tak bagi tau pun yang you dah kahwin!” adu Aqilah dengan riak sedih.

Raudhah mencebik apabila mendengar suara Aqilah yang mengada-ngada itu.

Sorry,” ujar Hamim dengan sengihan.

It’s okay. But we still friendkan?”

Of course!”

Erghhhh, naik menyampahlah pulak aku tengok drama dua manusia ni. Ejek hati Raudhah.

“Eh, dah sampai turnlah. Abang, tolong Ayang angkat barang ni…” selar Raudhah. Tangannya sudah licah meletakkan apa yang patut ke atas kaunter bayaran. Hamin dengan terpaksanya, menolong juga Raudhah.

“Hamim, okaylah, I mintak diri dulu. Senang-senang, you calllah number I. Boleh kita sembang-sembang.” Hulur Aqilah sekeping kad kecil. Hamim menyambutnya dengan gembira.

I will do later,” sahut Hamim senang.

Raudhah bagaikan mahu meletup melihat keramahan sikap Hamim pada perempuan gedik bernama Aqilah itu. Memang tak malu betul perempuan ni. Depan isteri orang pun dia masih nak menjual nombor telefon! Hamim pun satu, dengan aku tak nak pulak dia teruja macam tu. Padahal aku isteri dia. Memanglah aku ni isteri yang tak dihadapnya! Bentak hatinya.

See you again, dear.” ucap Aqilah sebelum meninggalkan mereka berdua.

Raudhah membara mendengar ucapan selamat tinggal yang gedik itu.

*****

SUDAH SEMINGGU BERLALU semenjak pertemuan Hamim dan Aqilah di Jusco itu berlalu. Dalam masa yang sama, sudah bertambah jugalah usia perkahwinan paksa Hamim dan Raudhah. Walaupun begitu, Hamim masih dengan sikap dinginnya, sikap berlagaknya dan sikap yang menyampahkan Raudhah! Terkadang Raudhah berasa sudah berputus asa mahu mengambil hati suaminya itu. Walaupun sudah pelbagai perkara yang dia lakukan untuk memenangi lelaki yang sudah dia cinta semenjak zaman universiti itu, namun masih juga tidak berjaya.

Tambahan pula, dengan kehadiran Aqilah semakin merenggangkan perhubungan mereka berdua. Setiap malam dia mencuri dengar perbualan suaminya dengan Aqilah di telefon bimbit. Sakit, pedih dan pila hatinya. Raudhah serasa sudah mahu berputus asa! Tetapi tak kan itu penyudah kisah rumah tangganya? Dingin sepanjang masa? Tak syoklah!!!

Hari ini Raudhah bertekad. Dia mahu membuat lawatan secara perdana di pejabat Hamim bekerja. Bekalan makanan makan tengahari sudah siap dia sediakan. Nasi tomato dengan ayam masak merah madu. Hari ini juga dia mahu makan tengahari bersama suaminya. Dia mahu memecahkan rekod sebulan perkhawinannya. Rekod makan tengahari bersama suami tercintanya di pejabat.

Dengan lafaz bismillah, Raudhah melangkah ke dalam lif yang sudah terbuka pintunya. Bekal ditangan dipegang kejap. Namun sebaik saja pintu lif mahu tertutup dia bagaikan dapat melihat bayang suaminya sedang berjalan bersama seorang perempuan yang seksi sambil berkepit. Tiba-tiba jantungnya bergedup kencang!

Ya ALLAH, itu suami akukah?

Pintu Lif tertutup. Pandangannya kini hanya pada pintu lif. Dengan segera dia menekan butang supaya pintu lif terbuka kembali. Sebaik saja pintu lif terbuka, dengan pantas dia mengekori bayang lelaki tadi.

Ya! Itu suami aku. Sedang berjalan ke arah hotel berhampiran dengan seorang perempuan yang cantik. Tapi macam aku kenal aje perempuan tu. Aqilah! Nama itu segera terpacul dalam fikirannya. Suami aku berjalan berkepit berdua dengan Aqilah menuju ke hotel? Apa yang diorang buat?! Hatinya penasaran!

