Saturday 7 September 2013

Tanpa Kekasiku 7 & 8

BAB 7
PINTU rumah dihempas kuat! Datin Bella yang sedang membaca majalah Mingguan Wanita itu tersentak seketika. Mujur saja dilewat umurnya yang sudah mencecah 43 tahun itu, dia tidak mempunyai penyakit jantung. Kalau tidak memang mati kojol dia di situ akibat bunyi dentuman pintu yang dihempas kuat.

Angelika menonong saja menghempaskan tubuhnya di sofa berhadapan dengan mamanya. Reaksi mamanya yang masam lantaran perbuatannya sebentar tadi tidak dihiraukan. Panas hatinya sekarang masih tidak reda!

“Angie, terkejut mama you buat macam tu! Nasib mama sihat walafiat! Kalau tak memang dah putih mata dekat sini.” Ujar Datin Bella sambil menutup majalah yang ralit dibacanya tadi.

Rasa hairan menampar benaknya melihat kelakuan anaknya yang kelihatan kusut sahaja. Pagi tadi bukan main ceria bercerita itu ini. Alih-alih sampai ke tengah hari, moodnya pun sama panas macam cuaca di luar! 

Tidak menentu!

“Angie, what is wrong with you?” tegur Datin Bella lagi setelah melihat anak gadisnya itu sekadar membatukan diri.

“Ma… I’m not in good mood.”

Why? What happened? Tell me, sayang.”

Datin Bella sudah menegakkan duduknya. Mood anaknya yang berubah-rubah menarik minatnya untuk tahu lebih lanjut. Pasti ada sesuatu yang panas berlaku sehinggakan anak gadisnya itu terlantar lesu di sofa tiga itu.

“Sayang… ceritalah dekat Mama. Kalau you tak cerita, macam mana mama nak tahu apa masalah you sampai mood you macam orang nak menopaus!” selar Datin Bella cuba memancing Angelika untuk bercerita lebih lanjut.

Angelika yang mendengar perkataan ‘menopaus’ itu terus menegakkan badan.

“Ma! I masih muda, okay? Menopaus apa pulaknya. Hal ni tak ada kaitan dengan itu semua!”
Angelika mendengus keras. 

Mamanya ini sengaja mahu menambahkan lagi bara kepanasan hatinya. Tak membantu langsung.

Okay, sorry. So I let you to be franked. Now, tell me!” gesa Datin Bella lagi.

Angelika sekadar melepaskan nafas berat. Kalau teringatkan peristiwa tadi, pasti hatinya mencengkam hebat. Perempuan itu memang pembawa sial! Semenjak kehadirannya dalam perhubungan Angelika dan Shahril, semuanya menjadi huru hara. Gara-gara perempaun itu, sering kali dia bertelagah dan bergaduh dengan Shahril! Tidak seperti sebelum ini, aman dan damai.

“Angie… I told you, cerita dekat mama. Mama tak nak tengok anak mama bersedih, muram macam ni. It is not good for you. You orang muda, nanti muram-muram macam ni depressed pulak. Dapat tekanan jiwa! Or you want tell me about Shahril? Shahril ada buat apa-apa yang tak elok dekat you ke?” Soal Datin Bella menyerkap jarang!

Angelika yang mendengar bebelan mamanya, segera tersentap! Mamanya ini macam ahli sihir pulak boleh teka apa yang ada dalam kepalanya. Namun, dia takut mahu menceritakan hal Shahril yang bakal berkahwin dengan orang lain. Yelah, mamanya itu menaruh harapan setinggi gunung Everest agar dia berkahwin dengan Shahril. Tapi bila hal ini terjadi, dia jadi takut mahu membuka cerita. Namun, sampai bila dia nak simpan rahsia ini? Akhirnya nanti akan terbongkar juga.

Yes, it is about Shahril.” Ujar Angelika lesu.

Why? What is wrong with him? Is he do something to you? How far?” Soal Datin Bella bertalu-talu. 

Risau benar jika anak kesayangannya itu diapa-apakan oleh kekasih anaknya itu. Dibuatnya Shahril telah meniduri anaknya dan meninggalkan Angelika begitu saja. Ibarat habis sepah, madu dibuang! Tidak! Dia tidak akan membenarkan perkara itu berlaku. Perasaan buruk sangka mula menerjah benaknya.

