Monday 19 August 2013

Tanpa Kekasihku 6



BAB 6

CAHAYA menuruni tangga untuk ke pintu keluar butik Hanis Huzaini Bridal itu dengan hati yang mendongkol! Sakit hatinya dengan perangai tak semenggah Shahril. Boleh aje dia buat bodoh ketika dia asyik menayang-nayangkan baju pengantin di hadapan lelaki itu. Punyalah penat dia berpusing-pusing dihadapan lelaki itu, tetapi lelaki itu hanya ralit memandang skrin telefon pintarnya! Kurang ajar betul!

Aku ni bersungguh-sungguh berlakon depan akak tu macam kitorang ni pasangan bahagia, untuk jaga air muka dia tapi dia buat bodoh aje! Entah apa yang dia belek dekat telefon bimbit dia tu. Last-last, aku yang kena pilih baju pengantin segala. Nasiblah kalau tak kena dengan citarasa dia! Orang tanya asyik angguk aje macam burung belatuk! Nasib baik tak patah tengkuk tu! Sumpah seranah Cahaya kepada Shahril! 

Hatinya membengkak kalau teringat muka Fatin yang hanya tersenyum mengejek padanya. Bagai dapat dibaca isi hati gadis itu.

“Hoi! Kau nak ke mana tu?” lantang Shahril menyoal Cahaya yang sudah berjalan ke arah tempat kereta dipakir.

Sebaik mendengar soalan pelik Shahril itu, Cahaya lantas membalikkan badan menghadap Shahril yang sedang berdiri tegak beberapa langkah di belakangnya. Nak baliklah! Nak ke mana lagi! Bentak hatinya.

Namun, tiba-tiba otaknya mencerna suatu perkara. Shahril mahu membuat jahat padanya lagi kah? Mahu meninggalkannya di sini dan suruh dia balik sorang-sorang menaikki teksi? Aduh! Sudahlah di sini jarang teksi lalu. Mampus aku dibuatnya. Hati Cahaya digaru resah. Terkulat-kulat dia di situ.

“Kau pekak ke apa? Orang tanya kau buat bodoh pulak kat situ ya?” pedas sindiran yang dia lontarkan kepada Cahaya.

“Nak baliklah.” Laju saja Cahaya menjawab. 

Malas dia mahu berbasa-basi lagi. Kalau boleh dia mahu cepat-cepat pergi dari sini dan berpisah dengan Shahril di rumah. Tak tahan menghadap karenah lelaki itu!

“Kalau kau nak balik cepat, kau tahanlah mana-mana teksi yang lalu. Aku nak makan dulu. Kalau kau nak ikut aku, terpulanglah.” Ujar Shahril dan tanpa menunggu jawapan daripada mulut Cahaya, terus saja dia menghalakan langkah ke Restoran Selera Kampung yang tidak berapa jauh daripada situ. Dia sedang menunggu kehadiran seseorang yang dinantikan.

 Cahaya terpaku melihat kelibat Shahril yang selamba saja meninggalkan dirinya di situ. Tidak menoleh ke belakang langsung! Ya ALLAH, ke mana pulak dia nak pergi tu? Orang nak baliklah! Boleh pulak dia mahu makan segala. Dekat rumahkan sudah ada orang yang masak, nak makan dekat restoran jugak tu buat apa? Membazir duit aje! Hati Cahaya membebel geram. 

Mahu tidak mahu, dia terpaksa juga menurut langkah Shahril. Takkanlah dia mahu tunggu teksi di situ, tidak sanggup dia!

Ayunan kaki dilajukan agar dapat menyaingi langkah panjang Shahril. Hatinya panas dengan karenah Shahril yang tidak tahu menimbang perasaan orang lain. Hanya ikut kepala dia saja. Tiba-tiba akalnya memarahi dirinya sendiri. Kau ingat kau tu siapa? Buah hati pengarang jantung Shahril sampai dia mahu ikut rentak kau? Huh! Mendengar kata akalnya, tidak tahu apa nasibnya jika berkahwin dengan Shahril kelak. Namun, janji telah ditematerai jadi ikut sajalah.