Perlahan-lahan dia mengekori langkah suaminya dan Aqilah. Dia tidak mahu mereka sedar akan kewujudan dia di situ. Diperhatikan saja gelagat dua manusia tersebut yang terlebih acting daripada orang sudah berkahwin. Sesekali, mereka ketawa. Sesekali Aqilah membetulkan larian anak rambut Hamim dengan tangan kirinya. Dan paling memilukan, Hamim memeluk pinggang Aqilah dengan erat!

Hancur berderai hati Raudhah melihat perlakuan suaminya itu. Dengan dia, suaminya tidak mahu langsung bercakap atau berborak. Malah, mahu pandang muka dia pun tidak sama sekali. Pedih! Sakit! Pilu! Itu yang dia rasa saat ini. Air matanya hampir saja memecah dibentengnya. Namun, sedaya upaya dia tahan.

Suaminya beriringan dengan Aqilah memasuki restoran mewah. Dia masih mengekori jejak suaminya. 

Dengan berhati-hati dia mengambil tempat duduk di bahagian yang tersorok. Dia mahu memerhatikan gelagat Hamim dan Aqilah. Cermin hitamnya dikeluarkan dan dipakai agar suaminya tidak perasan kehadirannya di situ.

Setelah 10 minit berlalu, makanan yang dipesan suaminya sampai. Hamim dan Aqilah makan dengan begitu berselera dan gembira. Sesekali Aqilah akan menyuapnya makan dan Hamim akan membalasnya. Raudhah yang melihat aksi mereka itu bagaikan mahu terkeluar biji matanya. Hatinya yang sudah berderai itu, lebur menjadi debu. Agaknya beginilah suaminya setiap hari. Berpacaran dengan Aqilah! Sakitnya hati isteri ini.

Akhirnya, mereka usai bersantapan dan keluar daripada restoran tersebut. Raudhah menangis semahu-mahunya di meja restoran tersebut. Sungguh dia terluka melihat kecurangan suaminya itu. Sanggup lelaki yang dia cintai itu berpasangan lain walaupun sudah berkahwin. Dan saat ini, baru dia terasa letih mengejar cinta suaminya itu. Letih dengan semua yang dia lakukan selama ini. Ya ALLAH, tabahkanlah hati ini. Doanya tersedu-sedan.

*****

HAMIM PULANG LEWAT hari ini. Begitu banyak kerjanya di pejabat. Terasa begitu letih badan dia hari ini. Itulah kesibukannya sebagai seorang pengurus pentadbiran di syarikat milik papanya itu.

Kakinya dihayunkan menaikki tangga menuju ke kamar tidurnya. Tombol pintu bilik dipulas dan seperti seminggu yang lalu, biliknya itu sudah gelap gelita. Isteri terpaksanya itu sudah tertidur.

Oh ya, sudah seminggu jugalah Raudhah seperti menjauhkan diri daripadanya. Tiada lagi isterinya yang sering menunggu dia pulang. Tiada lagi isteri dia yang akan mengejutkan dia bangun mandi pagi untuk pergi kerja. Tiada lagi isterinya yang akan menelefon dia di pejabat dan mengucapkan ayat-ayat cinta. Entah, dia pun tertanya-tanya. Lain benarlah sikap isterinya itu belakangan ini.

Raudhah yang sedang berbaring mengiring ke sebelah kiri di atas katil itu, dia hampiri. Terdengar dengakuran halus isterinya itu. Wajah isterinya yang mulus itu ditenung dengan penuh perasaan. Tiba-tiba dia bagaikan dapat merasa kesakitan Raudhah mengejar cintanya. Wajah polos itu mengukir garisan kelukaan walaupun tuan badan sedang beradu. Perlahan-lahan Hamim mengangkat tangannya. Membelai lembut rambut panjang isterinya yang ikal itu. Tanpa disedari, air mata mengalir membelah pipi lelaki itu.