No, he doesn’t do anything to me. But I have something to tell you. It is might be a supprised to you.” Ujar Angelika berhati-hati. Risau hatinya mamanya akan mengamuk sakan mendengar berita yang akan disampaikan ini.

What? What is the supprised?” Datin Bella sudah tidak sabar. Shahril mahu ajak anaknya berkawinkah? 

Kalau benar, dialah orang paling gembira hari ini. Memang cita-cita mahu berbesan dengan Datuk Roffi dan Datin Faridah itu.

Shahril will marry other girl,” lemah Angelika menuturkannya. Tanpa sedar air matanya mengalir lesu! Rasa pedih menghimpit dadanya. Tak dapat dibayangkan Shahril akan berkahwin dengan gadis manis itu. Walaupun Shahril sudah berjanji akan berkahwin dalam tempoh yang ditetapkan dan akan menceraikan gadis itu, namun rasa sedih dan cemburu itu tetap hadir memenuhi hatinya. Sakit!

What?!” Datin Bella bingkas bangun. Begitu terkejut dia mendengar berita itu. Serasa senak pernafasannya kala ini.

It is true, mama. I will loose him.” Luah Angelika yang sudah teresak-esak.

“Dengan siapa? Macam mana dia boleh kahwin dengan perempuan lain? Itulah padahnya, you tak nak dengar cakap mama! Dari awal mama suruh you terima dia as your husband! Now, you see it with your eyes. He will marry other girl because of your ego!” Tempik Datin Bella. Panas darahnya saat ini. Niatnya mahu berbesan dengan pasangan kaya raya itu hancur musnah. 

Kesedihan anaknya itu tidak menarik perhatiannya langsung! Malah, dia asyik memikirkan bagaimana mahu menghancurkan perkahwinan Shahril dan gadis sial yang berjaya merampas kekasih anaknya itu.

Angelika menahan sebak mendengar kata-kata mamanya. Memang, rasa kesal itu datang berpadu-padu dalam hatinya. Kesal kerana menolak lamaran Shahril suatu ketika dahulu. Dan hari ini, dia berputih mata!
“Ma… don’t put the blame on me. Shahril terpaksa mama. Mama dan papa dia paksa dia.” Terang Angelika.

“Paksa? Kahwin paksa? Oh, my god! Kolot sungguh Datin Faridah tu ya? Nampak aje macam moden sangat, tapi kolot betul mahu paksa anak-anak kahwin. By the way, who is the girl?”

“Anak orang gaji Datin Faridah,” Angelika berterus terang. Tak mampu dia mahu berselindung.

What the hell?!” terjerit Datin Bella dibuatnya. Mahu pecah pembuluh darahnya. Gila ke apa Datin Faridah ni? Anak orang gaji dijadikan isteri untuk anak bujangnya? Bodoh sungguh! Sumpah seranah Datin Bella dalam hatinya. Tapi dikala ini, hatinya menjadi sedikit tenang. Anak orang miskin aje, tak perlulah dia susah-susah mahu memikirkan cara untuk menghapuskan perkahwinan Shahril itu. Kala ini, otak jahatnya sudah mula mencipta pelbagai rancangan jahat! Kemahuannya hanya satu, Shahril harus menjadi menantunya!

“Angie, sayang…” Angelika yang terbaring lesu dengan air mata menitis lebat di sofa, diterpanya. “Please don’t cry. Don’t let your tears fall for this small matter! Mama akan buat segalanya untuk kembalikan keceriaan anak mama.” Kepala anak gadisnya diusap-usap manja.

Promise?”

Promise sayang!” ujar Datin Bella dengan senyuman penuh dengan seribu makna.


BAB 8

NOVEL Bisikan Rindu hasil tulisan Mimie Afinie itu ditutup daripada pembacaan. Dia tidak dapat untuk meneruskan konsentrasinya untuk membaca novel itu. Novel itu direnung lama. Itu adalah hadiah pemberian Safuan. Lelaki yang mengakui menyintainya semenjak dia berada di tingkatan 1 lagi. Waktu itu Safuan berada di tingkatan 5, jadi sebagai kenangan lelaki itu menghadiahkan sebuah novel untuk Cahaya terus mengenang lelaki itu. Ya, sudah berpuluh-puluh kali Cahaya membaca novel itu dan setiap kali pembacaan itu jugaklah dia terkenangkan Safuan. Sehabis saja lelaki itu di alam persekolahan, mereka terus terputus hubungan. Sehingga kini, Cahaya tidak pernah berjumpa dengan lelaki itu.