“Tuan, tunggulah Aya…” nafasnya tercungap-cungap untuk menyaingi langkah Shahril.

Shahril yang mendengar buat tak endah saja. Dalam hatinya menyumpah serenah. Kenapa dia ikut jugak? Hisy! Menyibuk betul! Aku ingatkan, aku tinggal dia, dia blah la daripada sini. Tapi masih jugak nak ikut buntut aku! Menyusahkan betul!

“Tuan,” Panggil Cahaya lagi yang sudah berada di belakang Shahril.

“Bisinglah kau ni! Ikut ajelah! Jangan nak banyak bunyi!” herdik Shahril sesampai mereka di Restoran Selera Kampung itu. Mujur saja keadaan di situ lengang. Kalau tidak, dapat malu saja orang melihat mereka bergaduh kecil.

Cahaya yang tercungap-cungap mengambil nafas itu, terus terdiam sebaik saja memandang muka garang Shahril yang memanah ke mukanya. Risau hatinya jika betul-betul Shahril meninggalkannya di situ.

Tanpa membuang masa, Shahril segera mengambil tempat di meja berhampiran. Panas hatinya sejuk sedikit setelah melabuhkan duduk di kerusi empuk yang disediakan untuk pelanggan. Reka bentuk restoren yang moden itu juga menambat hatinya untuk sering ke sini ditambah pula dengan sikap pelayan di situ yang amat menitikberatkan soal pelanggan, amat disenanginya. Makan disini juga sedap-sedap belaka! Menepati citarasanya.

Dalam dia melepaskan lelah dan panas akibat cuaca, kerusi dihadapannya ditarik seseorang. Oh! Dia terlupa dengan kehadiran perempuan yang telah merosakkan hidupnya kebelakangan ini. Terus saja hatinya menjadi panas! 

Dialihkan pandangan ke arah lain. Kalau boleh tidak mahu dia memandang wajah polos dihadapannya kini. 

Cahaya yang melihat reaksi Shahril agak terkecil hati, namun dia hanya buat tidak tahu saja. Siapa suruh dia taknak hantar aku balik! Hatinya membentak.

“Selamat datang ke Restoran Selera Kampung. Ini menu kami.” Tegur seorang pelayan lelaki seraya menghulurkan dua buah buku menu.

“Saya nak air tembikai laici, nasi putih untuk dua orang makan, ketam masak lemak cili api, sayur kangkung belacan, ayam goreng, desert bagi saya pudding caramel.” Ujar Shahril tanpa membuka buku menu. 

Tangan pelayan tadi laju saja mencatat apa yang patut.

“Puan, mahu minum apa?” soalnya setelah melihat Cahaya tidak memesan apa-apa langsung. Pada pandangan pelayan itu, pasangan di hadapannya ini kelihatan dingin sahaja.

Cahaya yang mendengar soalan itu tergagap-gagap sedikit hendak menjawab. Agak kaget jugak dia apabila dipanggil Puan. Nampak tua sangat ke aku ni sampai kena panggil puan? Ke pelayan ni ingat aku isteri Tuan Shahril? Gila ke apa! Tak nampak ke dia yang muka Tuan Shahril macam nak telan aje aku ni! Bebel Cahaya di dalam hati.

“Ehem,” Shahril berdehem untuk menyedarkan lamunan Cahaya. 

Lembab betul perempuan ni nak mengorder air! Herdik hatinya. Mukanya dimasamkan saja.

“Hmmmm… samalah macam dia,” pinta Cahaya. Otaknya sampai tak dapat nak berfikir air apa yang dia mahu minum akibat pandangan tajam Shahril! Takut!

“Kau ni apahal pulak nak order air sama macam aku? Nak tunjuk dekat pelayan tu kononnya kita ni pelanggan sehati sejiwa? Macam tu?” Sinis sekali soalan yang dilontarkan Shahril sebaik saja pelayan tadi selesai menjalankan tugasnya. Sengaja dia bertanyakan soalan begitu. Sengaja mahu menyakitkan hati Cahaya!