“Maaf,” perkataan itu terpacul daripada mulut Hamim.

Tidak mahu Raudhah terganggu lenanya dek perbuatan tersebut, Hamim beredar keluar daripada kamar itu.
Malam ini dia akan tidur di luar.

*****

PETANG ITU RAUDHAH bersiar-siar di Masjid Putrajaya. Dia mahu melepaskan semua tekanannya di sini. Melihat pelbagai ragam manusia di tempat yang begitu popular di Putrajaya. Hatinya yang walang itu harus diredakan. Jikalau tidak, dia bakal mengalami depresi.

Raudhah tertanya-tanya sendiri. Bagaimanakah dengan hayat perkahwinannya ini? Adakah bakal berakhir? Atau akan terus berlangsung tetapi di dalam suasana yang begitu canggung! Entahlah… hati Raudhah mengeluh sendirian.

Tiba-tiba otaknya memutarkan kembali peristiwa di mana Hamim meminta maaf kepadanya semasa dia sedang berlakon tidur. Untuk apa maaf itu? Dia sendiri tidak pasti. Adakah Hamim meminta maaf kerana bermain kayu tiga di belakangnya?

Mungkin.

Dan dia berasa sangat takut untuk mendengar lafaz perpisahan daripada mulut lelaki itu.

Sejenak, perasaan galau itu datang lagi menerjah kalbunya. Pandangannya dihalakan ke arah sepasang suami isteri dan anak kecil yang sedang bergembira bermain kereta control di astaka yang luas berhadapan Masjid Putrajaya itu.

Alangkah bahagia sekali mereka sekeluarga.

Dia juga menginginkan momen sebegitu.

Momen di mana si suami mengajar anaknya bermain kereta control sementara diperhatikan oleh isterinya dengan penuh riang. Sesekali si isteri akan mengelap peluh renek di dahi suami dan anaknya akibat panas yang membahang.

Hati Raudhah dipagut pilu. Jujur dia sudah menyintai suaminya itu semenjak dari zaman universiti lagi. Walaupun dapat menyintai Hamim dalam diam, itu sudah memadai. Siang malam juga dia berdoa agar diperkenankan jodohnya bersama Hamim. Dan apabila doanya diperkenankan, begini pula jadinya. Dia langsung tidak dapat menambat hati suaminya. Malah, suaminya kini curang dengan perempuan lain! Suaminya itu langsung tidak hadap akan dirinya. Dia merasakan dirinya sungguh malang! Dan patutkah dia merasa menyesal kerana menyintai suaminya itu? Patutkah dia berputus asa dalam meraih cinta suaminya itu? Raudhah buntu sendiri.

Hampir dua jam dia berteleku memandang tasik Putrajaya ciptaan manusia itu dengan pelbagai perasaan yang berkecamuk di dalam hatinya. Dan tanpa disedari, azan Maghrib berkumandang penuh agung mengundang umat islam menunaikan kewajipan terhadapNya. Dia beristighfar di dalam hati. Ya ALLAH ampunilah kelalaian hambanya ini. Doanya di dalam hati. Perlahan-lahan dia bangun mahu menunaikan kewajipan di Masjid Putrajaya itu.

Selesai solat maghrib secara berjemaah, dia melakukan solat sunat taubat dan solat hajat. Sepenuh hati dia memohon kepada ALLAH akan petunjuk bagi ‘masjid’ yang dibina olehnya dan Hamim. Jika patut dia merobohkan ‘masjid’ binaannya itu, maka ampunilah dia. Jika perlu dia meneruskannya, maka limpahilah ianya dengan penuh rahmat.