“Saya sukakan awak,” luah Safuan berani.

Ucapan keramat itu bagaikan tidak pudar diingatannya. Sentiasa mekar dan segar. Namun, dia tidak pernah membalas cinta Safuan yang dihulurkan ikhlas buat dirinya. Yalah, sewaktu itu dia hanya diusia awal remaja. Jadi, dia tidak tahu apa makna bercinta dan sebagainya. Akan tetapi, disebabkan ucapan itu, dia tidak boleh melupakan Safuan. Sehinggakan hari ini, dia masih lagi berharap Safuan akan datang menemuinya. Ah, mungkin saja Safuan sudah berkahwin dengan orang lain! Otaknya mengingatkan.

Daripada posisi berbaring, Cahaya meniarap pula. Kalendar dan pen di meja kecil bersebelahan katil dicapai. Tarikh 2.2.2013 dipangkah. Ini bermakna hanya tinggal 19 hari lagi status dirinya akan berubah. Berubah menjadi isteri kepada Tuan Shahril!

Menggeletar dirinya saat mengenangkan perkara itu. Serasa tidak percaya dia akan dikahwinkan dengan Tuan Shahril. Dengan cara paksa pulak tu!

Di saat itu jugak, dirinya dihambat rasa bersalah. Bersalah kerana dirinya hubungan Tuan Shahril dan gadis cantik yang dia temui di Restoran Selera Kampung tempoh hari, berantakkan. Dia merasakan dirinya adalah perampas! Dan melihat kemesraan Tuan Shahril dan gadis itu, tentu saja mereka adalah pasangan yang bahagia sebelum ini.

Yang pasti, tentu saja perasaan teman wanita Tuan Shahril hancur berkecai! Yalah, kekasih dia nak kahwin dengan orang lain, mana tak sakit hati! Hai, kenapalah kena kahwin paksa macam ni. Hatinya mengeluh panjang.

“Aya… buat apa tu? Berangan aje kerja kamu! Bukan nak menolong mak di dapur, terbaring aje baca novel!” marah Kamsah pada anaknya.

Cahaya lantas bangun daripada pembaringannya. Mukanya sengaja dimonyokkan. Hari ini dia benar-benar tiada mood untuk buat apa-apa. Hatinya letih, otaknya beku. Asyik memikirkan pasal kahwin paksa yang dirancang! Mahu membantah, kata setuju telah diputuskan! Hai… apalah nasib.

“Aya takde mood la mak,”

“Hisy! Ada pulak macam tu. Sudah-sudah, bangun! Tu, Tuan Shahril ada dekat depan tu. Pergi hidang makan terngah hari. Mak dah siap masak.”

Cahaya yang mendengar nama Shahril disebut itu terus terbelalak biji matanya. Bagai mahu terkeluar daripada soket matanya.

Dia ada dekat sini ke? Dua hari tak balik, alih-alih datang jugak sini. Eeeeee… kusutlah! Hatinya mendesah! Kepala tidak gatal digarunya.

“Kenapa dia ada dekat sini pulak mak? Malaslah Aya…” ujar Cahaya lantas baring semula dan menekup mukanya menggunakan bantal.

“Cahaya! Kenapa cakap macam tu? Itu bakal suami kamu. Pergi layan dia. Tanya dia nak makan apa, nak minum apa. Nanti dah kahwin senang!” bebel Kamsah seraya menarik-narik bantal yang menutup muka anaknya.

Cahaya yang malas mahu mendengar maknya membebel lagi panjang, hanya menuruti sahaja. Tudung yang bersidai dicapai, dengan hati yang berat dia melangkah keluar daripada bilik. Menyusahkan orang betullah Tuan Shahril ni! Sempat lagi hatinya membentak.

Pinggan dan mangkuk yang berisi lauk-pauk ditatang penuh berhati-hati di dalam talam untuk dibawa ke meja makan. Bayang Shahril, Datuk Roffi dan Datin Faridah masih tidak kelihatan semasa dia mengatur makanan yang bermacam jenis di meja makan. Ah, mungkin mereka di bilik masing-masing lagi.