“Errr… saya… saya tak tahu nak order air apa, Tuan Shahril. Sebab itu saya pilih yang sama aje dengan Tuan Shahril. Lagipun, saya tak biasa makan dekat luar.” Tergagap-gagap Cahaya memberikan alasan. 

Tapi memang sejujurnya dia tidak tahu mahu minum air apa saat ini. Jadi, bedal ajelah. Yang Tuan Shahril ni pun satu, takkanlah isu air minuman pun nak jadikan bahan debat, macam budak-budak sekolah tadika! Rungut hati Cahaya.

“Hmmmm… lantak kaulah!” Senang saja ayat itu meluncur daripada mulut Shahril. Tanpa perasaan!

Dalam lima minit mereka diam membisu, seorang wanita datang menghampiri meja makan mereka.

“Hai,” sapa wanita itu sepatah.

Kedua-dua mereka mengangkat wajah masing-masing mencari daripada mana datangnya suara itu. Shahril sudah tersenyum senang melihat wanita yang sudah tercegat dihadapannya. 

Sungguh cantik pakaian wanita itu hari ini. Skrit pendek, dengan blaus pendek tidak berlengan amat sesuai untuk gadis yang bernama Angelika ini. Sungguh seksi. Sampaikan ada pelanggan lelaki yang tertoleh-toleh melihat gadis itu. 

Cahaya terkesima sebentar melihat gadis dihadapannya ini. 

Cantik. 

Itu yang terdetik di dalam hatinya. Kalau dibandingkan dengan dirinya, tentu saja jauh panggang daripada api!

“Hey, you tak nak jemput I duduk ke?” tegur Angelika setelah dia rasa lama berdiri namun tiada pelawaan daripada Shahril untuk memberikan dia ruang untuk duduk semeja.

Sorry sayang. I terpaku sebentar melihat kecantikan you. You’re really gorgeous today! Meh, duduk sebelah I,” pelawa Shahril.

Cahaya yang mendengar panggilan’SAYANG’ yang terterbit daripada bibir Shahril mengesahkan bahawa gadis cantik dan kelihatan moden ini merupakan teman wanita lelaki itu. Tiba-tiba hatinya dipagut rasa sayu dan hiba. Sungguh manis dan lembut sekali cara percakapan Tuan Shahril pada teman wanita. Bertuah sekali wanita ini.

Baby, siapa ni?” tanya Angelika setelah dia melabuhkan punggung di sebelah Shahril. Hatinya tertanya-tanya, adakah ini wanita yang bakal Shahril nikahi? Sungguh kekampungan! 

Namun, dalam diam dia akui muka gadis dihadapannya ini mempunyai aura tersendiri. Sentiasa kelihatan manis walaupun tidaklah secantik mana. Ah, boleh pula aku memuji gadis yang bakal bersaing dengan aku untuk mendapatkan cinta Shahril! Nonsense!

Shahril yang mendengar soalan Angelika, terkedu. Tidak tahu dia mahu menjawab siapa Cahaya sebenarnya. Dia takut Angelika akan berasa hati dan tersinggung jika dia memperkenalkan Cahaya sebagai bakal isterinya walaupun dia sudah berjanji akan menceraikan Cahaya nanti. Sebab dia tahu, hati seorang insan yang bernama perempuan sangat rapuh! Terutama perempuan kesayangannya ini

Errrr...”

Sebaik sahaja Shahril mahu membuka mulut, seorang pelayan datang sambil menatang dulang yang berisi makanan dan minuman yang dipesan sebentar tadi. Penuh berhati-hati pelayan itu meletakkan makanan dan minuman tersebut.

So, sayang you nak minum apa?” Tanya Shahril kepada Angelika setelah menyedari gadis itu belum membuat pesanan dan soalan ini bagaikan peluang untuk dia menukar topik agar Angelika terlupa untuk menanya soalan yang dia tak sanggup untuk menjawabnya.

Angelika yang khusyuk memandang Cahaya itu dijeling penuh kasih. Cahaya yang terkulat-kulat disitu, buat-buat memandang suasana restoran yang mendamaikan. Namun, hanya tuhan yang tahu hatinya bagai nak pecah saat ini!