Seusai berdoa, Raudhah melipat telekung yang dia bawa itu masuk ke dalam beg. Tudung dia sarung dengan penuh cermat. Tiba-tiba getaran telefon bimbitnya di dalam poket seluarnya menarik perhatian. Hamimkah yang menghantar pesan ringkas kerana risaukan aku? Hatinya tertanya-tanya. Dengan segera dia mengeluarkan telefon bimbitnya itu. Satu mesej daripada nombor yang tidak kenali! Dengan penuh perasaan berdebar-debar dia membuka mesej tersebut.

Balik cepat kalau mahu suami kau selamat! Jgn report polis atau bgtau sesiapa. Kalau tidak, nahas!

Raudhah bagaikan mahu pitam membaca mesej tersebut! Ya ALLAH, bencana apakah ini?

*****

Raudhah memandu dengan laju sekali. Sungguh hatinya tidak tenteram membaca mesej ringkas tadi. Air matanya mengalir tidak henti-henti memikirkan nasib suaminya. Adakah suaminya dalam keadaan selamat atau sudah berputih mata? Ya ALLAH, aku tidak sanggup! Aku tidak sanggup kehilangan suamiku sendiri! Peliharalah dia daripada semua bala dan bencana. Selamatkanlah dia Ya ALLAH! Berilah aku kesempatan untuk meluahkan rasa cintaku kepadanya. Berilah kesempatan untuk aku memohon keampunan daripadanya, Ya ALLAH. Doa Raudhah dengan perasaan penuh pengharapan dan ketakutan!

Sesampai saja dia di perkarangan rumah, hatinya bertambah kecut. Keadaan rumahnya begitu gelap sekali. Tiada satu pun lampu yang dipasang. Hanya lampu jalan saja yang menerangi perkarangan rumah. Hatinya berdebar menggila. Jantungnya bagaikan dipalu keluar.

Dengan lafaz bismillah, dia melangkah ke pintu rumah dengan perlahan-lahan. Tombol pintu dibuka. Tidak berkunci! Dengan perasaan cemas dia melangkah masuk. Lima langkah dia berjalan, kakinya tersepak satu bongkah kecil. Melilau dia memandang sekeliling. Risau jika penjahat yang menangkap suaminya sedang memerhatikannya. Dengan perlahan-lahan, dia menunduk mengambil bongkah tersebut. Terdapat sekeping kertas yang terselit pada badan bongkah itu yang diikat bersama tali getah. Raudhah menguraikan ikatan getah tersebut. Terdapat mesej di situ.

Masuk dalam kamar tidur.

Arahan itu dia baca di dalam hati. Bertambah rasa gementar dan takutnya. Namun, dia gagahi juga memanjat setiap anak tangga yang menghala ke arah bilik tidur utama. Tidak henti-henti dia memohon agar suaminya selamat.

Pintu kamar di selak perlahan. Bilik itu sungguh gelap sehinggakan tiada satu pun cahaya yang memancar. Bunyian suara juga tidak kedengaran. Hatinya semakin dipalu risau. Dengan perasaan berani, dia gagahi juga membuka mulutnya untuk memanggil suaminya.

“Abang…” serunya perlahan.

 Kedudukannya masih di muka pintu. Tidak berani melangkah lebih jauh.

“Raudhah, jangan dekat.” Terdengar suara suaminya dengan penuh kepayahan untuk bercakap.

Seakan-akan sudah tercedera parah.

Menggeletar seluruh tubuh badan Raudhah.

Selamatkah suaminya itu?

Air matanya berjuraian jatuh membasahi pipi mulusnya. Terasa mahu saja dia menjerit meminta tolong tetapi teringatkan ugutan si penjahat, dia rela mendiamkan diri.

“Abang, abang tak apa-apa?” soalnya penuh risau.

Sunyi.

Diam.

Tiada sahutan lagi daripada suaminya.

Raudhah tidak dapat menahan perasaannya. Dia sudah teresak-esak. Jatuh terduduk dia di muka pintu bilik.

Tiba-tiba lampu di tepi kepala katil menyala.