Tanpa membuang masa, Cahaya ke dapur untuk membuat air. Hari ini dia mahu membuat air sirap bandung. Air kegemaran Datuk Roffi.

Cahaya berseorangan di dapur mengacau air yang sudah dicampur dengan sirap. Tinggal masukkan susu saja lagi. Sambil mengacau air, sambil itu juga dia berangan. Kali ini berangan dia mahu menyambung belajar pula. Surat tawaran yang diterima sungguh mengembirakan hatinya. Tapi itulah bila teringatkan pasal belajar, pasal kahwin pulak menerjah minda! Sesak nafas dia dibuatnya.

Teringatkan campuran air dan sirapnya belum dituangkan susu, segera Cahaya mahu mengambil susu di dalam peti ais. Tiba-tiba tubuhnya terlanggar satu bongkah besar yang entah bila berdiri di belakangnya. Terjatuh terduduk Cahaya dilantai dapur!

“Hoi! Buat kerja macam mana sampai terlanggar orang! Itulah asyik berangan aje kerja dia! Ke kau dah buta?!” tempik Shahril. Panas hatinya tiba-tiba tubuhnya dilanggar Cahaya.

Cahaya yang terduduk kesakitan itu, berdesing telinganya. Gila ke apa mamat ni? Dia yang tiba-tiba berdiri belakang aku, nak marah-marahkan orang pulak! Hati Cahay menggumam geram.

“Dah, tepi sikit! Aku nak basuh tangan ni! Kang, hilang pulak selera aku nak makan disebabkan tengok muka kau.” Ujar Shahril sinis. Sengaja mahu menyakitkan hati Cahaya.

Dia tahu dia yang bersalah berdiri dengan tiba-tiba dibelakang gadis itu tapi siapa suruh gadis itu tak tengok dulu siapa yang ada kat dapur ni.

Cahaya segera bangun. Dia pun tak hingin melihat muka mamat bongkak sombong bodoh itu. Ambik kau! Tiga sekali aku bagi sumpah seranah dekat kau!

Bongkak!

Sombong!

 Bodoh!

 Puas hatinya walaupun tidak dicakapkan secara terang-terangan.



“Apa yang kecoh-kecoh ni Shah?” soal Datin Faridah yang entah bila masa muncul di dapur.

“Tak ada apa mama. Ada orang buta dalam rumah ni terlupa bawak tongkat sampai orang dalam dapur di pun habis dia langgar.” Pedas berapi kata-kata yang Shahril lontar.

Kalaulah Cahaya mempunyai kuasa disaat ini, memang bisu mulut Shahril disumpahnya.

“Orang buta? Siapa yang buta dalam rumah ni?” soal Datin Faridah yang masih kabur dengan sindiran anak lelakinya itu.

“Entah, mama carilah sendiri.” kata Shahril mudah. Usai membasuh tangan disingki, segera dia meninggalkan dapur. Datin Faridah terpinga-pinga jadinya.

Namun beberapa saat selepas itu, baru dia tahu. Pasti anaknya bergaduh dengan Cahaya! Hai, macam anjing dan kucing pulak dah diorang ni. Detik hatinya.

“Aya okey?” soal Datin Faridah kepada Cahaya yang sudah menyambung kerjanya semula.

“Aya okey Datin. Tak apa hal kecik aje.” Ujar Cahaya yang tersenyum manis. Tapi dalam hatinya menyumpah-nyumpah anak Datin Faridah yang bernama Shahril itu. tak guna! Orang buta dia panggilnya aku.

“Betul ni? Kalau okey, takpelah. Lagi satu, jangan panggil Datin. Panggil mama! Biasakan lidah tu. Tak lama lagi, Aya akan panggil mama jugak kan? Jadi, berlatih daripada sekarang!” tegur Datin Faridah yang sudah tersenyum lebar itu.

“Baiklah Da… Ma… ma.” Tergagap-gagap Cahaya mahu membetulkan cara panggilannya. Aduh! Macam-macamlah! Taknaklah kahwin dengan mamat berlagak tu!

Good, sudahlah tu. Jom kita makan sama-sama.”


Datin Faridah tersenyum lebar saja bila bakal menantunya hanya mengangguk. Tidak membantah. Itulah yang dia suka tentang Cahaya. Amat berbudi-bahasa dan patuh orangnya. Hai, sejuk hati Kamsah mengandungkan Cahaya.



No comments:

Post a Comment