“I nak kongsi minuman dengan you aje,” jawab Angelika dengan manja sekali.

Okay! I take it as compliment. Dah lama kita tak kongsi minuman macam ni kan?” Sahut Shahril tersenyum lebar.

Yes! I miss that times so much!” Ucap Angelika dengan rasa ghairah. 

Sebenarnya dia sengaja berkelakuan begitu agar kata-kata dan aksi manja merobek-robek hati Cahaya yang mahu merampas cinta Shahril daripadanya. Sejak dia tahu Shahril bakal berkahwin dengan Cahaya, dia sudah isytiharkan gadis itu sebagai musuh utamanya walaupun dia belum mengenali gadis itu lagi.

Cahaya yang melihat aksi manja pasangan merpati sejoli itu, serasa mahu meletup di situ. Berbahang mukanya menahan malu melihat aksi gatal kedua-dua manusia dihadapannya ini makan bersuap-suapan. 

Tetapi dia tidak tahu dia menahan rasa malu atau rasa cemburu melihat pasangan berdua itu. Yang pasti, hatinya cukup pilu melihat kemesraan pasangan tersebut. Lebih pilu, Tuan Shahril langsung tidak sedar akan kewujudannya disitu sementelah kehadiran gadis cantik itu. Makanan yang diorder tadi, langsung tidak dipelawa kepada Cahaya. Makan tengahari gadis itu hanya disuap dengan adegan gedik pasangan tersebut dan minuman yang dipesan saja.

So back to my earlier question, who is she?” Soal Angelika lagi. Kali ini dengan sinisnya jari telunjuknya menghala ke arah Cahaya.

Shahril berhenti mengunyah makanannya. Terasa makanan yang turun dari rengkung seperti berpasir. 

Ah, tanya lagi soalan ni! Hatinya membentak. Selera makan terbantut. Kalau boleh dia tidak mahu membincang soalan ini. Itulah padahnya Cahaya ada di sini! Menyesal dia tidak menghantar Cahaya pulang dulu tadi.

Cahaya yang memandang wajah Shahril yang sedang menyinga, segera berasa dirinya tidak perlu berada di situ. Dia bagaikan tahu apa maksud panahan anak mata Shahril.

“Errr… maaf, saya terpaksa minta diri.” Ujar Cahaya seraya bangun daripada kerusi dan bereda daripada situ.

“Hey, you wait!” Panggil Angelika. Namun kelibat Cahaya sudah pun tiada. “Kenapa dia pergi macam tu aje? I nak kenal dengan dia. Siapa dia?” soal Angelika bertalu-talu kepada Shahril.

“Angie, you dah tahu siapa dia kan? Tapi you sengaja buat tak tahu.” Selar Shahril.

No, I don’t know her until you introduce her to me! I want to know she as what if you introduce her to me!” ujar Angelika sengaja mencari pasal. Sungguh, hatinya tidak tenteram dan sentiasa disimbah cemburu terhadap Cahaya sebaik sahaja dia dapat tahu Shahril bakal berkahwin dengan gadis itu.

“Angie, please stop! You ruins my mood! We were discusses about this before, why you still not statisfied?” Shahril sedikit membentak. Geram dengan karenah Angelika.

Angelika yang mendengar kata-kata Shahril itu terpempan.

Okay! I ruins your mood and I’m not statisfied until you let her go.” Ujar Angelika lantas bererda daripada situ.


Shahril sekadar termangu di situ. 

Hari ini dia bergaduh lagi dengan Angelika disebabkan soal perkahwinannya bersama Cahaya. Ini belum lagi kahwin betul-betul, sudah macam-macam prasangka Angelika terhadapnya. Dan yang paling penting dia sungguh menyesal membawa Cahaya bersama dia hari ini! Kerana Cahaya hubungan dia dan Angelika berantakkan! Siap kau Cahaya! Hidup kau akan musnah selepas kau kahwin dengan aku! Ikrar hatinya. Kalau tak kerana papa, tak akan aku kahwin dengan kau! Bentak akalnya pula.


1 comment:

  1. best..next n3 jgn la lama sgt ye.. -eil-

    ReplyDelete