Memberi cahaya malap dalam ruang bilik. Kelihatan suaminya berlumuran darah sambil ikat di atas kerusi.
Hampir pengsan Raudhah melihat keadaan suaminya itu. Mulutnya ditekup menahan tangisan yang menggila. Dia mahu menerpa ke arah suaminya itu, tetapi Hamim menggeleng lemah dan terkulai layu.

Raudhah terus terpaku di situ.

Sungguh dia bungkam tidak tahu mahu melakukan apa. Otaknya bagaikan lumpuh untuk berfikir. Akalnya bagaikan mati daripada terusan berfikir.

Tiba-tiba bunyai petikan gitar kedengaran.

Raudhah terkejut dan tergamam.

Hamim mengangkat kepalanya yang layu itu dan menyanyikan lagu…

Well you done done me and you bet I felt it
I tried to be chill but you’re so hot that I melted
I fell right through the cracks, now I’m trying to get back
Before the cool done run out I’ll be giving it my bestest
And nothing’s going to stop me but divine intervention
I reckon it’s again my turn to win some or learn some
But I won’t hesitate no more, no more
It cannot wait, I’m yours
Well open up your mind and see like me
Open up your plans and damn you’re free
Look into your heart and you’ll find love love love love
Listen to the music of the moment people, dance and sing
We’re just one big family
And it’s our God-forsaken right to be loved loved loved loved loved
So I won’t hesitate no more, no more
It cannot wait, I’m sure
There’s no need to complicate, our time is short
This is our fate, I’m yours
D-d-do do you, but do you, d-d-do
But do you want to come on
Scooch on over closer dear
And I will nibble your ear
I’ve been spending way too long checking my tongue in the mirror
And bending over backwards just to try to see it clearer
But my breath fogged up the glass
And so I drew a new face and I laughed
I guess what I be saying is there ain’t no better reason
To rid yourself of vanities and just go with the seasons
It’s what we aim to do, our name is our virtue
But I won’t hesitate no more, no more
It cannot wait, I’m yours
Come on and open up your mind and see like me
(I won’t hesitate)
Open up your plans and damn you’re free
(No more, no more)
Look into your heart and you’ll find that the sky is yours
(It cannot wait, I’m sure)
So please don’t, there’s no need
(There’s no need to complicate)
There’s no need to complicate
(Our time is short)
‘Cause our time is short
(This is our fate)
This is, this is, this is our fate
I’m yours
Oh, I’m yours
Oh, I’m yours
Oh, whoa, baby you believe I’m yours
You best believe, best believe I’m yours

I love you Raudhah Farhana…” Hamim mengakhiri nyanyi itu dengan ucapan cinta kepada Raudhah. Dia tersenyum bahagia.

Raudhah yang tercengang, masih lagi dalam keadaan bungkam.

Dia keliru.

Sekelirunya.

Otak memang lumpuh untuk mencerna apa yang sedang berlaku kini. Dia bagaikan dihipnotis.

Apakah yang berlaku? Itu yang terdetik difikirannya.

Hamim yang melihat reaksi Raudhah itu gusar. Dia melepaskan ikatan tangannya dan segera menerpa ke arah Raudhah. Muka Raudhah yang tergamam itu dipegang dengan penuh kasih.

“Sayang…” sahutnya penuh perasaan.

Risau Raudhah sampuk sawan akibat perbuatannya itu. Namun Raudhah masih lagi terpana.

Melihat masih tiada lagi reaksi daripada isterinya itu, Hamim lantas mengucup lembut bibir Raudhah. Dijamah bibir itu dengan penuh rasa cinta yang membuak-buak. Dengan penuh perasaan cinta terhadap isterinya itu.
Raudhah tersedar dek perbuatan suaminya itu. Segera dia merungkai perbuatan suaminya itu. Dan sepantas kilat, muka Hamim ditamparnya.

“Awak jahat!” jerit Raudhah dan bingkas bangun berlari ke aras bawah.

Hamim mengejar isterinya. Dengan cekap, dia merangkul Raudhah ke dalam pelukannya. Dipeluk seerat yang mungkin tubuh kecil Raudhah. Raudhah meronta minta dilepaskan, namun makin kuat pautan Hamim.

“Sayang… listen to me. It was a trick!” jelas Hamim.

Trick? How dare you?! But for what this all stupid things?” soal Raudhah pula dalam perasaan berkecamuk.

Dia sudah berhenti meronta-ronta minta dilepaskan. Membiarkan saja Hamim memeluknya.

“Ini semua rancangan abang untuk memikat hati isteri abang ni. Rancangan untuk menguji cinta isteri abang kepada abang. Semua yang terjadi selama ini hanya lakonan semata-mata. Even, yang sayang tengok abang dan Aqilah bermesraan dekat restoran tu pun lakonan abang. Sikap dingin abang pada sayang pun, lakonan abang. I’m sorry.” Terang Hamim dan mengucup lembut kepala isterinya. Pelukannya masih lagi tidak dilepaskan.

Raudhah bungkam mendengar penerangan suaminya itu. Perasaannya berperang tika ini. Mahu bergembira atau mahu terasa hati.

Tiba-tiba lampu di ruang tamu terbuka. Terjengul kelibat Aqilah di situ. Tersenyum kelucuan.

“Yup Raudhah. Semua ni lakonan Abang Hamim aje. Semuanya sudah dirancang. Masa dekat Jusco tempoh hari pun, lakonan kami semata-mata. You know what? I dengan Hamim ni, adik-beradik susuanlah!” selar Aqilah pula.

Hamim membalikkan tubuh Raudhah menghadap ke arahnya. Direnung mata isterinya dengan penuh perasaan kasih.

“Betul apa yang Aqilah cakap tu. Semua ini lakonan saja. Sebenarnya abang dah lama cintakan sayang.” Ujar Hamim meyakinkan Raudhah pula.

Raudhah mengalirkan air matanya. Tidak tahu dia mahu ucapkan apa. Sungguh lidahnya begitu kelu disaat ini. Dia masih lagi terpana dengan semua pendedahan secara mendadak ini.

“Malam ni, abang tidur luar!” ucap Raudhah lalu berlari ke atas menuju ke bilik.

“Sayang, janganlah macam ni! Tunggu abang…” sahut Hamim pula dan berlari mengikut jejak Raudhah.

Aqilah tergelak kecil. Hai, macam-macam perangai diorang ni. Detik hatinya. Yang pasti, tugasnya sudah pun selesai.

*****

“SAYANG… masih merajuk ke?” soal Hamim selepas dia membersihkan diri daripada darah ciptaannya itu.

Raudhah yang sedang bersandar santai di kepala katil dihampirinya.

Isterinya itu sedang khusyuk membaca novel Suami Tidak Kuhadap hasil tulisan penulis berbakat besar, Rehan Makhtar itu. Panggilan suaminya itu langsung tidak dibalas. Diselambakan aje mukanya.

“Sayang…” panggil Hamim lagi. Kali ini dengan nada penuh godaan.

Raudhah yang mendengar, berasa seram sejuk pula. Segera novel itu ditutup. Ish… tak senanglah orang nak baca novel!

 Muka suaminya ditenung tajam.

“Saya masih merajuk dengan abang lagi.” Ujar Raudhah dan berbaring di atas katil.

Malas dia mahu melayan suaminya di sebelah.

Hamim tersenyum riang melihat muka merajuk Raudhah itu. Comel sungguh pada pengamatannya.

Didekatkan lagi tubuhnya dengan tubuh Raudhah yang mengiring menghadap ke arah lain. Lalu, dirangkul tubuh Raudhah. Mulutnya didekatkan dengan telinga Raudhah. Raudhah tidak melawan sekadar membatu saja. Dalam hatinya, berdebar-debar juga.

“Sayang tahu tak, sebenarnya abang dah lama cintakan sayang. Tapi sengaja abang tak nak luah. Masa abang dapat tahu mama nak jodohkan kita berdua, abang gembira sangat.” Bisik Hamim penuh romantis di tepi telinga Raudhah.

“Kenapa?” soal Raudhah. Dia masih lagi tidak mengubah posisi baringnya.

“Sebab abang dah cintakan sayang sejak dari zaman universiti lagi,” ucap Hamim ikhlas dan tulus.

Raudhah yang mendengar luahan Hamim itu segera menghadap suaminya. Peralihan posisi baringnya itu menyebabkan hidung mereka berlaga dan bersatu apabila Raudhah sudah menghadap Hamim. Hamim mengemaskan lagi pelukannya.

“Dari zaman universiti?” soal Raudhah mahu memastikan apa yang didengarnya tadi.

“Ya… sayangkan junior abang masa dekat UM dulu. Ingat tak? Tapi sayang tak pernah perasan kehadiran abang masa tu. Yelah, orang cantik manalah nak pandang kita yang buruk ni.” Seloroh Hamim.

Raudhah yang mendengar itu sudah tersenyum kegembiraan. Ya ALLAH, rupa-rupanya selama ini kami saling menyintai antara satu sama lain, tapi tidak pernah berpeluang bersemuka. Hanya menyintai di dalam kejauhan. Maknanya, tak adalah aku syok sorang-sorang!

“Ya ke abang? Sebab selama ni pun, ayang memang dah jatuh cinta dengan abang sejak dari zaman U lagi. Tapi takut  nak dekat dengan abang. Tak sangka selama ni kita menyintai antara satu sama lain. Dah lama tau ayang jadi secret admire abang.” Ujar Raudhah dengan penuh kebahagiaan. 

Hamim yang mendengar kata-kata Raudhah itu terkejut dan tidak sangka sekali.

“Betul ke sayang? Ya ALLAH, rupanya memang jodoh kita berdua. Alhamdulillah. Tak menyesal abang tolak cinta orang lain demi sayang.”

“Cinta orang lain? Siapa tu?”

“Adalah…”

“Abang, cepat bagitau!” gesa Raudhah pada Hamim.

“Tak ada sapelah… yang peting sekarang, sayang sudah jadi milik abang. Buat selamanya. InsyaALLAH.” Selar Hamim menghalau gusar hati Raudhah.

Raudhah tersenyum bangga.

“Tapikan, cara abang layan sayang masa mula-mula dulu kejam sangat. Lepas tu, abang date dengan Aqilah. Sakit tau hati! Dengan penipuan abang kena tangkap dengan penjahat tadi, eeeeee… kejamlah! Habis bengkak-bengkak mata ni menangis tau! Tapi masa abang nyanyi lagu I’m yours tu sweet giler!” adu Raudhah pada suaminya.

Hamim tergelak kelucuan mendengar luahan isterinya itu.

“Abang minta maaf sayang. Semua ni, idea Aqilah. Masa mula-mula kita kahwin tu, abang sengaja buat macam tu. Nak uji kesabaran sayang macam mana. Boleh ke sayang terima abang? Rupa-rupanya memang betul isteri abang ni sayangkan abang. Dan abang pun sayangkan sayang. I love so so so much!” ucap Hamim seraya mengucup dahi Raudhah.

“Oh ye ke? Ingatkan akan jadi isteri tak abang hadap buat selamanya.” Sindir Raudhah selamba.

Eeeee… nak sindir-sindir kita pulak. Cium kang baru tau!” ugut Hamim.

“Abang, jangan nak jadi ulat bulu ek,”

“Apa salahnya? Abang nak cium isteri abangkan? Bukan orang lain.” Ujar Hamim tersengih nakal.

Raudhah memegang bibir suaminya itu. Diusap-usap lingkaran bibir suaminya itu. Selepas itu dibelai-belai manja wajah suaminya. Terima kasih Ya ALLAH, terima kasih kerana menjadi Hamim sebagai suamiku. Doa Raudhah di dalam hati.

“Sayang, abang nak tanya satu soalan…”

“Apa dia?”

“Sayang tak marah abang lagikan? Tak merajuk dah dengan abang?”

“Tak… makin sayang adalah.”

“Abang pun sayangkan sayang! Selama-lamanya. Sampai syurga!”

Dan buat pertama kalinya, malam itu menjadi saksi penyatuan dua jiwa yang kini selari rasanya.

Dua jiwa yang seiring jalannya.

Dua jiwa yang saling menyintai.

Semoga kekal hingga ke alam syurga.

-TAMAT-








31 comments:

  1. best.. teruskan berkarya. kalau free follow le blog kita http://zalilawati.blogspot.com/

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terimakasih Zalilawati Saidin. InsyaALLAH :)

      Delete
  2. Replies
    1. Terima kasih Bica Bie kerana sudi baca dan komen :)

      Delete
  3. hurmmmm ... citer bole le buat sy senyum.
    w'pon citer ni biasa je - cliche - dh dpt agak ending dia.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Zazzy kerana sudi baca. InsyaALLAH saya akan membaiki mutu karya saya yang akan datang :)

      Delete
  4. blh la lps ni wt cerpen lg...........

    ReplyDelete
  5. Bg akak, ok lah...walaupun jlan ceta tu dah kita tau..... Cuma cara suami dier buat kejutan tu...brutal sangat...dan d situ lah letak kelainannya.... .. :)
    apapa pun teruskan usahanya.... semuga maju jaya

    ReplyDelete
  6. hehehe... cantik blogg.... bagus 2...keep it up.. btw,follow dayat balik tau... insyaAllah allah balas baik atas pertolongan awak... thanks :)

    ReplyDelete
  7. Bahagianyaaa.....

    ReplyDelete
  8. Bestnyaaaaaaa.. Nice story !!

    ReplyDelete
  9. Best. . . Usaha lgi. . . Biarpun clishe msih ada org yg nk bca kn? BTW cerpen nie bwtkn sya snyum

    ReplyDelete
  10. Hai, cute betul watak utama dalam cerita ni. Kalau ada masa, jemput singgah ke blog saya http://sayaafeenashah.blogspot.com/

    ReplyDelete
  11. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  12. Meleleh air mate bace cite nie.best gile lah

    ReplyDelete
  13. I get marriage one nice girls

    ReplyDelete
  14. http://nalurerenewws.blogspot.com/2018/08/taipanqq-siapkah-anda-dengan-hubungan.html

    Taipanbiru
    TAIPANBIRU . COM | QQTAIPAN .NET | ASIATAIPAN . COM |
    -KARTU BOLEH BANDING, SERVICE JANGAN TANDING !-
    Jangan Menunda Kemenangan Bermain Anda ! Segera Daftarkan User ID terbaik nya & Mainkan Kartu Bagusnya.
    Dengan minimal Deposit hanya Rp 20.000,-
    1 user ID sudah bisa bermain 8 Permainan.
    BandarQ
    AduQ
    Capsasusun
    Domino99
    Poker
    BandarPoker
    Sakong
    Bandar66

    Kami juga akan memudahkan anda untuk pembuatan ID dengan registrasi secara gratis.
    Untuk proses DEPO & WITHDRAW langsung ditangani oleh
    customer service kami yang profesional dan ramah.
    NO SYSTEM ROBOT!!! 100 % PLAYER Vs PLAYER
    Anda Juga Dapat Memainkannya Via Android / IPhone / IPad
    Untuk info lebih jelas silahkan hubungi CS kami-Online 24jam !!
    • WA: +62 813 8217 0873
    • BB : E314EED5

    Daftar taipanqq

    Taipanqq

    taipanqq.com

    Agen BandarQ

    Kartu Online

    Taipan1945

    Judi Online

    AgenSakong

    ReplyDelete